Pilihan Tema : 

Piagam Pelanggan

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat , mesra, penyayang dan berkualiti

1. Keutamaan akan kami berikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut:
√ Kes kritikal (Zon Merah) dirawat dengan serta merta
√ Kes separa kritikal (Zon Kuning) dirawat dalam masa 30 minit
√ Lain-lain kes (Zon Hijau) akan dilihat mengikut keutamaan keadaan pesakit

2. Perkhidmatan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pelanggan. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak , ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya.

3. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan

4. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pelanggan adalah dijamin.

5. Hak pesakit akan dihormati

6. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.


Toggle Setting Menu