Pilihan Tema : 

  • Latest iCemas
  • PRIC BANNER HM GETAWAY 1
  • TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA
  • 3
  • Hsopital Kluster 2
  • melawat

Jabatan Rekod Perubatan

  • LATAR BELAKANG

    • Tanggungjawab utama Jabatan Rekod Perubatan adalah menguruskan rekod perubatan pesakit dalam keadaan selamat dan rahsia maklumat pesakit terkawal mengikut prosedur yang ditetapkan serta bertanggungjawab juga dalam menyediakan statistik penting peringkat Hospital Melaka. Berdasarkan hiraki fungsi Jabatan Rekod Perubatan berada di bawah Direktorat Sokongan Bukan Klinikal dan di bawah tanggungjawab Timbalan Pengarah Perubatan II.
  • VISI DAN MISI

           
       VISI  
      
    • Untuk memberi perkhidmatan rekod yang unggul disamping memberikan kepuasan kepada pelanggan
       MISI  
    • Untuk memberi kepuasan kepada pelanggan dengan berteraskan nilai perkhidmatan yang penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisma.
  • OBJEKTIF 

    Menyimpan rekod – rekod perubatan pesakit dalam dan data – data statistic hospital dengan selamat, kemas dan efisyen.
    Menyediakan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan mudah untuk menyimpan dan mengeluarkan rekod perubatan pesakit dalam.
    Mengumpul dan menyediakan data – data statistik dengan cepat dan tepat
    Mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan yang sedi ada.
    Memberikan perkhidmatan yang mesra, berkesan serta cekap kepada orang ramai.

  • SUB UNIT DI BAWAH JABATAN

    • Unit Pengurusan Rekod Perubatan
    • Unit Pengurusan Laporan Perubatan
    • Unit Statistik SMRP & Case Mix
  • SKOP PERKHIDMATAN

    • Menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan rekod perubatan, pengurusan laporan perubatan, pengurusan statistik, pengurusan kes perundangan (medico-legal) dan menerima permohonan untuk membuat carian pengesahan kelahiran di Hospital Melaka bagi pendaftaran kelahiran lewat.
  • PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

    • Permohonan mendapatkan laporan perubatan / bedah siasat (Kadar bayaran – Sila hubungi ditalian 06-289 2504 / 2505)
    • Permohonan untuk membuat carian pengesahan kelahiran bagi pendaftaran kelahiran lewat.
    • Permohonan pinjaman rekod perubatan untuk kegunaan dalaman atau hospital - hospital di Negeri Melaka (Cluster)
    • Permohonan data statistik untuk kegunaan Pengurusan Hospital / Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Kementerian Kesihatan Malaysia

Unit Kualiti

  • LATAR BELAKANG

    • Unit Kualiti dahulunya dikenali sebagai Unit Kualiti dan Penyelidikan (UKP) telah ditubuhkan pada 1 September 2002. Pada tahun 2010, unit ini telah ditukar kepada Unit Inovasi dan kemudiannya diberi penjenamaan semula kepada Unit Kualiti Hospital Melaka pada tahun 2018. Perubahan ini adalah sejajar dengan perkembangan dan penambahan skop perkhidmatan dan fungsi Unit Kualiti di peringkat hospital mahupun kebangsaan. Unit ini dahulunya terletak di Tingkat 2, Blok B dan kemudiannya telah ditempatkan di Tingkat 1, Blok Pentadbiran Hospital Melaka sejak 2 Januari 2013 sehingga kini.
  • VISI DAN MISI

           
       VISI  
      
    • Menjadi unit yang cemerlang serta berdaya saing dalam melaksanakan program peningkatan kualiti yang efektif dan efisien selaras dengan perubahan persekitaran yang dinamik.
       MISI  
    • Misi kami adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan perawatan pesakit bersama seluruh warga kerja Hospital Melaka dengan penggunaan teknologi maklumat terkini melalui semangat kerja berpasukan dan professionalisme.
  • OBJEKTIF 

    Memastikan program peningkatan kualiti di peringkat hospital berjalan dengan teratur dan seiring dengan keperluan Kementerian Kesihatan Malaysia.
    Memastikan pengawalan dan penyeragaman maklumat klinikal dan bukan klinikal dalam usaha untuk mencapai piawaian penjagaan pesakit yang optima.

  • SUB UNIT DI BAWAH JABATAN

    • Unit Kluster
    • Unit Casemix

     

  • SKOP PERKHIDMATAN

    Unit Kualiti bertanggungjawab dalam penyelarasan, pemantauan dan bertindak sebagai urusetia untuk inisiatif serta program-program seperti dibawah:

    • Akreditasi MSQH 5th Edition
    • MS ISO 9001:2015
    • Hospital Kluster
    • Casemix
    • Lean Healthcare Initiative
    • Pain Free Hospital
    • Hospital Performance Indicators for Accountability (HPIA)
    • Key Performance Indicators (KPI)
    • Patient Safety
      • Patient Safety Awareness for House Officers
    • Quality Assurance (QA) Program
    • Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
    • Inovasi
    • Jawatankuasa Laporan Insiden
    • Jawatankuasa Mortality & Morbidity
    • Jawatankuasa Resusitasi
    • Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah
    • Penyelarasan dokumen-dokumen terkawal seperti polisi, prosedur kualiti dan lain-lain.

iconibadat Anjung Kasih 3iconsoalanlazim.png

icongalerisejarah3 icongalerivideo.png 

 

Hubungi Kami

 

 
Hospital Melaka
Jalan Mufti Haji Khalil
75400 Melaka
 
No. Telefon : 06-2892344
 
No. Fax : 06-2813240
qr code vcard hospital melaka

Statistik Pelawat

01425973
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
778
667
5338
24030
20841
1425973

Toggle Setting Menu