MENGENAI KAMI  PROFIL PERKHIDMATAN  BAHAGIAN PERUBATAN

UNIT KEJURURAWATAN

Jawatan Penyelia Jururawat Negeri (Perubatan) yang baru diluluskan pada ABM 2009 pada March 2009 bertanggungjawab kepada Ketua Penyelia Jururawat Negeri dan berkerjasama dengan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) dalam mengimplimentasikan perkhidmatan perawatan di hospital-hospital dalam negeri Melaka.

Visi Kejururawatan (Perubatan)

Melaksanakan perkhidmatan kejururawatan yang cemerlang secara optima merangkumi perkhidmatan penyayang, kerja berpasukan secara profesional untuk kepuasan pelanggan.

Misi Kejururawatan (Perubatan)

Melaksanakan perawatan berkualiti dan berusaha sama dengan profesional kesihatan untuk mencapai tahap kesihatan optima :

  • Meningkatkan dan mengekalkan status kesihatan pelanggan yang berkualiti.
  • Meningkatkan tahap kompetensi seiring dengan perkembangan teknologi terkini.
  • Menghargai kesihatan adalah nilai tertinggi

Objektif Perkhidmatan

  • Memastikan jururawat memberi perawatan yang berkualiti dan bermutu tinggi kepada pesakit.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan perawatan berfokuskan mesra pelangan, komunikasi berkesan dan khidmat penyayang.
  • Meningkatkan tahap professionalisme melalui kompetensi, seiring dengan perkembangan teknologi terkini dengan mengadakan pendidikan kejururawatan berterusan.
  • Menjalinkan hubungan baik dengan semua kakitangan, pelanggan dan unit- unit lain untuk mencapai matlamat jabatan.

 

 

Bahagian Perubatan      Unit Perkembangan Perubatan    Unit Kualiti Penjagaan Perubatan    Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS)    UNIT PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (BAHAGIAN PERUBATAN)    Unit Rekod Perubatan 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 09-01-2017 :: 04:05 PM