Pilihan Tema : 

Jabatan Perubatan & Nefrologi

  • LATAR BELAKANG

    Jabatan Perubatan merupakan jabatan yang terbesar di Hospital Melaka. Jabatan ini bukan hanya menerima pesakit dari negeri Melaka tetapi turut menerima pesakit dari selatan Negeri Sembilan dan Johor Utara.
    JUMLAH WAD
    • 13 Wad
    • 338 Katil 
      AKTIVITI
    • Perubatan Am
    • Aktiviti Tibi
     PROGRAM KLUSTER
    • Hospital Kluster Melaka bermula dari bulan November 2016
    • 2 orang Pakar Perubatan sepenuh masa telah ditempatkan di Hospital Kluster Alor Gajah(HAG) dan Hospital Kluster Jasin(HJ)
    • Dengan adanya perkhidmatan berkepakaran di HAG dan HJ, lebih ramai pesakit dari kedua-dua daerah ini mendapat rawatan doktor pakar tanpa perlu hadir ke Hospital Melaka
    • Dapat mengurangkan kesesakan di wad dan Klinik Pakar Perubatan Hospital Melaka
    • Perkhidmatan Ujian “Stress Test”dan Ekokardiogram juga telah diklusterkan di Hospital Alor Gajah
    Pada tahun 2018 jumlah kemasukan adalah seramai 19,433 orang dengan kadar pengunaan katil (BOR) mencecah 86.75% dengan purata seorang pesakit tinggal di wad adalah 5.61 hari.
    Pada tahun 2016, selain daripada terlibat dengan pengumpulan data “Casemix”, Jabatan Perubatan juga terlibat dengan projek rintis Hospital Kluster Negeri Melaka dan Projek ‘LEAN Healthcare”. 



  • VISI DAN MISI

           
    VISI
     
    • Menjadi jabatan contoh dalam perawatan pesakit dalam bidang "perubatan dalaman"
    MISI
    • Memastikan pesakit menerima rawatan kepakaran terbaik dengan menerapkan sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan.
    • Memberi latihan berterusan yang berkualiti untuk setiap kakitangan jabatan
    • Merangsang penyelidikan dan audit sebagai sebahagian daripada bidang kerja
  • OBJEKTIF 

    Memberikan perkhidmatan yang berkualiti, berkepakaran untuk pesakit atau pelanggan melalui kerja berpasukan dan sikap penyayang 
    Memastikan semua staf di Jabatan ini sentiasa lengkap dengan ilmu pengetahuan dan latihan 
    Menggalakkan penyelidikan dan audit bagi memelihara kualiti perkhidmatan 
    Mewujudkan suasana kekeluargaan antara warga hospital dan pelanggan 

  • SUB UNIT DI BAWAH JABATAN

    • Klinik Diabetis Mellitus dan Endokrinologi
    • Klinik Rheumatologi
    • Klinik Respiratori
    • Klinik Geriatrik
    • Klinik Acute Internal Medicine
    • Klinik Hematologi
    • Klinik Neurologi
    • Klinik Gastroenterologi & Hepatologi- Pakar perubatan Gastroenterologi dari Hospital Ampang membuat lawatan sekali sebulan
    • Klinik RVD - Pakar penyakit Berjangkit dari Hospital Sungai Buloh membuat lawatan sekali sebulan
    • Klinik Kardiologi - Pakar Kardiologi (Dr Nik Ahmad Eid) dari Hospital Putra Melaka membuat lawatan secara ‘sessional’- 2 jam seminggu
    • Klinik Onkologi - Pakar Perubatan Onkologi dari Hospital Kuala Lumpur membuat lawatan setiap 2 bulan sekali
  • SKOP PERKHIDMATAN

    Perkhidmatan Pesakit Dalam
    Perkhidmatan Pesakit Luar
    Perkhidmatan Makmal Ujian Khas - Kardiologi dan Neurologi
    Unit Rawatan Harian
    Aktiviti Tibi
    Kaunseling dan Pendidikan Pesakit
    Perkhidmatan Kluster di HJ dan HAG

     

  • PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

    BIL  PERKHIDMATAN  LOKASI  KEKERAPAN 
     1.  Lawatan Pakar Endokrinologi Hospital Muar Setiap 2 bulan @ 6 kali lawatan setahun
        Hospital Jasin Setiap 4 bulan @ 3 kali lawatan setahun
        Hospital Alor Gajah Setiap 4 bulan @ 3 kali lawatan setahun
    2. Lawatan Pakar Geriatrik Hospital Alor Gajah Setiap hari Rabu @ 4 kali lawatan setahun
    3. Rujukan pesakit ke hospital luar Melaka
    • Hospital Serdang/ Institut Jantung Negara untuk kes Kardiologi
    • Jabatan Neurosurgeri Hospital Kuala Lumpur untuk kes Neurosurgeri
    • Jabatan Onkologi Hospital Kuala Lumpur untuk kes kanser paru-paru
     

Toggle Setting Menu