Pilihan Tema : 

Data Terbuka Kerajaan

Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Pelaksanaan data terbuka kerajaan dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan negara lain dalam inisiatif kerajaan digital.

Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Jabatan dan Agensi di bawahnya telah mengambil tindakan mengenal pasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap bidang perkhidmatan agensi.

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Toggle Setting Menu