Jabatan Pergigian Pediatrik
- LATAR BELAKANG
- VISI DAN MISI
- OBJEKTIF
- SKOP PERKHIDMATAN
- PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
- Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Melaka ditubuhkan buat kali pertamanya pada Januari 2007 dengan seorang Pakar Pergigian Pediatrik dan seorang Pembantu Pembedahan Pergigian. Jabatan ini memberi perkhidmatan kepada bayi dan kanak-kanak yang dirujuk untuk mendapatkan perkhidmatan kepakaran pergigian pediatrik dari dalam dan luar Negeri Melaka. Kepakaran ini telah memperluaskan skop perkhidmatan termasuk perkhidmatan kluster di Hospital Alor Gajah bermula tahun 2018 diikuti Klinik Pergigian Kuala Sungai Baru pada tahun 2022.Setelah 18 belas tahun,Jabatan ini telah memperolehi sebuah bangunan baru di bawah projek Pembangunan RMK-10 dan telah memulakan operasi klinikal dan pentadbiran di bangunan baru secara rasminya pada 15 Februari 2025. Premis baru ini dilengkapi 5 surgeri pergigian (pakar dan pegawai),mesin intraoral x-ray, bilik utiliti dan sterilisasi, bilik kaunseling pesakit dan ruang pemerhatian dan penyusuan bayi. Aras 2 pula menempatkan ruang pentadbiran dan makmal pergigian.Jabatan Pergigian Pediatrik di Hospital Melaka ditubuhkan pada bulan Januari 2007 dengan penghantaran Pakar Pergigian Pediatrik pertama ke Hospital Melaka pada 3 Januari 2007 iaitu Dr Sa’adah binti Atan. BDS (U.Malaya), M.Clin.Dent. Paeds (London), FDSRCS (England)kemaskini pada 19 Januari 2026
- VISI
Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Melaka beriltizam untuk menjadi pusat kecemerlangan bagi perkhidmatan Pergigian Pediatrik yang mampu menyediakan rawatan kesihatan oral yang komprehensif melalui sistem kesihatan yang mampu dibiayai semua lapisan masyarakat, lengkap dengan teknologi terkini dan berorientasikan pendekatan holistik
MISIMeningkatkan kualiti hidup populasi kanak-kanak melalui promosi kesihatan oral dan penyediaan kesihatan oral yang:-
-
Dapat memenuhi keperluan pesakit
-
Mempunyai teknologi yang mencukupi dan terkini
-
Disampaikan oleh kakitangan yang terlatih dengan profesionalisme, bersikap prihatin dan mempunyai semangat kerja berpasukan dalam suasana yang kondusif
-
kemaskini pada 19 Januari 2026 -
Menyediakan perkhidmatan kesihatan oral yang bersifat promotif, mencegah, merawat dan rehabilitatif kepada pesakit berumur 16 tahun ke bawah, terutamanya kepada pesakit dengan keperluan khas
Menyediakan rawatan pergigian yang komprehensif dan penjagaan kesihatan oral kepada semua kes rujukan, menjadikan mereka sihat secara oral tanpa sebarang simptom dan tanda-tanda kewujudan penyakit oral yang aktif Melibatkan diri secara langsung dalam melatih Pakar Pergigian Pediatrik pra-perwartaan, pelajar tahun akhir Sarjana kepakaran, New Dental Officer Programme, Continuous Dental Education (CDE) para pegawai dan pelaksana, latihan dalam perkhidmatan, program juruterapi pergigian lanjutan (pos basik) program latihan sangkutan Pembantu Pembedahan Pergigian pelatih dan juga program pengajaran jarak jauh Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti inisatif kualiti dan kajian seterusnya membuat pembentangan di konferens kebangsaan dan antarabangsa berkaitan perkhidmatan kepakaran Pergigian Pediatrik kemaskini pada 19 Januari 2026
- Berfungsi sebagai pusat rujukan dan rawatan perkhidmatan kepakaran pergigian utama negeri Melaka untuk kes-kes pergigian pediatrik yang melibatkan pesakit kanak-kanak berumur 16 tahun ke bawah yang merangkumi kes-kes Early Childhood Caries, anormali pergigian, klef bibir dan lelangit, perubatan dan patologi mulut, rawatan kecemasan pergigian, tisu lembut dan tulang rahang dan pergigian komprehensif di bawah bius Am kanak kanak berkeperluan khas.
- Perkhidmatan klinik konsultasi multi-disiplin dengan kepakaran pergigian lain dari kepakaran pembedahan mulut, Ortodontik, Restoratif dan Periodontik. Pengendalian pesakit kanak-kanak multi-disiplin dengan penglibatan semua kepakaran perubatan di Hospital Melaka.
- Menjadi pusat latihan amali dan sangkutan bagi pelbagai peringkat personel pergigian serta menjalankan aktiviti pendidikan pergigian berterusan untuk semua anggota pergigian Jabatan dan seluruh negeri Melaka
- Perkhidmatan kluster rawatan pembedahan di bawah Bius Am di Hospital Alor Gajah dan konsultasi pakar di Klinik Pergigian Kuala Sungai Baru.
- Menjalankan dan menyokong aktiviti insiatif kualiti setiap peringkat Hospital Melaka dan Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Melaka.
kemaskini pada 19 Januari 2026- Rawatan pergigian kanak-kanak berkeperluan khas termasuk bermasalah perubatan, kelainan upaya fizikal atau masalah pembelajaran.
- Rawatan restoratif kompleks bagi kes-kes anomali pergigian
- Rawatan terapi pulpa (endodontik) disebabkan komplikasi karies atau kecederaan pergigian
- Rawatan kecederaan pergigian, tisu lembut serta tulang rahang
- Rawatan perubatan serta patologi mulut bayi dan kanak-kanak
- Rawatan pembedahan tulang dento-alveolar gigi terimpak dan pra-orthodontik
- Rawatan pergigian komprehensif dan pembedahan mulut di bawah sedasi oral, inhalasi dan bawah Bius Am
- Kaunseling penyusuan bagi bayi klef bibir dan lelangit
- Rawatan orthodontic interseptif
- Rawatan kecemasan pergigian dan tulang rahang di luar waktu bekerja (tugasan atas panggilan)
- Pembuatan prosthesis oro-fasial: feeding plate, haemostatic splint, splin pelindung, mouth guard.
kemaskini pada 19 Januari 2026






