Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial
- LATAR BELAKANG
- VISI DAN MISI
- OBJEKTIF
- JADUAL OPERASI
- POLISI OPERASI: PERKHIDMATAN PESAKIT LUARHospital Melaka dibina pada awal 1930an dengan kos binaan dari Straits Settlement berjumlah $2.5 juta dan telah dirasmikan oleh Sir Cecil Clementi, Gabenor Negeri negeri Selat pada 12 Februari 1934. Majlis Perasmian turut dihadiri oleh Andrew Caldecott (British Colonial Secretary), Major General Lewin (Commanding Officer), Dr R.D. Fitzgerald (Director of Medical Treatment and Health), M.W. Millington (Resident Counselor) dan tetamu kehormat termasuk 700 rakyat Melaka. Bangunan Baru Hospital Melaka telah dirasmikan oleh Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 9 Ogos 1999.Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial ini pada mulanya dikenali sebagai Klinik Aneka Pergigian sejak ia mula beroperasi seawal tahun 1930-an di Blok Lama Hospital Melaka. Klinik ini telah berpindah ke Tingkat 2, Kompleks Pakar, Blok Bangunan Tambahan Hospital Melaka pada bulan Julai 1999 dan berfungsi sebagai pusat rujukan kes-kes pergigian dan pembedahan mulut.kemaskini pada 6 Mac 2026
- VISI
Malaysia akan wujud sebagai sebuah Negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui system kesihatan yang adil dan saksama, mampu diperolehi, efisien, berteknologi sesuai, berupaya mengikut persekitaran serta serasi pelanggan, dengan mengutamakan kualiti, inovasi, peningkatan taraf kesihatan serta menghormati martabat insan disamping menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan ke arah peningkatan kualiti hidup.MISIUntuk memberi perkhidmatan pergigian kepada rakyat negeri Melaka supaya mencapai dan mempertahankan tahap kesihatan mulut yang optima di kalangan individu, keluarga dan masyarakat melalui usaha- usaha menggalaktabiat kesihatan yang positif dan memastikan perkhidmatan pergigian yang berkualiti dan berteknologi sesuai.
kemaskini pada 6 Mac 2026
Memberi perkhidmatan kepakaran yang berkualiti kepada pesakit rujukan serta perkhidmatan yang perihatin. Memberikan perkhidmatan kecemasan dan trauma (24 jam) yang berkesan serta efektif
disamping member layanan perihatin dan perkhidmataan berkualiti kepada pesakit
dalaman (inpatient).Menggalakkan setiap petugas menerima latihan dan pendidikan lanjutan yang berterusan. Menggalakkan kajian dan audit untuk mengekalkan perkhidmatan berkualiti serta
perihatin.kemaskini pada 6 Mac 2026
HARI/ MASA 8:00 PG - 1:00 PTG 1:00 PTG - 2:00 PTG 2:00 PTG - 5:00 PTG ISNIN KES RUJUKAN, TEMUJANJI & KES KECEMASAN
KLUSTER HOSPITAL JASIN (SETIAP MINGGU)REHAT KES RUJUKAN, TEMUJANJI & KES KECEMASAN SELASA
HARI PEMBEDAHAN BIUS AM & KES PEMBEDAHAN KECIL SECARA BIUS SETEMPAT & KES KECEMASAN HARI PEMBEDAHAN BIUS AM & KES PEMBEDAHAN KECIL SECARA BIUS SETEMPAT & KES KECEMASAN, KES TEMUJANJI RABU
KES RUJUKAN, TEMUJANJI & KES KECEMASAN CDE: PERBINCANGAN KES PRA PEMBEDAHAN DAN PEMBENTANGAN KES KHAMIS
KES RUJUKAN, TEMUJANJI & KES KECEMASAN KES RUJUKAN, TEMUJANJI & KES KECEMASAN JUMAAT
8:00 PG - 12:15 PTG 12:15 PTG - 2:45 PTG 2:45 PTG - 5:00 PTG HARI PEMBEDAHAN BIUS AM & KES PEMBEDAHAN KECIL SECARA BIUS SETEMPAT & KES KECEMASAN REHAT KES KECEMASAN/CDE - Klinik beroperasi pada waktu pejabat bermula pada 8:00 pagi hingga 5:00 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat sahaja.
- Waktu rehat adalah pada pukul 1 tengah hari - 2 petang kecuali pada hari Jumaat (12:15 tengah hari - 2:45 petang).
kemaskini pada 24 Februari 2026






