Perutusan Pengarah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Hospital Melaka 86 tahun.
Selamat datang ke Laman Portal Rasmi Hospital Melaka.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, Portal Rasmi Hospital Melaka berjaya dilancarkan. Berlandaskan ledakan teknologi maklumat dan komunikasi serta Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), Hospital Melaka turut tidak ketinggalan menyertai arus ini dan sentiasa peka dengan perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam teknologi semasa.
Sebagai sebuah hospital kerajaan berpakar di Negeri Melaka, Hospital Melaka mempunyai 133 orang pakar dengan 21 sub kepakaran telah menjadi sumber rujukan hospital-hospital dalam dan di luar Negeri Melaka dalam aspek rujukan pesakit dan khidmat kepakaran.
Adalah menjadi harapan saya agar Portal Rasmi Hospital Melaka menjadi platform perkongsian dan penyampaian maklumat perkhidmatan kesihatan yang disediakan di Hospital Melaka, bukan sahaja kepada seluruh rakyat Negeri Melaka malah kepada semua pihak yang melayari portal ini.
Segala usaha akan kami laksanakan dengan penuh komitmen demi meningkatkan mutu penjagaan kesihatan kendiri dalam kalangan rakyat Negeri Melaka. Selamat Melayari Portal Rasmi Hospital Melaka.
Kami Sedia Membantu.
Pengarah Hospital Melaka