Pilihan Tema : 

Jabatan Dietetik & Sajian

  • Jabatan Dietetik & Sajian bertanggungjawab sepenuhnya menyediakan perkhidmatan makanan kepada pesakit di wad, doktor bertugas atas panggilan serta anggota paramedik yang layak di Hospital Melaka.
     
    Sistem pengagihan makanan kepada pesakit adalah menggunakan sistem pengagihan makanan secara Hibrid (Hybrid Plating System), dimana makan pagi dan makan petang menggunakan sistem pengagihan makanan secara pukal (Decentralised plating) dan secara berpusat (Centralised plating) untuk makan tengahari dan makan malam.
     
    Jabatan ini juga menjalankan perkhidmatan dietetik klinikal kepada pesakit dalam wad dan pesakit luar yang dirujuk oleh Pakar/Pegawai Perubatan. Rundingcara pemakanan juga diadakan secara individu atau berkumpulan.
     
     
     
     
    kemaskini pada 1 April 2026
  • VISI

    Jabatan Dietetik & Sajian akan berusaha dalam perkembangan perkhidmatan sajian, perkhidmatan dietetik klinikal dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.


    MISI

    Memberikan perkhidmatan makanan serta diet yang betul mengikut pesanan kepada pelanggan dengan hidangan yang selamat dan sihat.

     

    kemaskini pada 1 April 2026

  • Memberikan perkhidmatan penyediaan makanan kepada pesakit di wad dengan
    hidangan yang selamat, sihat, berkualiti, mencukupi dan mengikut masa yang
    ditetapkan.

    Memberikan perkhidmatan dietetik klinikal kepada pesakit yang dirujuk mengikut
    diagnosa pada masa yang ditetapkan.

     

    kemaskini pada 1 April 2026

  • 1. Memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.

    2. Membekalkan diet normal dan diet teraputik secara ‘Centralised Plating System’ mengikut pesanan wad bagi pesakit di wad.

    3. Membekalkan diet kepada doktor bertugas atas panggilan.

    4. Memberi perkhidmatan dietetik kepada pesakit yang dirujuk mengikut diagnosa dan masa yang ditetapkan.

    5. Mengadakan ceramah pemakanan kepada anggota paramedik dan agensi-agensi lain mengikut permintaan.

    6. Mengurus program latihan Katering dan Dietetik untuk pelatih dari Institusi Pengajian Tinggi apabila perlu.

    7. Menggalakkan penglibatan penyelidikan dietetik klinikal/ dietetik komuniti dan katering demi meningkatkan mutu perkhidmatan.
     
     
     
     
    kemaskini pada 1 April 2026
  • 1. Perkhidmatan Sajian Makanan
    • Perkhidmatan sajian (penyediaan makanan untuk pesakit dalam)

    2. Perkhidmatan Dietetik Klinikal
    • Rundingcara pemakanan secara individu atau kumpulan
    • Penilaian pemakanan menggunakan mesin body composition analyser (BIA) untuk perioperative dan postoperative

     

     

    kemaskini pada 1 April 2026

    • Pensijilan HACCP
    • Pensijilan MESTI
    • Pensijilan HALAL

     

     

    kemaskini pada 1 April 2026

Toggle Setting Menu