MENGENAI KAMI  PROFIL PERKHIDMATAN  BAHAGIAN PENGURUSAN

UNIT KEWANGAN

Unit Kewangan diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah dan terdiri daripada 2 Sub Unit iaitu :-
1.    Sub-Unit Bajet, Bayaran dan Pentadbiran
2.    Sub-Unit Gaji, Tuntutan, Hasil dan Audit

VISI
Unit Kewangan sebagai penggerak utama Bahagian Pengurusan di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dengan menyediakan perkhidmatan kewangan yang cekap, sistematik dan berkesan.

MISI

  • Merancang semua aktiviti di bawah pengurusan kewangan dengan teratur dan efisyen.
  • Menggunakan sumber manusia dan lain-lain sumber secara berkesan untuk melaksanakan pengurusan kewangan yang berkesan.
  • Membuat kawalan dan pemantauan prestasi perbelanjaan dan kutipan hasil.
  • Menyediakan laporan perakaunan yang bersesuaian untuk membantu pengurusan tertinggi Jabatan dalam membuat keputusan berkaitan pengurusan kewangan.


OBJEKTIF
Merancang, melaksana, mengawal dan menilai pengurusan kewangan yang berkualiti dengan mengamalkan budaya kerja cemerlang berdasarkan perkara berikut:

  • Mematuhi peraturan kewangan
  • Cekap, ekonomik dan berkesan
  • Ketepatan masa
  • Khidmat nasihat yang berkesan
  • Mesra
     

FUNGSI

1.    Memproses pembayaran, tuntutan dan gaji pegawai
2.    Menguruskan perakaunan dan pelaporan
3.    Menguruskan bajet
4.    Menguruskan hal-hal pentadbiran kewangan dan kutipan hasil
5.    Menyelaras Pasukan Naziran Kewangan ke PTJ


 

Bahagian Pengurusan      Unit Sumber Manusia, Latihan dan Inovasi    Unit Pentadbiran    Unit Pembangunan    Unit Pengurusan Maklumat    Unit Perolehan, Aset dan Stor    Unit Psikologi Kaunseling 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 12-12-2018 :: 03:03 PM