MENGENAI KAMI  PROFIL PERKHIDMATAN  BAHAGIAN PENGURUSAN

UNIT PEMBANGUNAN


Unit Pembangunan merupakan salah satu unit dibawah Bahagian Pengurusan, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM).  Antara objektif utama Unit Pembangunan adalah untuk memastikan projek-projek pembangunan dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan mencapai outcome yang telah ditetapkan.   Perjawatan bagi Unit Pembangunan diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah (M48) yang dibantu oleh seorang Penolong Pengarah Kanan (M44) dan seorang Penolong Pegawai Tadbir Tinggi (N36).

Unit ini disokong oleh tiga sub-unit iaitu Pengurusan Pembangunan, Pengurusan Kewangan dan Teknikal.  Sub-unit Teknikal dianggotai oleh serang Penolong Jurutera (J29), Pengurusan Pembangunan dianggotai oleh seorang Pembantu Tadbir Kanan (N22) dan seorang Pembantu Tadbir (N17) manakala Pengurusan Kewangan dianggotai oleh seorang Pembantu Tadbir Kanan (Kewangan) (W22) dan seorang Pembantu Tadbir (Kewangan) (W17). 

 

Fungsi Unit

Fungsi Unit Pembangunan adalah berdasarkan tiga sub-unit utama iaitu Pengurusan Pembangunan, Pengurusan Kewangan dan Teknikal. Fungsi bagi setiap sub-unit di bawah Unit Pembangunan adalah seperti berikut:

a. Pengurusan Pembangunan:

  • Mengenalpasti, merancang, menyelaras, memantau prestasi pelaksanaan serta membuat penilaian outcome projek-projek pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT);
  • Menyelaras dan mengemaskini laporan prestasi perbelanjaan dan fizikal projek RMLT;
  • Menyelaras permohonan dan memantau prestasi pelaksanaan dan kewangan projek-projek pembangunan di bawah Belanja Peruntukan Pembangunan (P42) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
  • Menyelaras pemantauan projek dan pelaksanaan projek pembangunan;
  • Memantau pengemaskinian maklumat di dalam sistem pemantauan projek (SPPII);
  • Bertanggungjawab ke atas rekod dan perolehan tanah dan bangunan bagi keperluan projek-projek pembangunan kesihatan;
  • Mengurus permohonan penyewaan (baru/pelanjutan) untuk ruang pejabat/ Klinik 1Malaysia termasuk menyemak draf perjanjian penyewaan dan menyelaras ulasan daripada Jabatan Teknikal; dan
  • Mengurus permohonan penyewaan (baru/pelanjutan) ruang bangunan (premis) oleh semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah JKNM.

b. Pengurusan Kewangan:

  • Menyediakan rekod dan prestasi perbelanjaan peruntukan pembangunan;
  • Menyelaras nota minta, pesanan tempatan (LO) dan baucer-baucer bayaran bagi peruntukan pembangunan (eSPKB/ ePerolehan);
  • Menyelaras filmsy dan membuat penyata penyesuaian bulanan dibawah peruntukan pembangunan; dan
  • Menyelaras waran-waran yang diterima daripada KKM dan membuat agihan sub waran ke PTJ/ Jabatan Kerja Raya (JKR).

c. Teknikal:

  • Menyediakan khidmat teknikal dan nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan projek di negeri;
  • Menyelaras penyediaan speksifikasi projek bagi urusan sebutharga;
  • Menyelaras kerja-kerja teknikal dalam pelaksanaan projek;
  • Menyediakan laporan teknikal dan perbelanjaan projek;
  • Menganggotai jawatankuasa teknikal sebutharga di peringkat JKNM dan PTJ;dan
  • Menyelaras dan mengemaskini laporan prestasi perbelanjaan fizikal projek RMLT.


Carta Organisasi
Unit Pembangunan, Bahagian Pengurusan



 

 

Bahagian Pengurusan      Unit Sumber Manusia, Latihan dan Inovasi    Unit Kewangan    Unit Pentadbiran    Unit Pengurusan Maklumat    Unit Perolehan, Aset dan Stor    Unit Psikologi Kaunseling 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 13-12-2018 :: 08:40 AM