Pilihan Tema : 

Jabatan Forensik

  • LATAR BELAKANG

    Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka merupakan satu jabatan yang telah diwujudkan pada 01 Januari 2003. Pada awalmya jabatan ini adalah di bawah pengurusan Jabatan Patologi. Jabatan ini diketuai oleh seorang Pakar Forensik bermula 01 Mac 2003.

    Fungsi utama jabatan ini ialah menjalankan pemeriksaan bedah-siasat atas permohonan yang dikeluarkan  oleh Pegawai Penyiasat (Polis) mengikut Akta Kanun Tatacara Jenayah Akta 593 dan melaksanakan pengurusan jenazah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada.

  • VISI DAN MISI

           
     VISI  
     
    • Untuk menyediakan perkidmatan forensik yang tepat dan jitu berlandaskan pengurusan berkualiti demi memenuhi kepuasan pelanggan.
     MISI  
    • Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka akan menyediakan perkhidmatan forensik yang cemerlang dan dinamik menggunakan teknologi terkini dan digerakkan oleh anggota kerja yang mahir, jujur dan prihatin demi menjadi pusat perkhidmatan forensik yang unggul di Malaysia.
  • OBJEKTIF 

    Memberikan perkhidmatan bedah siasat yang terbaik terhadap semua kes berdasarkan Piagam Pelanggan Jabatan Perubatan Forensik.

    Memberikan perkhidmatan yang terbaik, segera dan berkesan dalam urusan penerimaan, penyimpanan dan penyerahan mayat kepada waris.

    Menguruskan mayat yang tiada waris/tidak dituntut dengan cekap, teratur dan berkesan.

  • SKOP PERKHIDMATAN

    • Pemeriksaan bedah-siasat merangkumi proses pemeriksaan bedah-siasat, lawatan ke tempat kejadian (jika perlu), penyediaan Laporan Bedah Siasat dan memberi keterangan di mahkamah dan agensi-agensi berkaitan .
    • Pengurusan jenazah bagi kematian di dalam hospital dan kematian luar hospital yang dirujuk ke Jabatan Perubatan Forensik.
    • Pengurusan anggota badan dan janin.
    • Pengurusan Mayat Tanpa Waris/Tidak Dituntut.
    • Penyediaan tempat bagi pengurusan jenazah mengikut upacara/agama bagi waris yang memerlukan.

Toggle Setting Menu