Pilihan Tema : 

Jabatan Anestesiologi

  • Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Melaka atau lebih dikenali umum sebagai Jabatan Bius merupakan jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan perkhidmatan anestesia (pembiusan) yang selamat dan penjagaan intensif kepada pesakit dalaman bagi setiap jabatan klinikal di Hospital Melaka. Jabatan ini juga turut bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, paling profesional, berkualiti, adil dan saksama tanpa mengira pangkat dan keturunan kepada pesakit yang memerlukan. Ia juga merangkumi aspek keselesaan paling maksimum kepada pesakit sebelum, semasa dan selepas pembedahan atau semasa pesakit menerima rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi “Intensive Care Unit” (ICU Mawar dan ICU Orkid).
     
     
     
     
    kemaskini pada 6 Februari 2026
  • VISI

    Perkhidmatan yang Cekap, Amanah, Prihatin


    MISI

    Menjalankan perkhidmatan paling profesional dan berkualiti, adil, dan saksama tanpa mengira darjat bagi memberi keselesaan maksimum kepada pesakit sebelum, selepas, atau semasa pembedahan atau di Unit Rawatan Rapi

     

    kemaskini pada 6 Februari 2026

  • Menyediakan perkhidmatan perioperative yang selamat dan efektif kepada pesakit.
     
    Menyediakan perkhidmatan rawatan rapi yang berkualiti bagi pesakit-pesakit kritikal.
     
    Menyediakan perkhidmatan Rawatan Kesakitan (Pain Management Team) yang selamat dan berkesan ke atas pesakit.
     
    Sentiasa mengadakan sesi latihan dan pembelajaran berkala bagi kakitangan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
     
    Menyediakan perkhidmatan klinikal secara menyeluruh melibatkan pelbagai disiplin dan mesra pelanggan.
     

     

     

    kemaskini pada 6 Februari 2026

    • Klinik Rawatan Kesakitan
    • Klinik Anestesiologi
    • Unit Rawatan Rapi
    • Acute Pain Service (APS)

     

     

     

     

    kemaskini pada 6 Februari 2026

    • Memberi pembiusan kepada pesakit dari setiap disiplin di hospital yang memerlukan pembedahan samada pembedahan elektif (pilihan) atau kecemasan.
    • Menyediakan perkhidmatan anestesia (pembiusan) kecemasan dalam tempoh 24 jam.
    • Menawarkan perkhidmatan sakit akut (APS) kepada pesakit-pesakit yang memerlukan selepas pembedahan. dimana masa perkhidmatan dilanjutkan bermula jam 7.00 pagi – 9.00 malam.
    • Memberi khidmat rawatan rapi (24 jam) kepada pesakit.
    • Mengadakan perkhidmatan Klinik Anestesia
    • Memberi khidmat ‘Obstetrics Epidural‘untuk pesakit yang menghadapi proses kelahiran (bersalin).
    • Menyediakan perkhidmatan Klinik Sakit Kronik (Pain Clinic)
    • Perlaksanaan perkhidmatan “Paediatric Anaesthesia”
     
     
     
     
    kemaskini pada 6 Februari 2026
  •  PERKHIDMATAN ANESTESIA DEWAN BEDAH Perkhidmatan anestesia untuk pembedahan elektif dan kecemasan bagi semua jenis pembedahan.
     PERKHIDMATAN ANESTESIA DI LUAR DEWAN BEDAH Perkhidmatan anestesia untuk pelbagai prosedur luar dewan bedah seperti CT scan, MRI, endoskopi dan lain-lain.
     KLINIK ANESTESIA Klinik Anestesia untuk menyaring dan menguruskan pesakit yang bakal melalui pembedahan elektif atau prosedur tertentu.
    KLINIK PENGURUSAN KESAKITAN KRONIK Klinik Pengurusan Kesakitan Kronik untuk mengurus dan merawat pesakit yang mempunyai kesakitan kronik.
    PENGURUSAN KESAKITAN AKUT 

    Khidmat pengurusan kesakitan akut boleh didapati 24 jam sehari serta diuruskan oleh pakar dan doktor Anestesiologi. Kunjungan wad dilakukan dua kali sehari oleh pasukan pegawai perubatan dan jururawat.

    • Perkhidmatan pengurusan kesakitan akut menguruskan pesakit yang baru menjalani pembedahan elektif dan emergency
    • Perkhidmatan pengurusan kesakitan bagi kes bukan pembedahan yang dirujuk, contohnya kes trauma dan medical
    • Perkhimatan pengurusan sakit kanser bagi pesakit kanser yang belum dirujuk kepada unit onkologi atau paliatif.
    UNIT RAWATAN KRITIKAL
    • Mengurus dan merawat pesakit kritikal di Unit Rawatan Kritikal Am.
    • Membantu mengurus pesakit kritikal di unit rawatan rapi lain seperti di Unit Rawatan Jantung, dan Wad Rawatan Pemerhatian Tinggi.
    • Membantu menguruskan pesakit kritikal yang dirawat di wad sementara menunggu kemasukan ke Unit Rawatan Kritikal Am dan pesakit kritikal yang tak memenuhi kriteria kemasukan.
    • Mengurus dan merawat pesakit selepas pembedahan yang berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi daripada anestesia dan pembedahan (Post Anestesia Care Unit)
     PERKHIDMATAN ANALGESIA OBSTETRIK
    •  Perkhidmatan pengurusan kesakitan semasa bersalin seperti epidural ditawarkan di waktu bekerja
    • Kunjungan wad dilakukan dua kali sehari oleh pasukan pegawai perubatan dan jururawat.

     

     

     

     

    kemaskini pada 6 Februari 2026

  • Jabatan Anestesiology juga terlibat dengan program MSQH Akreditasi hospital. Ia melibatkan skop yang luas termasuk pengurusan dan carta organisasi jabatan, keperluan sumber manusia, fasiliti dan peralatan. Jabatan akan sentiasa memastikan semua urusan yang berkaitan adalah dikekalkan, menepati dan seiring dengan kehendak dan keperluan program MSQH Akreditasi hospital.

     

     

     

     

    kemaskini pada 6 Februari 2026

Toggle Setting Menu