Pilihan Tema : 

Jabatan Dermatologi

  • Jabatan Dermatologi Hospital Melaka telah ditubuhkan pada Jun 1987 apabila Hospital Melaka mendapat seorang Pakar Dermatologi. Jabatan ini memberikan perkhidmatan komprehensif kepada semua jenis penyakit kulit, penyakit kelamin dan penyakit Hansen's. Latihan untuk penuntut perubatan, paramedik, pegawai perubatan dan pakar juga disediakan.
     
     
     
    kemaskini pada 22 Februari 2026
  • VISI

    Menyediakan perkhidmatan kepakaran dan perawatan dermatologi yang berkualiti untuk pesakit kami berteraskan budaya korporat KMM. 


    MISI

    Jabatan Dermatologi komited menentukan setiap anggota sentiasa memberikan perkhidmatan secara profesional dan mengekalkan taraf kecemerlangan prestasi. 

     

    kemaskini pada 22 Februari 2026

  • Memberi rawatan dan khidmat kepakaran kepada semua pesakit yang dirujuk kepada Klinik Kulit.

    Memberikan khidmat nasihat dan kaunseling yang berkesan kepada setiap pesakit. 

    Mengutamakan kebajikan dan kepuasan pesakit.

    Menjalankan kaji selidik dan kajian yang berterusan.

    Mengadakan pembelajaran dan latihan berterusan untuk semua kakitangan, pegawai dan pelatih di jabatan. 


    kemaskini pada 22 Februari 2026

    • Menyediakan rawatan pakar pesakit luar dan pesakit dalam.
    • Menyediakan sesi kaunseling kepada pesakit baru tentang penggunaan ubat-ubatan.
    • Memberi latihan berterusan kepada pegawai perubatan dan paramedik dalam ketiga-tiga bidang yang dirawat di Jabatan ini.
    • Menjalankan rawatan penyakit kelamin dan rawatan penyakit Hansen’s.
    • Menyediakan perkhidmatan kluster di Hospital Alor Gajah dan Hospital Jasin.
    • Menyediakan home visit di rumah anak yatim dan rumah orang tua.

     

    kemaskini pada 22 Februari 2026

    • Rawatan kulit untuk pesakit luar dan pesakit dalam.
    • Pembedahan biopsy kulit.
    • Prosedur kulit seperti laser, cautery, cryotherapy, pairing & cryotherapy dan suntikan Kenacort.
    • Ujian slit skin smear, patch test dan pengambilan darah.
    • Rawatan phototherapy, kaunselling, occlusive dressing dan wet wrap.

     

    kemaskini pada 22 Februari 2026

Toggle Setting Menu