Pilihan Tema : 

Unit Bekalan Bahan Steril

  • Unit perkhidmatan bahan sterile Hospital Melaka telah beroperasi pada tahun 1975. Pada awal kewujudan unit ini telah memulakan operasi di bangunan lama Hospital Melaka. Ia dikenali dengan nama Unit Otoklef pada awalnya, kemudian bertukar nama kepada Unit Sucihama Hospital Melaka dan seterusnya pada tahun 1999 bertukar nama lagi kepada Unit Bekalan Sterile. 

    Pada tahun 1999, kesemua unit ini telah dipindahkan ke bangunan baru Hospital Melaka dan pada tahun 2010 unit ini sekali lagi bertukar nama kepada Unit Perkhidmatan Bahan Sterile dan ianya telah diseragamkan ke seluruh Negara Malaysia.

     

     

    kemaskini pada 1 April 2026

  • VISI

    Amalkan amalan kualiti menyeluruh untuk mengekalkan steriliti dalam penjagaan kesihatan menerusi teknologi terkini. 


    MISI

    Memberi sokongan dan perkhidmatan sewajarnya kepada paramedik mengikut matlamat dan objektif unit.

     

     

    kemaskini pada 1 April 2026

  • Menyediakan perkhidmatan yang cekap dan efektif serta memastikan langkah yang berkesan dalam mengawal infeksi

    Menyediakan bekalan yang standard dan alat steril yang terjamin
    Menggariskan aktiviti di antara dewan bedah, klinik kesihatan dan pesakit luar
    Merancang kecemerlangan dengan menganalisa produk, kaedah penyediaan produk dan keperluan latihan bagi kakitangan

     

    kemaskini pada 1 April 2026

    1. Penerimaan set yang telah digunakan untuk prosedur di ruangan Dekontaminasi, untuk melalui proses pembersihan dan pensterilan.
    2. Pensterilan iaitu menjalankan proses sterilisasi dengan penggunaan 3 buah mesin Steam Sterilizer dan 1 buah mesin Low Temperature Plasma Sterilizer di Hospital Melaka
    3. Pembekalan soft dressing terbahagi kepada dua tempat iaitu wad/unit dan Dewan Bedah
      • Penggunaan untuk pesakit di wad - seperti gauze pack, cotton, wool pack, gamgee, bandage, vaginal pack, sanitary pad, tampon dan lain-lain.
      •  Penggunaan untuk pembedahan di Dewan Bedah seperti Precut gauze with raytex, precut gauze plain, Abdominal gauze sponge, precut green gauze, orthoband, creepe bandage, cotton bandage dan banyak lagi
    1. Pembekalan set Dewan Bedah dan Wad/Klinik yang digunakan untuk pelbagai Prosedur
    2. Pembekalan linen dan towel - Untuk Wad seperti basic linen, delivery extra, CVC bundle, X ray linen, stitch extra, dressing towel, cyst towel, single gown manakala pembekalan ke Dewan Bedah adalah seperti Basic Linen, Gown double, gown single, abdominal towel, dressing towel, cyst towel, mayo cover, ENT cover, Imaging Intensifier cover.

     

     

    kemaskini pada 1 April 2026

Toggle Setting Menu