MENGENAI KAMI  PROFIL PERKHIDMATAN  BAHAGIAN KESIHATAN AWAM

UNIT INSPEKTORAT DAN PERUNDANGAN

Unit Inspektorat dan Perundangan (UIP) di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah ditubuhkan pada 1 April 2004 menurut arahan Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesiahatan Malaysia melalui Pekeliling Kesihatan Awam Bilangan 1/2004, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesiahatan Malaysia melalui surat bilangan (2) KKM -196 (55/1) SK.1 Bhg.3 bertarikh 11 Februari 2004.
 
  • Tujuan Penubuhan UIP
    Penubuhan Unit Inspektorat dan Perundangan adalah untuk mewujudkan satu struktur yang teratur dan mantap yang mampu menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan dan pendakwaan dibawah undang-undang kesihatan awam dengan lebih profesional serta mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan aktiviti penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.
     
  • Direktori Telefon UIP
    • Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan - 06 2356815
    • Nombor fax UIP - 06 2345971

Carta Organisasi Unit Inspektorat Dan Perundangan (UIP)

Fungsi Utama Unit Inspektorat Dan Perundangan

  • Merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti penguatkuasaan dibawah undang-undang kesihatan awam.
  • Memantau, menjalankan audit dan menyelia pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan dibawah undang-undang kesihatan awam.
  • Menyemak fail siasatan bagi kesalahan-kesalahan dibawah undang-undang kesihatan awam supaya izin Timbalan Pendakwa Raya dapat diperolehi untuk mengkompaun atau mendakwa pesalah.
  • Menguruskan data, dkumentasi dan maklumat berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.
  • Merancang dan menjalankan latihan termasuk Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang penyiasatan dan pendakwaan.
  • Mengenalpasti keperluan sumber tenaga bagi perkhidmatan Pegawai Kesihatan Persekitaran/Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Pembantu Kesihatan Awam bagi Negeri Melaka.
  • Menguruskan penempatan dan pertukaran pegawai-pegawai dalam perkhidmatan Pegawai Kesihatan Persekitaran/Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Pembantu Kesihatan Awam di Negeri Melaka.
  • Menguruskan permohonan kad pengenalan penguatkuasaan, surat perwakilan kuasa penutupan premis makanan, surat perwakilan kuasa mengkompaun dibawah Akta Makanan 1983 dan Akta Pecegahan dan Pengawalan Penyaki Berjangkit 1988 dan surat penurunan kuasa sebagai pegawai pendakwa dibawah Kanun Prosedur Jenayah.

Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004

Peraturan ini bertujuan untuk melindungi orang ramai daripada bahaya-bahaya asap rokok dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
  • Merancang dan menyelaras perlaksanaan penguatkuasaan terhadap larangan merokok dalam kawasan dilarang merokok.
  • Merancang dan menyelaras perlaksanaan penguatkuasaan terhadap untuk memastikan tuanpunya premis atau kenderaan awam memasang tanda larangan merokok.
  • Merancang dan menyelaras perlaksanaan penguatkuasaan terhadap larangan menjual hasil tembakau kepada orang belum dewasa
  • Merancang dan menyelaras perlaksanaan penguatkuasaan untuk memastikan orang belum dewasa tidak memiliki atau merokok hasil tembakau.
  • Merancang dan menyelaras perlaksanaan penguatkuasaan terhadap pengiklanan hasil tembakau
  • Merancang dan menyelaras perlaksanaan penguatkuasaan terhadap penajaan oleh industri tembakau.
  • Merancang dan menyelaras perlaksanaan penguatkuasaan untuk memastikan pelabelan paket rokok adalah mematuhi kehendak peraturan.
  • Merancang dan menyelaras perlaksanaan penguatkuasaan terhadap penjualan rokok sebatang.
     

Aktiviti Penguatkuasaan Akta Makanan 1983 Dan Peraturan - Peraturan Makanan Yang Dibuat Dibawanya

  • Aktiviti Penyiasatan Dan Pendakwaan Sampel Makanan Yang Melanggar Peraturan
    Memantau bagi memastikan setiap sampel makanan diambil oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) dari Pejabat Kesihatan Daerah yang dikesan menyalahi peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan1985 adalah disiasat dan kertas siasatan dikemukakan untuk memperolehi izin mendakwa daripada Timbalan Pendakwa Raya supaya tindakan mahkamah dapat diambil terhadap pesalah.
     
  • Operasi khas Penutupan Premis Makanan Yang Tak Suci
    Menyelaras dan memantau operasi khas penutupan sementara premis maknan yang didapati kotor dibawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 bagi memastikan keselamatan makanan.
     
  • Operasi Penguatkuasaan Keselamatan Makanan
    Menyelaras dan memantau perlaksanaan operasi khas keselamatan makanan dijalankan semasa musim perayaan serta apabila terdapatnya arahan pemantauan keselamatan makanan atau food alert. Unit ini juga terlibat dalam merancang dan menyelaras pemantauan keselamatan makanan dalam majlis atau sesuatu acara sama ada di peringkat antarabangsa, kebangsaan atau negeri yang diadakan di Negeri Melaka.

 

Cubaan 1

 

Aktiviti Penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975

  • Operasi Penguatkuasaan Pemusnahan Tempat Pembiakan Serangga Pembawa Penyakit
    Merancang dan menyelaras aktiviti penguatkuasaan pemusnahan tempat pembiakan serangga pembawa penyakit dibawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (APSPP 1975) saeperti di premis-premis kediaman, industri, perniagaan,tapak semaian, premis barang lusuh, tapak-tapak projek pembangunan dan tanah lapang yang tak diurus
     
  • Tindakan Terhadap Orang Yang Menghalang Tugas
    Membantu daerah dari segi teknikal untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menghalang aktiviti kawalan serangga atau pemeriksaan pemis bagi pembiakan serangga dan tidak memberi kerjasama bagi saringan penyakit bawaan serangga.

 

Bahagian Kesihatan Awam      Unit Keselamatan Radiasi    Unit Kejuruteraan    Unit Pendidikan Kesihatan    Unit Pemakanan    Unit Kesihatan Primer    Unit Kesihatan Keluarga    Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit    Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar    Unit Kawalan TB/Kusta    Unit Kawalan HIV/AIDS    Unit Survelan dan Kesiapsiagaan     Unit Kawalan Penyakit Berjangkit    Unit Vektor    Unit Kualiti 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 08-12-2016 :: 05:20 PM