Jabatan Obstetrik & Ginekologi
- LATAR BELAKANG
- VISI DAN MISI
- OBJEKTIF
- SUB UNIT DI BAWAH JABATAN
- SKOP PERKHIDMATAN
- PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
- Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Melaka bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang berkualiti, professional, adil dan saksama dengan berpandukan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2000 dan Persijilan Akreditasi. Khidmat Kepakaran Kebidanan dan Sakit Puan yang diberi merangkumi perawatan para pesakit di negeri Melaka dari Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah, dan Jasin, juga termasuk Selatan Negeri Sembilan dan Utara Johor.Jabatan ini mempunyai 5 wad iaitu Wad Aras 3-2, 3-3 dan 3-4 yang menempatkan pesakit antenatal dan postnatal berisiko tinggi, Wad Aras 3-1 yang menempatkan pesakit ginekologi dan A3 yang menempatkan pesakit postnatal berisiko rendah dan ginekologi.Kamar Bersalin yang mempunyai 16 bilik untuk ibu-ibu bersalin ditempatkan di aras 2, empat bilik daripadanya digunakan untuk perawatan proses induksi bersalin kes-kes yang berisiko tinggi dan 4 lagi bilik digunakan sebagai High Dependency Unit (HDU) untuk pemerhatian rapi kes-kes berisiko tinggi. Ianya juga dilengkapi dengan satu bilik pembedahan (OTM).Klinik Obstetrik dan Ginekologi pula terletak di Kompleks Klinik Pakar, Aras 1. Perkhidmatanpesakit luar di Klinik Pakar O&G beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat untuk kes–kes rujukan dan susulan Antenatal, Postnatal, Sakit Puan, Combined Clinic, Pre-Pregnancy Clinic, Maternal-Fetal Medicine Clinic, Gynae-Onco Clinic, Uro-Gynae Clinic, Infertility Clinic, Menopause Clinic, Kelas Pendidikan Pesakit dan Kelas Peneman.Semenjak tahun 2019 sehingga kini, Hospital Melaka telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi. Setiap ibu hamil yang datang untuk mendapatkan rawatan Antenatal di klinik O&G dan yang melahirkan bayinya di Hospital Melaka akan dipastikan mendapat ilmu dan kemahiran menjayakan penyusuan bayinya.kemaskini pada 27 Mei 2025
VISI
Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Melaka memfokuskan perkhidmatan cemerlang dan berkualiti berasaskan nilai – nilai murni melalui kerja berpasukan ke arah keselamatan dan kepuasan pelanggan.
MISI• Menyediakan perkhidmatan perubatan untuk ibu-ibu hamil dan pesakit ginekologi secara menyeluruh berteraskan budaya korporat, penyayang, berpasukan dan profesionalisme.
• Perkhidmatan secara teknologi tinggi bersesuaian dengan kehendak pelanggan, kebudayaan dan keperluan sosial masyarakat.kemaskini pada 27 Mei 2025
Memberi perkhidmatan yang berkualiti serta berkesan kepada pelanggan-pelanggan di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi
Memberi pendidikan kesihatan kepada ibu mengandung supaya lebih yakin semasa
menghadapi saat bersalin.Mengurangkan kadar kematian ibu – ibu mengandung dan bayi sejajar dengan matlamat
Kementerian Kesihatan Malaysia.Menyediakan khidmat kaunseling kepada wanita – wanita yang menpunyai masalah sakit
puan seperti barah, endometriosis, kesuburan, monopos dan sebagainya.Membantu Kerajaan dalam usaha memberi kesedaran dan kefahaman kepada kaum
wanita tentang kepentingan pencegahan penyakit terutamanya barah pangkal rahim.Semua ibu – ibu yang bersalin di Hospital Melaka digalakkan menyusu bayi mereka
dengan susu ibu sepenuhnya.kemaskini pada 27 Mei 2025
- Maternal-Fetal Medicine unit
- Gynae-Oncology unit
- Uro-Gynaecology unit
kemaskini pada 27 Mei 2025
- Skop perkhidmatan yang dijalankan oleh Jabatan Obstetrik dan Ginekologi adalah seperti berikut:-
- Memberi perkhidmatan pesakit dalam wad
- Memberi perkhidmatan pesakit luar di Klinik Pakar O&G
- Menjaga ibu–ibu hamil (Antenatal)
- Mengendali kelahiran bayi di Hospital
- Menjaga ibu selepas bersalin (Postnatal) dan bayi
- Memberi permulaan imunisasi bayi
- Menjaga awal kehamilan ‘Early Pregnancy Assessment Unit (EPAU)’
- Menjaga wanita yang bermasaalah sakit puan (Ginekologi)
- Memberi perkhidmatan fertility asas
- Memberi perkhidmatan Maternal-Fetal Medicine unit
- Memberi perkhidmatan Gynae-Oncology unit
- Memberi perkhidmatan Uro-Gynaecology unit
- Mengurus perlaksanaan Hospital Rakan Bayi oleh Unit Laktasi
- Memberi perkhidmatan Kluster O&G di Hospital Jasin dan Hospital Alor Gajah
kemaskini pada 27 Mei 2025 - 1. Perkhidmatan Fertility Asas
Pasangan yang mengalami isu fertility boleh mendapatkan perkhidmatan fertility asas seperti ujian darah, Hysterosalpingography (HSG), ujian air mani, Intrauterine Insemination (IUI). Untuk kes – kes yang rumit, kita merujuk ke hospital yang mempunyai subkepakaran Infertility seperti untuk tujuan persenyawaan in vitro (IVF).
Pasangan yang ingin menjalani rawatan fertility dikehendaki mendapatkan rujukan daripada klinik kesihatan atau hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, atau pihak swasta.
2. Perkhidmatan Maternal-Fetal Medicine unitKita mempunyai in-house subkepakaran Maternal-Fetal Medicine di mana Unit MFM memberi penjagaan optimum untuk pesakit obstetrik berisiko tinggi. Tempahan temu janji dikehendaki melalui klinik Antenatal Hospital Melaka di mana kes mesti dibincangkan dengan pakar atau perunding sebelum rujukan ke Unit MFM.
3. Perkhidmatan Gine-Onkologi unitKita memberi perkhidmatan kepada pesakit Ginekologi yang dirujuk terutama kes kanser sistem peranakan wanita (Rahim, Serviks, Ovari, Vulva dan Vagina) melalui kerjasama dengan lawatan subkepakaran Ginae-Onkologi Hospital Ampang. Kita memberi perkhidmatan yang merangkumi pengesanan awal, saringan kanser, pembedahan serta kemoterapi kepada pesakit. Manakala kes – kes yang memerlukan rawatan radioterapi dirujuk ke institusi yang memiliki kemudahan, kepakaran radioterapi. Selain itu, kita juga memastikan pesakit yang telah disahkan menghidap kanser Ginekologi mendapat sokongan dengan penglibatan unit lain (Unit Paliatif, Unit Dietetik, Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Farmasi).
4. Perkhidmatan Uro-Ginekologi unitKita menyediakan penjagaan optimum untuk wanita yang mengalami disfungsi lantai pelvik termasuk inkontinensia kencing dan dubur, prolaps organ pelvis, kecederaan sfinkter dubur obstetrik (Obstetrics Anal Sphincter Injuries - OASIS), buang air kecil, buang air besar dan disfungsi seksual melalui kerjasama dengan lawatan subkepakaran Uro-Ginekologi Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur.
5. Perkhidmatan Kluster O&G di Hospital Jasin dan Hospital Alor GajahDengan kerjasama daripada Hospital Jasin dan Hospital Alor Gajah, kita memberi perkhidmatan sakit puan yang berkualiti dalam semua aspek yang meliputi penyaringan, ketepatan diagnosis, keberkesanan pengurusan perawatan dan pencegahan yang sistematik. Kita memberi perkhidmatan diagnostik dan rawatan kepada pesakit luar dan dalam.
Klinik Pakar Pesakit Luar di Hospital Jasin dan Hospital Alor Gajah beroperasi pada waktu pejabat mengikut jadual telah ditetapkan. Kita juga memberi perkhidmatan pembedahan di Hospital Alor Gajah di mana hanya bertumpu kepada elektif kes seperti pembedahan ‘Caesarean Section’ dan pembedahan Ginekologi Minor, mengikut jadual yang telah ditetapkan.
6. Perkhidmatan Kursus Peneman Ibu BersalinKita memberi perkhidmatan kursus peneman ibu bersalin kepada pasangan yang ingin menjalani proses kelahiran bayi mereka bersama. Untuk makluman semua, pasangan wajib menghadiri kursus peneman yang dianjurkan oleh Jabatan Sakit Puan Hospital Melaka atau Klinik- Klinik Kesihatan Daerah Melaka bagi membolehkan para suami atau bakal bapa yang ingin menemani isteri mereka di kamar bersalin Hospital Melaka dan seterusnya melihat proses kelahiran bayi mereka. Sekiranya pasangan telah menghadiri kursus peneman dianjurkan di luar Melaka, mereka perlu membawa bukti kehadiran kursus tersebut.
Untuk maklumat lanjut serta temu janji kursus peneman di bawah Hospital Melaka, sila hubungi kita di talian 06-2892640 (Klinik Pakar Sakit Puan).
7. Perkhidmatan Virtual ClinicBagi tujuan mengurangkan bebanan pesakit serta kesesakan Klinik Pakar, kita menyediakan perkhidmatan Virtual Clinic sejak tahun 2024. Kita memberi perkhidmatan secara telekomunikasi (panggilan telefon) yang dirancang di antara doktor dan pesakit yang bersesuaian dengan kriteria skop perkhidmatan Klinik Virtual bagi mendapatkan konsultasi klinikal serta pelan rawatan pelanggan.kemaskini pada 27 Mei 2025






