Pilihan Tema : 

Imbasan Sejarah

Sejarah Awal Hospital Melaka

Hospital Melaka dibina pada awal 1930an dengan kos binaan dari Straits Settlement  berjumlah $2.5 juta dan telah dirasmikan oleh Sir Cecil Clementi, Gabenor Negeri-negeri Selat pada 12 Februari 1934. Majlis Perasmian turut dihadiri oleh Andrew Caldecott (British Colonial Secretary), Major General Lewin (Commanding Officer), Dr R.D. Fitzgerald (Director of Medical Treatment and Health), M.W. Millington  (Resident Counselor) dan tetamu kehormat termasuk 700 rakyat Melaka.

Berikut adalah senarai nama Ketua Pegawai Perubatan mulai tahun 1934 hingga 1959

DR E P LUPPRIAN  1934-1936
DR BEARBOCK  1936-1942
DR S THAMBIPILLAI 1942-1945
DR (COL) MAC LINTOK 1945-1947
DR MAC PHERSON  1947-1948
DR J E MC MAHON  1948-1949
DR W GLYN EVANS  1949-1952
DR MAC BETH  1952-1953
DR J E MC MAHON 1953-1955
DR CHELAH  1955-1955
DR J E MC MAHON  1955-1957
DR TENG YOONG FONG  1957-1959


Penguasa Perubatan (1959 - 1994)

DR HJ ABBAS BIN HJ ALIAS  1959-1961 
DR S A SABARATNAM 1961-1967
DR ABDUL MAJID BIN TAN SRI ABDUL AZIZ 1967-1970
DR S SIVANASEN 1970-1971
DR WONG MAE YEE 1971-1974
DR M K HALLAJ RAHMATULAH  1974-1975
DR K KUHAN 1975-1986
DR HO KEONG BIN 1987-1990
DR A P VIJAYAN 1990-1994


Bangunan Baru Hospital Melaka telah dirasmikan oleh Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 9 Ogos 1999. 

Toggle Setting Menu