MENGENAI KAMI  PROFIL PERKHIDMATAN  BAHAGIAN PENGURUSAN

UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT

Pada tahun 2009 penamaan semula Unit Teknologi Maklumat kepada Unit Pengurusan Maklumat, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) telah dibuat selaras dengan penamaan semula Bahagian Teknologi Maklumat dan komunikasi kepada Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pada tahun yang sama juga perjawatan F48 telah diwujudkan dan telah diisi.

OBJEKTIF

  • Membantu pihak pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan PTJ-PTJ dibawahnya dalam melaksanakan strategi-strategi jangka panjang dan pendek melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan lebih cekap dan berkesan.
  • Menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat dalam usaha mengkomputerisasikan PTJ-PTJ dibawah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka bagi memperbaiki dan mempertingkatkan keberkesanan, kualiti dan produktiviti dalam pentadbiran Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan kesihatan orang ramai.

VISI

Menjadikan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka sebagai sebuah organisasi cemerlang di dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sepenuhnya.

MISI

Berusaha mewujudkan sistem maklumat yang cekap dan berkesan menerusi teknologi terkini, inovasi berterusan dan perkhidmatan yang cemerlang.

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Memberi maklumbalas dalam masa satu (1) hari bekerja bagi setiap aduan pelanggan yang diterima.
  • Memastikan lebih daripada 85% aduan pelanggan yang diterima disempurnakan.
  • Sistem rangkaian telekomunikasi dibawah tanggungjawab Unit Pengurusan Maklumat beroperasi sekurang-kurangnya 95% dalam setahun.
  • Aplikasi-aplikasi yang ditempatkan di Pusat Data, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dapat dicapai sekurang-kurangnya 95% setahun.
  • Aplikasi-aplikasi ICT yang dipantau oleh Unit Pengurusan Maklumat diadakan Perfomance Review sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun.
  • Permohonan projek-projek ICT KKM yang diterima oleh Urusetia Jawatankuasa Teknikal ICT akan diproses dalam masa tiga (3) minggu.
  • Semakan spesifikasi teknikal dilaksanakan dalam masa satu (1) minggu dari tarikh penerimaan dokumen daripada pelanggan.


Fungsi Utama Unit Pengurusan Maklumat terbahagi kepada tiga iaitu :

  • Perancangan, Pemantauan dan Pematuhan;
  • Pengurusan Pembangunan Aplikasi; dan
  • Teknikal, Operasi, Rangkaian dan Multimedia


Berikut adalah senarai aktiviti untuk setiap fungsi di dalam Unit Pengurusan Maklumat :

1. Perancangan, Pemantauan dan Pematuhan

a) Merancang pelaksanaan ICT Negeri termasuk keperluan personel, kemahiran, latihan, teknologi, kewangan dan pelan pelaksanaan projek ICT bersama KKM;
b) Memantau dan menyelaras pelaksanaan Pelan Tindakan Penilaian Pematuhan dan garis panduan ICT KKM bagi mempertingkatkan prestasi pelaksanaan dan penggunaan ICT dalam Jabatan dan PTJ-PTJ dibawahnya berdasarkan amalan terbaik;
c) Menjalankan promosi bagi perkhidmatan yang disediakan oleh aplikasi ICT yang dilaksanakan di Jabatan dan PTJ-PTJ dibawahnya;
d) Menguruskan kajian impak ICT, membuat analisis dan cadangan kepada Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya;
e) Merancang, mengurus dan memantau aktiviti perpindahan teknologi dan change management bagi Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya;
f) Merancang, mengurus dan memantau aktiviti latihan, program pembudayaan amalan baik ICT, program kompetensi keselamatan ICT dan TOT;
g) Merancang, mengurus dan memantau program inovasi ICT;
h) Merancang pengurusan pengendalian insiden keselamatan ICT Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya;
i) Merancang, merangka dan menyelaras pelaksanaan BCM Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya;
j) Melaksanakan lawatan Inspektorat Pematuhan ICT bagi Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya;
l) Menjadi urusetia urus tadbir ICT – Jawatankuasa Pemandu ICT dan Jawatankuasa Teknikal ICT.
 

2. Pengurusan Pembangunan Aplikasi

a) Menyelaras dan mengurus keperluan aplikasi, portal, laman web dan email Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya;
b) Menyediakan perundingan dan khidmat nasihat termasuk penyelesaian isu-isu dan menambahbaik pembangunan aplikasi, portal, laman web dan email secara berterusan kepada Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya;
c) Merancang dan menyelaras inisiatif-inisiatif baru pembangunan aplikasi Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya;
d) Mengesan secara proaktif dan reaktif ancaman pencerobohan portal Jabatan dan laman web PTJ-PTJ dibawahnya;
e) Merangka, menyelaras dan melaksanakan program perkongsian pintar antara Bahagian Pengurusan Maklumat KKM, Jabatan-Jabatan Kesihatan Negeri, agensi-agensi Kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan; dan
f)  Menjadi urusetia kepada tadbir urus Jawatankuasa Teknikal Laman Web.

3. Teknikal, Operasi, Rangkaian dan Multimedia

a) Menyelaras dan mengurus keperluan rangkaian, keselamatan, teknologi dan Pusat Data Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya;
b) Memantau penggunaan rangkaian 1Gov*Net untuk maklumbalas masalah dan cadangan untuk dimajukan kepada BPM atau pihak penyedia rangkaian supaya pembaikan dapat dibuat;
c) Menyelenggara rangkaian 1Gov*Net dengan baik secara mengamalkan prosedur-prosedur keselamatan rangkaian seperti instalasi antivirus, penyelenggaraan server dan peralatan rangkaian;
d) Menyediakan perundingan dan khidmat nasihat termasuk penyelesaian isu-isu dan menambahbaik operasi dan rangkaian secara berterusan kepada Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya;
e) Mengesan secara proaktif dan reaktif ancaman pencerobohan menerusi pemantauan rangkaian ICT bagi Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya bersama KKM;
f) Merancang dan menyelaras inisiatif-inisiatif baru perluasan rangkaian Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya;
g) Menyediakan khidmat nasihat dalam tatacara perolehan perisian, perkakasan dan peralatan rangkaian ICT Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya;
h) Menguruskan pinjaman perkakasan ICT bagi Jabatan dan PTJ-PTJ di bawahnya; dan
i) Menjadi urusetia sokongan teknikal didalam program-program yang dianjurkan oleh Jabatan.
 

Carta Organisasi Unit Pengurusan Maklumat
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

 
 

Bahagian Pengurusan      Unit Sumber Manusia, Latihan dan Inovasi    Unit Kewangan    Unit Pentadbiran    Unit Pembangunan    Unit Perolehan, Aset dan Stor    Unit Psikologi Kaunseling 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 12-12-2018 :: 03:07 PM