Pilihan Tema : 

Soalan Lazim

Bilakah masa melawat bagi Hospital Melaka?
Sila klik disini untuk maklumat masa melawat Hospital Melaka

Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran?
Anda perlu diperiksa oleh Pegawai Perubatan di mana-mana Klinik Kesihatan Kerajaan/Swasta sebelum dirujuk kepada rawatan kepakaran berkaitan di Klinik-Klinik Pakar Hospital Melaka.

Berapakah kadar bayaran yang dikenakan oleh hospital?
Kadar bayaran dan caj rawatan adalah mengikut kadar yang telah ditentukan mengikut Akta Fi (Perubatan) oleh Kerajaan Malaysia. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.

Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital?

  • Pemegang Kad Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Penerima Asnaf Bulanan Majlis Agama Islam
  • Pemegang Kad OKU
  • Pelajar sekolah

Berapakah caj kemasukan @ cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara?

  • Warganegara
  • Berbeza mengikut disiplin RM20 perubatan, RM30 pembedahan/ortho, RM15 O&G
  • Bukan warganegara
  • Berbeza mengikut disiplin RM1,400 perubatan, RM2,800 pembedahan/ortho, RM2,800 O&G

Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran?
Ya. Semua jenis penyakit berjangkit adalah dikecualikan daripada bayaran rawatan.

Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran?

  • Warganegara
  • Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Kad Pesara, Kad Kebajikan JKM/ Surat Pengesahan Bantuan Majlis Agama Islam, Surat Pengesahan Sekolah/ IPTA/IPTS, Surat Pengesahan (GL)
  • Bukan Warganegara
  • Pasport, Sijil Perkahwinan yang di daftarkan di Malaysia jika pasangan warganegara Malaysia, Surat Pengesahan Majikan

Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di jabatan kecemasan?
Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan (jalan raya/berlaku di tempat kerja/domestic), serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut yang sangat kuat secara tiba-tiba.

Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?
Bagi pesakit kanak-kanak, ibu/bapa/penjaga adalah dibenarkan untuk menunggu pesakit di dalam wad. Manakala bagi pesakit dewasa yang dalam keadaan tenat sahaja, waris yang bersamaan jantina dengan pesakit adalah dibenarkan menunggu di wad.

Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?
Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Sehubungan itu, pesakit/waris adalah dinasihatkan untuk tidak membawa sebarang barangan berharga semasa berada di hospital.

Adakah kemudahan parkir disediakan bagi pelawat Hospital Melaka?
Ya. Hospital Melaka menyediakan sebanyak 942 lot untuk orang awam daripada 1536 lot jumlah keseluruhan TLK. Pembahagian ini adalah merujuk kepada saranan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan pembahagian nisbah 60:40 antara pelawat dan kakitangan hospital.

Adakah kemudahan kantin disediakan bagi pelawat Hospital Melaka?
Ya. Kemudahan kantin disediakan bagi pelawat Hospital Melaka yang terletak di antara B dan C. (bangunan blok lama)

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan bekalan ubat susulan tanpa perlu menunggu?
Pihak Jabatan Farmasi dan Bekalan Hospital Melaka menggalakkan pesakit mendapatkan ubatan susulan melalui perkhidmatan yang ditawarkan berserta kriteria, tempat, dan waktu operasi. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah cara untuk memohon Laporan Perubatan pesakit, berapakah bayaran yang dikenakan oleh pihak hospital?
Pesakit boleh mengemukakan borang permohonan Laporan Perubatan kepada Jabatan Rekod Perubatan Hospital Melaka dengan bayaran sebanyak RM40 bagi laporan biasa manakala bagi Laporan Pakar Perubatan adalah di antara RM 200 hingga RM 1000, tertakluk kepada masalah pesakit. Tempoh penyediaan Laporan Perubatan adalah dalam masa 28 hari bekerja.

Bagaimanakah orang awam ingin menderma darah?
Kaunter Derma Darah Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Melaka dibuka pada waktu operasi seperti berikut:

Isnin hingga Khamis

8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari

2.00 petang hingga 5.00 petang

(Rehat dari jam 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang)

Jumaat

8.00 pagi hingga 12.15 tengah hari

2.45 petang hingga 5.00 petang

(Rehat 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang)

Sabtu

11.00 pagi hingga 4.00 petang

Tutup pada Hari Kelepasan Am

Berapakah jumlah klinik pakar yang terdapat di Hospital Melaka?
Terdapat 18 buah klinik pakar iaitu:

  • Klinik Pakar Perubatan
  • Klinik Pakar Obstetrik dan Ginekologi
  • Klinik Pakar Psikiatri dan Kesihatan Mental
  • Klinik Pakar Pembedahan
  • Klinik Pakar Plastik dan Rekonstruktif
  • Klinik Payudara
  • Klinik Pakar Dermatologi
  • Klinik Pakar Oftalmologi
  • Klinik Pakar Ortopedik
  • Klinik Pakar Pediatrik
  • Klinik Pakar Otorinolaringologi
  • Klinik Respiratori
  • Klinik Anestesiologi (GA)
  • Klinik Rawatan Kesakitan (PAIN)
  • Klinik Rehabilitasi
  • Klinik Berhenti Merokok
  • Klinik Methadon
  • Klinik Mesra

Berapakah kadar bayaran bagi perkhidmatan kenderaan jenazah di Hospital Melaka?
Pesakit/waris boleh merujuk terus ke Kaunter Hasil Hospital Melaka di talian 06-2892707 untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kadar bayaran yang ditetapkan.

Toggle Setting Menu