Pilihan Tema : 

Jabatan Patologi

  • Jabatan Patologi Melaka merupakan jabatan diagnostik klinikal yang terdiri dari empat unit iaitu Patologi Kimia, Hematologi, Patologi Anatomi (Histopatologi & Sitopatologi) dan Mikrobiologi Perubatan (Bakteriologi & Serologi). Semua unit adalah terlibat secara langsung dalam melaksanakan ujian ke atas spesimen biologi yang diperoleh daripada pesakit. Ujian-ujian ini bertujuan untuk mendiagnosis dan memantau penyakit atau perkembangan sesuatu penyakit, untuk saringan dan pengesanan awal penyakit di kalangan pesakit tanpa gejala serta sebagai kaedah dalam pemantauan penyakit tertentu. Makmal Patologi ini berfungsi di peringkat tertiari.
     
    Jabatan Patologi Hospital Melaka, Unit Patologi Hospital Alor Gajah dan Hospital Jasin adalah dibawah Perkhidmatan Kluster Patologi Melaka secara bersepadu dimana polisi dan tanggungjawab adalah seragam dari aspek pentadbiran termasuk:
     
    1. perolehan aset, reagen, dan bahan guna habis,
    2. pengurusan sumber manusia (termasuk latihan dan kompetensi) serta
    3. program pengurusan kualiti dan akreditasi MS ISO 15189
     
     
    kemaskini pada 19 Julai 2025
  • VISI

    Kluster Patologi Melaka akan menyediakan perkhidmatan diagnostik yang komprehensif, berkualiti dan penyeliaan yang efisien, kos efektif, menepati masa dan inovatif bagi menyokong pengurusan dan perkhidmatan pesakit yang berkesan selaras dengan konsep Hospital Kluster Melaka.


    MISI

    Kami komited untuk bekerjasama sebagai satu pasukan profesional untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, dipercayai dan berkualiti ke arah mencapai kecemerlangan dalam penjagaan kesihatan pesakit dalam suasana yang prihatin dan mesra

     

     

    kemaskini pada 19 Julai 2025

  • Menyediakan perkhidmatan Patologi yang mematuhi keperluan MS ISO 15189 pada setiap masa melalui audit dalaman.

     

    Mengekalkan perkhidmatan mesra pelanggan melalui kepuasan maklumbalas pelanggan.

     

    Menyediakan keputusan dan laporan ujian yang tepat dan cepat bagi perawatan pesakit.

     

    Memastikan semua staf mengetahui kandungan Manual Kualiti Makmal dan mematuhi dasar dan prosedur yang berkaitan dengan kerja mereka.

     

    Memastikan semua staf terlatih dan kompeten dengan tugasan mereka dengan menyediakan latihan dan peluang dalam meningkatkan pembangunan kerjaya.

    Memastikan Kluster Patologi dilengkapi dengan peralatan yang sesuai, diselenggara dan berfungsi dengan baik.

    Memastikan peralatan yang digunapakai menjalani verifikasi.

    Menyemak polisi dan prosedur kualiti bagi memastikan kesesuaian berterusan.

    kemaskini pada 19 Julai 2025

    1. Unit Pengurusan Patologi
    2. Unit Kaunter Utama
    3. Unit Patologi Kimia
    4. Unit Hematologi
    5. Unit Patologi Anatomi (Histopatologi dan Saitologi)
    6. Unit Mikrobiologi Perubatan (Bakteriologi dan Serologi)
     
     
    kemaskini pada 19 Julai 2025
  • Jabatan Patologi Hospital Melaka menyediakan perkhidmatan diagnostik mengikut unit seperti berikut:

    i.  Patologi Kimia  a) Routine Clinical Chemistry
    b) Immunochemistry
    c) Therapeutic Drug Monitoring
    d) HbA1c
    dan
    e) Drug of Abuse Testing
     
     ii.  Mikrobiologi Perubatan  a) Bacteriology
    b) Mycobacteriology
    c) Immunology
    d) Serology
    e) Mycology
    f) Parasitology
    g) Molecular Testing
    dan
    h) Virology
     iii.  Hematologi  a) Routine Haematology dan
    b) Specialized Haematology
    iv. Patologi Anatomi a) Histopathology
    b) Frozen Section
    c) Clinical Autopsy
    d) Cytopathology
    e) Seminal Analysis
    dan
    f) Fine needle aspiration cytology (FNAC) Clinic.
     
     
     
     
     
    kemaskini pada 19 Julai 2025
  • Perkhidmatan yang ditawarkan adalah merangkumi:

    1. Perkhidmatan penerimaan spesimen ujian pesakit di Kaunter Utama, kaunter unit/ makmal dan melalui sistem pneumatik.
    2. Perkhidmatan diagnostik mengikut skop perkhidmatan unit-unit.
    3. Perkhidmatan konsultasi dan nasihat klinikal berkaitan keperluan ujian dan keputusan ujian pesakit.
    4. Bantuan teknikal berkaitan pengurusan spesimen dan keputusan ujian pesakit.
    5. Merujuk sampel ke makmal-makmal rujukan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan memastikan keputusan diterima mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
    6. Memberi latihan sangkut untuk personel makmal dari klinik kesihatan dan hospital non-lead negeri Melaka.
    7. Memberi latihan untuk pelajar diploma, diploma lanjutan, ijazah dan Master of Pathology mengikut modul yang ditetapkan oleh institusi masing-masing.
    8. Menyelia dan memberi nasihat teknikal perkhidmatan Point Of Care Testing (POCT) yang dilaksanakan oleh jabatan klinikal.
    9. Menyediakan informasi perkhidmatan makmal di dalam Laboratory Handbook Cluster Pathology Melaka dan dikemaskini secara berkala untuk kegunaan semua pelanggan perkhidmatan Patologi di laman web hospital (myHMGateway.Sistem Hospital Melaka).
    10. Menyediakan prosedur kualiti Perkhidmatan Patologi untuk kegunaan semua pelanggan di laman web hospital (myHMGateway.Sistem Hospital Melaka).

    Waktu Operasi perkhidmatan makmal diagnostik adalah seperti berikut:

    i. Patologi Anatomi  Isnin hingga Jumaat
    8.00 pagi – 5.00 petang 
    ii. Serologi Isnin hingga Jumaat
    8.00 pagi – 5.00 petang 
    iii.  Serologi Hujung Minggu & Cuti Umum
    8.00 pagi – 2.00 petang 

    Perkhidmatan 24 Jam (termasuk hujung minggu & cuti umum)

    1. Kaunter Utama Makmal
    2. Patologi Kimia
    3. Hematologi
    4. Mikrobiologi Perubatan
     

    kemaskini pada 19 Julai 2025

  • Senarai akreditasi serta pensijilan yang disertai dan diperolehi oleh Jabatan Patologi:

     

    Bil Akreditasi / Pensijilan / Audit Luaran Tahun diberikan akreditasi/ sijil Skop akreditasi/ audit
    1. ISO 15189
    National Association of Testing Authorities (NATA)
    2006
    (3 tahun)
    Chemical Pathology, 
    Hematology & Immunohaematology, 
    Histopathology & Cytopathology, 
    Medical Microbiology
    2. MS ISO 15189 
    Medical Laboratories
    (Standard Malaysia)
    Sejak tahun 2014 sehingga kini Chemical Pathology,
    Hematology & Immunohaematology, Histopathology & Cytopathology, 
    Medical Microbiology
    3. MS ISO 9001 
    Quality Management System
    Sejak 2000
    2023 - 2026 (3 tahun)
    Peringkat Hospital
    4. MSQH 2012 - 2015 (3 tahun)
    2024-2028 (4 tahun)
    Peringkat Hospital

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    kemaskini pada 19 Julai 2025

Toggle Setting Menu