MENGENAI KAMI  PROFIL PERKHIDMATAN  BAHAGIAN KESIHATAN AWAM

UNIT KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT

Objektif

  1. Mencegah, mengawal dan menamatkan wabak penyakit-penyakit berjangkit.
  2. Mengurangkan kadar morbidity dan mortality penyakit-penyakit berjangkit.
  3. Memperkukuhkan system survelan penyakit berjangkit.
  4. Kesiapsiagaan dan tindakcepat terhadap wabak penyakit berjangkit.


Strategi-strategi
Bagi mencapai objektif aktiviti ini, strategi seperti berikut dilaksanakan :

  1. Menjalankan kajian epidemiologi untuk mengesan corak penyakit berjangkit sebagai satu asas dalam membentuk teknik kawalan dan pencegahan yang sesuai.
  2. Memperkukuhkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit sediada agar lebih berkesan dengan memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti pencegahan serta mengintegrasikan aktiviti tersebut ke dalam perkhidmatan kesihatan yang ada.
  3. Menguatkuasakan undang-undang kesihatan tempatan dan juga antarabangsa supaya penyakit berjangkit dapat dikawal.
  4. Meneruskan langkah-langkah peningkatan taraf kesihatan melalui kebersihan alam sekitar, kebersihan makanan dan kebersihan diri.
  5. Meneruskan aktiviti pelalian bagi penyakit-penyakit yang boleh dicegah dengan pelalian.


Fungsi dan Aktiviti

Fungsi 1 : Merancang, melaksana, memantau dan menilai program-program pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit di peringkat negeri meliputi skop berikut :

  1. Penyakit-penyakit bawaan makanan dan air ( tifoid, kolera, keracunan makanan, hepatitis A dan disenteri).
  2. Penyakit-penyakit cegahan vaksin ( measles, pertussis, hepatitis B, difteria, tetanus, poliomyelitis)
  3. Penyakit-penyakit Zoonosis (leptospirosis, melioidosis, brucellosis, Q fever, rabies dan lain-lain)


Aktiviti

  • Mengkompil data, reten dan  laporan kes dan wabak penyakit berjangkit dari peringkat daerah dan menyediakan data, reten dan laporan untuk peringkat negeri.
  • Menganalisa data dan laporan untuk melihat tren penyakit berjangkit dan pengecaman awal wabak.
  • Menilai keberkesanan aktiviti-aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit dan mencadangkan langkah-langkah pembetulan dan penambahbaikan


Fungsi 2 :  Menguruskan  dan memantau aplikasi on-line penyakit berjangkit secara dalam talian ( enotifikasi, ewabak dan emeasles) di peringkat negeri (bagi Penyakit Bawaan Makanan & Air, Penyakit Cegahan Vaksin & Penyakit Zoonosis)

Aktiviti

  1. Penggunaan, Verifikasi Data, Analisa Data, Muat Turun Data
  2. Membuat ulasan teknikal bagi wabak Penyakit Bawaan Makanan & Air, Penyakit Cegahan Vaksin & Penyakit Zoonosis dalam sistem ewabak.
  3. Kelulusan pembatalan kes Penyakit Bawaan Makanan & Air, Penyakit Cegahan Vaksin & Penyakit Zoonosis yang telah didaftarkan dalam enotifikasi.


Fungsi 3 : Memberi input teknikal dan menjadi Pakar Rujuk dalam bidang pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit dan Penyakit Bawaan Makanan & Air, Penyakit Cegahan Vaksin & Penyakit Zoonosis

Aktiviti

  1. Mengedarkan garis panduan teknikal yang spesifik mengenai pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit.
  2. Memberi input teknikal dalam penyiasatan epidemiologi wabak penyakit berjangkit di lapangan
  3. Membuat ulasan teknikal terhadap Laporan Awal, Laporan Harian dan Laporan Akhir wabak penyakit berjangkit.
  4. Latihan Pengurusan wabak dan latihan simulasi (table top and field exercise) kes / wabak penyakit berjangkit.


Fungsi 4 : Kesiapsiagaan terhadap wabak penyakit berjangkit

Aktiviti

  1. Pemantauan rapi  trend penyakit berjangkit
  2. Pengecaman awal terhadap kemungkinan wabak penyakit berjangkit
  3. Alert stakeholders di pelbagai peringkat
  4. Latihan  kesiapsiagaan di peringkat negeri


Fungsi 5 : Tindakcepat terhadap wabak penyakit berjangkit (Penyakit Bawaan Makanan & Air, Penyakit Cegahan Vaksin & Penyakit Zoonosis)

Aktviti

  1. Pengaktifan Pasukan Tindak Cepat
  2. Memberi input teknikal dalam penyiasatan epidemiologi kes atau wabak penyakit berjangkit
  3. Pengurusan Bilik Gerakan Peringkat Negeri
  4. Penyediaan laporan wabak dan penghantarannya kepada CPRC, KKM


Fungsi 6 : Mengenalpasti, merancang dan melaksanakan latihan dalam bidang pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit  (Penyakit Bawaan Makanan & Air, Penyakit Cegahan Vaksin & Penyakit Zoonosis)

Aktiviti

  1. Merancang dan melaksanakan program latihan berkaitan survelan, pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit  untuk peringkat negeri.
  2. Memberi input teknikal dan menyumbang tenaga dan kepakaran dalam latihan di peringkat daerah, hospital dan lain-lain agensi.


Fungsi 7 : Memantau dan menilai indicator-indikator penting pencapaian program penyakit berjangkit

Aktiviti

  1. Pemantauan dan penilaian Key Performance Index ( KPI) berbagai penyakit berjangkit
  2. Pemantauan dan penilaian indicator QA
  3. Pemantauan dan penilaian indicator Pelan Tindakan Strategik (PTS) Unit Kawalan Penyakit Berjangkit


Fungsi 8 :  Menyediakan  dokumen-dokumen berkaitan  Pengurusan  Program Kawalan Penyakit Berjangkit

  1.  Anggaran Belanja Mengurus ( ABM)
  2. Keperluan Bajet tahunan
  3. Keperluan peralatan dan perkhidmatan
  4. Manual Prosedur Kerja
  5. Dokumentasi dan Laporan Pencapaian MS ISO 9000
  6. Laporan Tahunan

 

 

Bahagian Kesihatan Awam      Unit Inspektorat dan Perundangan    Unit Keselamatan Radiasi    Unit Kejuruteraan    Unit Pendidikan Kesihatan    Unit Pemakanan    Unit Kesihatan Primer    Unit Kesihatan Keluarga    Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit    Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar    Unit Kawalan TB/Kusta    Unit Kawalan HIV/AIDS    Unit Survelan dan Kesiapsiagaan     Unit Vektor    Unit Kualiti 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 07-11-2016 :: 04:07 PM