MENGENAI KAMI  PROFIL PERKHIDMATAN  BAHAGIAN PENGURUSAN

UNIT SUMBER MANUSIA, LATIHAN DAN INOVASI

UNIT SUMBER MANUSIA
Unit ini diterajui oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Gred M52 dan dianggotai oleh 20 orang pegawai. 3 fungsi utama unit ini adalah perkhidmatan perjawatan dan HRMIS. Aktiviti yang terlibat bagi setiap fungsi adalah seperti berikut:

1) Perkhidmatan

  1. Menyelaras dan mengurus urusan kenaikan pangkat semua jawatan
  2. Menyelaras dan menguruskan urusan pengesahan pelantikan, pengesahan perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, tanggung kerja dan lain-lain
  3. Menyelaras dan mengurus urusan persaraan wajib dan pilihan anggota
  4. Menyelaras dan menguruskan urusan buku perkhidmatan  dan penyata Kew-8 untuk pegawai dan anggota
  5. Menyelaraskan permohonan pelbagai jenis cuti
  6. Menyelaras permohonan Elaun Perumahan Wilayah, Tuntutan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal dan Tuntutan Perpindahan
  7. Urusetia Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
  8. Memastikan pegawai-pegawai mengetahui tentang makluman atau iklan kenaikan pangkat serta menguruskan permohonan pemangkuan dan kenaikan pangkat pegawai-pegawai;
  9. Menjadi urusetia kepada Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia Peringkat JKNM dan Majlis Bersama Jabatan Peringkat Pejabat Pengarah dan Negeri; dan
  10. Memproses permohonan/pembaharuan Sijil Amalan Tahunan (APC) untuk dikemukakan kepada Lembaga Perubatan Malaysia

 
2) Perjawatan

  1. Menyelaras permohonan jawatan baru ABM tahunan
  2. Menyelaras penyediaan Buku Senarai Perjawatan Tahunan
  3. Menyelaras pengedaran Waran Perjawatan
  4. Menyelaras penyediaan rekod Perjawatan & Pengisian
  5. Menyelaras naziran perjawatan ke seluruh PTJ negeri Melaka
  6. Menyelaras temuduga jawatan Kumpulan Sokongan 2, Pekerja Sambilan Harian (PSH), Contract for Services
  7. Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan  Tadbir Urus(JITU)
  8. Menyelaras urusan tindakan tatatertib
  9. Menyelaras penyediaan laporan pengisytiharan harta
  10. Menyelaras penyediaan Laporan  Pengurusan Audit Nilai, Mengurangkan Karenah Birokrasi

 
3) HRMIS
 

  1. Menganggotai Unit Aplikasi HRMIS
  2. Membantu memantau pelaksanaan  serta penggunaan Sistem Aplikasi Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia  (HRMIS) oleh semua PTJ yang terdiri daripada beberapa submodul iaitu:
  • Data Perjawatan
  • Pengemaskinian Data Tidak Berintegriti
  • Pengisytiharan  Harta
  • Pengurusan Cuti
  • Pengurusan Penamatan Perkhidmatan
  • Pelaksanaan Modul SKT
  • Pelaksanaan Modul LNPT
  1. Berperanan sebagai Pentadbir Aliran Kerja (Workflow) di dalam Aplikasi HRMIS. Aliran Kerja ini bertujuan untuk menunjukkan hubungan diantara seseorang pengguna lain yang berkaitan bagi menyempurnakan sesuatu tugasan seperti kemaskini rekod dan mengesahkan sesuatu rekod di dalam Modul Aplikasi HRMIS.
  2. Membantu mengkaji masalah-masalah yang dikemukakan oleh pengguna.
  3. Memberi khidmat sokongan, mengemaskini ID pengguna dan menyelesaikan masalah operasi sistem yang dikemukakan oleh  pengguna

 

UNIT LATIHAN DAN INOVASI
Unit Latihan & Inovasi diketuai oleh seorang Penolong Pengarah Kanan (Latihan & Inovasi) Gred M44 serta dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir (Gred N29) sebagai Penyelaras Inovasi JKNM dan Pembantu Tadbir Kanan (Gred N22) sebagai Penyelaras Latihan JKNM serta 3 orang Pembantu Tadbir (Gred N19) dan seorang Pembantu Am Pejabat (Gred N11).

OBJEKTIF
Objektif Unit Latihan & Inovasi adalah “Untuk Membangunkan Modal Insan Yang Cemerlang Melalui Pelan Latihan Yang Strategik Serta Peningkatan Kualiti Dan Inovasi Jabatan Secara Keseluruhan”.

FUNGSI

Latihan

Bertanggungjawab dalam pengurusan dan penyelarasan program peningkatan kompetensi dan latihan dalam perkhidmatan bagi kakitangan JKNM melalui empat (5) fungsi utama iaitu :

  1. Perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan Pelan Operasi Latihan (POL) JKNM;
  2. Penyelarasan dan pelaporan prestasi perbelanjaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP);
  3. Pelaksanakan Program Transformasi Minda (PTM);
  4. Pengurusan permohonan Pos Basik; dan
  5. Pengurusan permohonan Latihan Industri.

Inovasi

Bertanggungjawab dalam pengurusan dan penyelarasan program-program peningkatan kualiti dan inovasi bagi semua kakitangan di JKNM meliputi empat (5) fungsi utama iaitu :

  1. Penyelaras bagi program-program peningkatan kualiti dan inovasi JKNM
  2. Penyelarasan dan pemantauan pengemaskinian Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja anggota JKNM
  3. Penyelarasan Piagam Pelanggan JKNM
  4. Penyelarasan Program System Star Rating (SSR) JKNM
  5. Keurusetiaan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Inovasi bagi menyelaras 11 Jawatankuasa Kerja di bawah Jawatankuasa Pemandu Inovasi

Carta Organisasi
Unit Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan



 

 

 

Bahagian Pengurusan      Unit Kewangan    Unit Pentadbiran    Unit Pembangunan    Unit Pengurusan Maklumat    Unit Perolehan, Aset dan Stor    Unit Psikologi Kaunseling 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 22-01-2019 :: 11:47 AM