MENGENAI KAMI  PROFIL PERKHIDMATAN  BAHAGIAN PERUBATAN

UNIT KAWALAN AMALAN PERUBATAN SWASTA (UKAPS)

UNIT KAWALAN AMALAN PERUBATAN SWASTA, JKN MELAKA

Unit ini telah ditubuhkan di Melaka pada 1hb Oktober 2003. Mulai 1 September 2004 unit ini beroperasi di No.5 Tingkat 1 Klinik Kesihatan Jalan Gereja, Melaka. Pada 17 Disember 2010, unit ini telah berpindah ke Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di Tingkat 3, Bangunan Wisma Persekutuan, Jalan Business City, Bandar MITC, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

  • Ketua Penolong Pengarah Kanan UD54/ UD52/ UD48/ UD44/ UD41
  • Penolong Pengarah Kanan/ Penolong Pengarah UD54/ UD52/ UD48/ UD44/ UD41
  • Penolong Pegawai Perubatan/ Ketua Penyelia Jururawat U36/ U32
  • Penolong Pegawai Perubatan/ Ketua Jururawat U32
  • Pembantu Tadbir N19/ N22
  • Pemandu Kenderaan Bermotor H3/ H6

Visi

Memastikan ke semua Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta di Melaka berlesen atau berdaftar serta mematuhi peraturan di bawah peruntukan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

Misi

Memberi pendedahan mengenai Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 yang dikuatkuasakan di samping membantu dan membimbing ke semua Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta di Melaka ke arah tatacara penyediaan/pemberian kemudahan perkhidmatan, rawatan dan peralatan yang efisien, optima dan selamat serta menjalankan tugas dengan penuh amanah bersih, cekap dan efisien kepada pelanggan berhubung dengan perlesenan, pendaftaran, pengawasan, pengawalan dan penyediaan undang-undang dan polisi-polisi yang bersesuaian dengan kehendak semasa.

Objektif

  • Memastikan semua klinik perubatan dan klinik pergigian swasta didaftarkan di bawah Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).
  • Menyelaras permohonan lesen menubuh bagi tujuan pembaharuan Premis Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta.
  • Melawat, memeriksa dan memantau status Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta secara berkala
  • Menyelaraskan aduan-aduan berhubung kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta.
  • Melaksanakan aktiviti penguatkuasaan, penyiasatan dan pendakwaan bagi premis yang tiada mematuhi akta dan peraturan yang berkaitan. 
  • Menyebarkan maklumat-maklumat serta menjadi sumber rujukan mengenai Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan lain-lain Akta yang dikuatkuasakan dari masa ke semasa.

Aktiviti UKAPS, JKN Melaka

1. Pelesenan kepada : 

  • Hospital Swasta
  • Pusat Bersalin Swasta
  • Pusat Jagaan Kejururawatan Swasta
  • Pusat Jagaan Ambulatori Swasta
  • Pusat Hemodialisis Swasta
  • Pusat Jagaan Pesakit Psikiatrik Swasta
  • Pusat Hospis Swasta;
  • dan mana-mana fasiliti Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Swasta yang berkaitan

2. Pengurusan Aduan dan Perkhidmatan Medico-Legal di fasiliti Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Swasta

3. Pendaftaran pemohonan secare online melalui, halaman web - (http://medpcs.moh.gov.my)

  • Klinik Perubatan Swasta

  • Klinik Pergigian Swasta

 

Bahagian Perubatan      Unit Perkembangan Perubatan    Unit Kualiti Penjagaan Perubatan    UNIT PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (BAHAGIAN PERUBATAN)    Unit Kejururawatan    Unit Rekod Perubatan 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 22-01-2019 :: 11:13 AM