Pilihan Tema : 

Jabatan Radiologi

  • Jabatan Radiologi merupakan sebuah jabatan klinikal yang menyediakan perkhidmatan diagnostik dan terapeutik melalui pengimejan dan kepakaran radiologi di Hospital Melaka. Jabatan ini mula beroperasi sejak penubuhan Hospital Melaka pada tahun 1934.
     
    Jabatan ini berada di Aras 1 Blok Tambahan dan bersebelahan dengan Jabatan Kecemasan dan Trauma. Selain itu jabatan ini juga mempunyai unit satelit Radiografi Am bagi menyediakan perkhidmatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma serta Klinik Ortopedik, Kompleks Ilmu.
     
    Jabatan Radiologi berperanan untuk memberi perkhidmatan radiologi yang bernilai diagnostik di samping mengamalkan perlindungan radiasi berdasarkan Prinsip ALARA (As Low As Reasonably Achievable) kepada pelanggan dan kakitangan. Perkhidmatan yang disediakan secara amnya adalah merangkumi perkhidmatan Radiografi Am dan Radiologi Khas. Jabatan ini sentiasa komited untuk memberi perkhidmatan 24 jam kepada pesakit terutamanya bagi kes-kes kecemasan yang memerlukan rawatan segera dan kritikal.
     
     
     
    kemaskini pada 1 April 2026
  • VISI

    Untuk menjadikan Jabatan Radiologi Hospital Melaka pusat pengimejan yang berupaya memberi perkhidmatan diagnostik yang tepat, prihatin, cekap dan berkesan menerusi budaya kerja berpasukan, profesional dan penyayang serta menggunakan modaliti terkini bertaraf dunia.


    MISI

    Menyediakan satu perkhidmatan pengimejan diagnostik yang efektif melalui semangat kerja berpasukan, sifat penyayang dan profesionalisme untuk mengesan dan mengesahkan penyakit seseorang individu bagi membolehkan ia menerima rawatan lanjut yang sempurna.

     

     

    kemaskini pada 1 April 2026

  • Komited untuk member perkhidmatan yang mesra pelanggan, penuh ikhlas dan bertanggungjawab dalam tempoh masa yang bersesuaian mengikut skop perkhidmatan.
    Menghasilkan imej-imej filem yang mempunyai nilai diagnostik yang tinggi dengan pematuhan indikator prestasi perkhidmatan.

     

    kemaskini pada 1 April 2026

  • 1. Fungsi utama Jabatan ini adalah untuk memberi perkhidmatan diagnostik dan terapeutik melalui pengimejan dan kepakaran radiologi. Perkhidmatan-perkhidmatan ini disediakan melalui beberapa modaliti yang merangkumi:
    1. Radiografi Am
    2. Radiografi Mudah Gerak
    3. Radiografi Pergigian
    4. Ultrasound
    5. Computerized Tomography (CT Scan)
    6. Magnetic Resonance Imaging (MRI)
    7. Fluoroskopi
    8. Bone Densitometer
    9. Mammografi
    10. Fluoroskopi di Dewan Bedah (C-Arm I.I)
    11. Perkhidmatan Laporan Radiologi
    12. Perkhidmatan Radiologi Intervensi
    13. Perkhidmatan Hospital Kluster
    14. Perkhidmatan Post-Mortem CT (PMCT)
    Selain itu, jabatan ini juga memberi perkhidmatan rundingan radiologi, nasihat klinikal dan konferens radiologi bersama jabatan lain di Hospital Melaka yang memerlukan khidmat rundingan.
     
    2. Jabatan Radiologi berazam memberi perkhidmatan radiologi yang berkualiti, selamat, berorientasikan pesakit, efisien dan kos efektif. Beraspirasi menjadi pusat kecemerlangan yang mempunyai peralatan radiologi berteknologi terkini dalam menyediakan perkhidmatan terbaik dan berkualiti seiring dengan visi, misi dan objektif Jabatan Radiologi Hospital Melaka.

    3. Untuk memastikan visi dan misi ini tercapai, Jabatan Radiologi sentiasa berusaha untuk mengekalkan objektif kualiti jabatan berada di tahap yang optimum serta meningkatkan lagi prestasi pencapaian agar perkhidmatan yang diberikan sentiasa berkualiti dan bertepatan dengan piagam pelanggan.
     
     
     
     
    kemaskini pada 1 April 2026
    1. Radiografi Am (Jabatan Utama, Jabatan Kecemasan & Trauma dan Jabatan Ortopedik).
    2. Radiografi Mudah Gerak
    3. Radiografi Pergigian: CBCT, OPG (Orthopantomogram) & Lateral Cephalometric Radiograph
    4. Ultrasound
    5. Computerized Tomography (CT Scan)
    6. Magnetic Resonance Imaging (MRI)
    7. Fluoroskopi
    8. Bone Densitometer
    9. Mammografi
    10. Fluoroskopi di Dewan Bedah (C-Arm I.I)
    11. Perkhidmatan Laporan Radiologi
    12. Perkhidmatan Radiologi Intervensi
    13. Perkhidmatan Hospital Kluster (Lawatan Kepakaran Ultrasound & Laporan Radiologi)
    14. Perkhidmatan Post-Mortem CT (PMCT)

     

     

    kemaskini pada 1 April 2026

  • Jabatan Radiologi terlibat di dalam program penilaian Akreditasi MSQH. Penilaian ini melibatkan skop yang luas termasuk pengurusan organisasi, keperluan sumber manusia, fasiliti dan peralatan serta pematuhan terhadap tatacara pengurusan dan perkhidmtan klinikal.
     
    Jabatan akan sentiasa memastikan semua pematuhan dan pencapaian yang berkaitan adalah dikekalkan, menepati dan seiring dengan kehendak dan keperluan pensijilan program Akreditasi MSQH.
     
     
     
     
    kemaskini pada 1 April 2026

Toggle Setting Menu