Pilihan Tema : 

MAJLIS PENYERAHAN DAN PERASMIAN BLOK KENANGA HOSPITAL MELAKA OLEH YBHG. DATUK DR NOR FARIZA BINTI NGAH

YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza Binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) telah menyempurnakan Majlis Penyerahan dan Perasmian Blok Kenanga Hospital Melaka hari ini.
 
Blok Kenanga Hospital Melaka adalah sebahagian daripada Program Sokongan Peningkatan Kapasiti Hospital COVID-19 MERCY Malaysia. Ia merupakan kolaborasi ”Public-Private Partnership” antara Kementerian Kesihatan Malaysia (Hospital Melaka) bersama pihak MERCY Malaysia dan Malayan Banking Berhad (Maybank).
 
Pembukaan Blok Kenanga akan dapat mengurangkan kesesakan katil di wad sedia ada dan turut akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri Melaka.
 
Blok Kenanga ini menempatkan 2 wad yang boleh memuatkan 42 buah katil pesakit pada satu-satu masa serta turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti gas perubatan dan peralatan perubatan bagi menempatkan pesakit-pesakit yang memerlukan ventilasi, dialisis dan isolasi. Reka bentuk blok Kenanga mengambil kira aspek kebolehcapaian dan persekitaran yang mesra pengguna.
 
Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Datuk Dr Rusdi Abd Rahman, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, YBhg. Dato' Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan dan YBrs. Dr. Zaharimah binti Abdul Kadir, Pengarah Hospital Melaka.
 

Toggle Setting Menu