MENGENAI KAMI  PROFIL PERKHIDMATAN  BAHAGIAN PENGURUSAN

UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING

PENGENALAN UNIT

Unit Psikologi dan Kaunseling merupakan salah satu perkhidmatan sokongan bukan klinikal yang diwujudkan di bawah Bahagian Pengurusan, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Unit ini bertanggungjawab membantu anggota jabatan bagi meningkatkan kesihatan emosi, kualiti dan produktiviti kendiri agar anggota dapat  menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan dalaman dan luaran jabatan ini.

VISI UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING
Menyediakan perkhidmatan psikologi  kaunseling yang professional  kepada klien untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan emosi, mental dan spiritual klien

MISI UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING
Melaksanakan perkhidmatan psikologi kaunseling yang mesra klien dan mesra teknologi.

OBJEKTIF UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING
Melaksanakan perkhidmatan psikologi kaunseling kepada anggota JKN Melaka bagi mencapai kesedaran kendiri yang optimum.Z
 

FUNGSI UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING

1. MENGUNAKAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM INTERVENSI
Perkhidmatan disampaikan dalam bentuk kaunseling bersemuka secara individu atau berkelompok melalui hubungan secara sukarela ataupun rujukan dari Ketua Jabatan/Ketua Program/ Ketua PTJ

2. MENGAPLIKASI PENDEKATAN PSIKOLOGI DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN.
Perkhidmatan yang disampaikan melalui program, kursus atau bengkel yang dirangka bagi meningkatkan kesedaran dan kemahiran diri bagi membolehkan individu menguruskan emosi, pemikiran dan tingkahlaku, seterusnya menggunakan potensi yang dimiliki demi mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.

3. MELAKSANAKAN PENILAIAN PERSONEL
Perkhidmatan yang disediakan adalah untuk membantu dalam mengenalpasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan, minat, nilai, dan sikap seseorang yang diukur menggunakan alat-alat ujian psikologi  (psikometrik test) yang berbentuk ujian, inventori, indikator dan indeks.

 

PEKELILING DAN SURAT PEKELILING YANG TERPAKAI DENGAN TUGAS

  1. Surat Pekeliling Bil. 4 Tahun 1998 – Garis Panduan Menguruskan Pegawai Berprestasi Rendah Dan Pegawai Yang Bermasalah
  2. Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 1999 – Panduan Mewujudkan Perkhidmatan Kaunseling Di Agensi Awam
  3. Pekeliling Perkhidmatan Bil 18 Tahun 2005 – Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam
  4. Pekeliling Perkhidmatan Bil 22 Tahun 2005 – Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam
  5. Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Bil 2 Tahun 2007 – Larangan Meminjam Wang Dan Berada Dalam Keterhutangan Kewangan Yang Serius
  6. Pekeliling Perkhidmatan Bil 29 Tahun 2007 – Perubahan Skim-Skim Perkhidmatan Kaunselor Dan Penolong Kaunselor Kepada Skim Perkhidmatan Pegawai Psikologi Dan Penolong Pegawai Psikologi
  7. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 12 Tahun 2009 – Pelaksanaan Aplikasi Psikologi: Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan
  8. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 8 Tahun 2010 – Panduan Pelaksanaan Pementoran Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam.

UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI

  • Piawaian Amalan Kaunseling
  • Akta Kaunselor 1998 (Akta 580)
  • Akta Keganasan Rumahtangga (pindaan)2011
  • Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611)
  • Lain-lain akta yang berkaitan

 


Carta Organisasi Unit Psikologi dan Kaunseling
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka


 

Bahagian Pengurusan      Unit Sumber Manusia, Latihan dan Inovasi    Unit Kewangan    Unit Pentadbiran    Unit Pembangunan    Unit Pengurusan Maklumat    Unit Perolehan, Aset dan Stor 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 29-01-2019 :: 02:25 PM