Pilihan Tema : 

Misi, Visi & Objektif


Visi

Untuk menjadikan Hospital Melaka Pusat Kecemerlangan Serantau yang berupaya memberi rawatan yang prihatin, cekap dan berkesan menerusi budaya kerja berpasukan, profesional dan penyayang serta menggunakan teknologi maklumat terkini.

Misi

Untuk menyediakan rawatan kepakaran yang berkualiti kepada masyarakat melalui semangat berpasukan, profesional dan penyayang. Perkhidmatan ini hendaklah memberi tumpuan kepada pesakit, saksama dan mudah diperolehi oleh semua dengan menggunakan teknologi yang bersesuaian serta personel yang terlatih.

Objektif
  • Untuk menyediakan rawatan kepakaran yang berkualiti kepada pesakit,

  • Memberi perkhidmatan kecemasan dan trauma yang efektif, perkhidmatan pesakit dalam serta rawatan harian yang berkualiti,

  • Mempastikan bahawa semua personel perubatan menjalani latihan dan pembelajaran perubatan berterusan,

  • Menjalankan penyelidikan dan audit demi mempertahankan rawatan yang berkualiti.

Dasar Kualiti

  • Hospital Melaka adalah komited untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, cepat dan berkesan supaya dapat memenuhi kehendak pelanggan dan tahap profesionalisme demi mencapai kecemerlangan pada setiap masa.

 

Toggle Setting Menu