Pilihan Tema : 

Jabatan Pediatrik

  • Jabatan Pediatrik Hospital Melaka menyediakan perkhidmatan rawatan kepakaran pediatrik kepada penduduk Negeri Melaka serta kawasan sempadan berdekatan. Jabatan ini telah berpindah dari bangunan lama ke Blok Baharu secara rasmi pada 1 Jun 1999, dengan jumlah keseluruhan 169 katil yang diperuntukkan bagi pesakit pediatrik.


    Wad Pediatrik, yang menempatkan kanak-kanak berumur satu bulan hingga 12 tahun, kini merangkumi tiga lokasi iaitu Wad 1-4 (24 katil), Wad 1-2 (15 katil) yang berfungsi sebagai wad multidisiplin, serta Wad B2 (18 katil). Jumlah keseluruhan katil bagi perkhidmatan ini adalah 57 katil.

    Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) telah ditubuhkan pada Jun 2010 di dalam Wad 1-4 selepas kerja-kerja pengubahsuaian dijalankan. Unit ini dilengkapi dengan 6 katil, termasuk 2 bilik isolasi bagi pesakit yang memerlukan pengasingan dan pemantauan rapi.

    Wad Neonatal menyediakan penjagaan khusus kepada bayi baru lahir sehingga usia satu bulan. Wad ini kini merangkumi 80 katil di bawah Nurseri Penjagaan Khas (SCN), termasuk 18 katil bagi Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU – Tahap III). Selain itu, Wad B2 turut dibahagikan bagi menampung 26 katil khusus untuk bayi dengan jaundis, sebagai sebahagian daripada usaha memperluas kapasiti penjagaan neonatal yang selamat dan berkualiti tinggi.

    Klinik Pakar Pediatrik telah berpindah ke Blok B, Aras G sejak tahun 2008, dan menyediakan perkhidmatan rawatan susulan kepada pesakit yang telah discaj dari wad, serta menerima rujukan daripada hospital dan klinik di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan fasiliti kesihatan swasta.

    Pusat Rawatan Harian Pediatrik (Day Care) terletak di Aras 1, Blok G, dan menawarkan rawatan pesakit luar berkonsepkan rawatan harian, di mana pesakit mendaftar, menerima rawatan, dan dibenarkan pulang pada hari yang sama tanpa perlu dimasukkan ke wad. Perkhidmatan ini memberi tumpuan kepada kes-kes haemato-onkologi, termasuk thalassemia, hemofilia, serta pesakit kanser kanak-kanak yang menjalani rawatan kemoterapi lanjutan.

    Jabatan ini turut menyediakan perkhidmatan sokongan melalui lawatan berkala ke Hospital Kluster Alor Gajah dan Hospital Kluster Jasin sebagai sebahagian daripada inisiatif memperluas akses kepada perkhidmatan kepakaran pediatrik.

    Pejabat Pentadbiran Jabatan Pediatrik terletak di Blok B, Aras 1, dan bertanggungjawab menguruskan segala aspek pentadbiran serta operasi harian jabatan.

    Jabatan Pediatrik Hospital Melaka telah menerima Pensijilan Akreditasi daripada Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) bagi tempoh 4 tahun bermula 9 Ogos 2024 hingga 8 Ogos 2028. Pencapaian ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen hospital dalam mengekalkan mutu perkhidmatan dan keselamatan pesakit selaras dengan standard kualiti penjagaan kesihatan yang ditetapkan.

     

     

    kemaskini pada 24 Februari 2026

  •  VISI

    Memberikan perkhidmatan dan rawatan kepakaran terkini yang berkualiti dengan mengutamakan sikap prihatin, profesionalisma dan kerja berpasukan untuk kepuasan semua pelanggan kami. 


    MISI

    Memberikan perkhidmatan Pediatrik dan rawatan yang memfokuskan pesakit neonatal dan kanak-kanak secara kerja berpasukan, prihatin dan profesionalisme.  

  • Berusaha memberi perkhidmatan rawatan yang cemerlang dan menyeluruh kepada bayi dan kanak-kanak dengan mengutamakan perawatan yang cekap, bermutu tinggi dan berkesan, dengan menggunakan sumber yang sedia ada. 

    Memberi perkhidmatan penentuan penyakit dan rawatan pemulihan yang bermutu tinggi kepada bayi dan kanak-kanak sakit supaya komplikasi dapat diatasi diperingkat awal secara optima.

    Memberi perkhidmatan kejururawatan yang bermutu tinggi supaya pesakit-pesakit mendapat layanan yang sempurna dan cepat sembuh dalam suasana yang harmoni. 

    Memberi latihan dalam pengurusan penyakit kanak-kanak dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rawatan dalam kalangan doktor dan jururawat.

    Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit dan keluarganya.

    Mengamalkan Polisi Penyusuan Ibu dan memelihara status Hospital Rakan Bayi dan Hospital Rakan Mesra Kanak-kanak.

  • Jabatan Pediatrik komited untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan. Komitmen ini diperkukuh melalui amalan kerja berpasukan, profesionalisme, keprihatinan, serta budaya inovasi dalam kalangan warga jabatan.

     

     Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar 
     Klinik-Klinik
    1. Klinik Pakar Pediatrik (Paediatric Clinic)
    2. Klinik Pakar Penyakit Berjangkit (Infectious Disease Clinic)
    3. Klinik Perkembangan Kanak-kanak (Child Development Clinic)
    4. Klinik Lawatan Pakar Nefrologi setiap 2 bulan (6 kali setahun)
    5. Klinik Lawatan Pakar Respiratori 5 kali setahun
    6. Klinik Lawatan Pakar Neurologi setiap 3 bulan 4 kali setahun
    Pusat Rawatan Harian
    1. Rawatan dan Pemindahan Darah Pesakit Thalassemia
    2. Rawatan Pesakit Hemofilia
    3. Prosedur Pelalian (untuk prosedur MRI, CT scan, EEG, BSER, skin biopsy)
    4. Rawatan Lanjutan Kemoterapi Pesakit Luar
    5. Pemberian suntikan Palivizumab kepada bayi pra-matang
    Perkhidmatan Rawatan Pesakit Dalam
    1. Unit Rawatan Rapi Pediatrik (Paediatric Intensive Care Unit – PICU)
    2. Wad Pediatrik Am 1-4, 1-2, B2 (Rawatan pesakit dalam yang komprehensif untuk bayi dan kanak-kanak berumur 1 bulan hingga 12 tahun)
    3. Unit Rawatan Rapi Neonatalogi (Neonatal Intensive Care Unit – NICU)
    4. Nurseri Penjagaan Khusus (Special Care Nursery - SCN)
    5. Penjagaan Paliatif Pediatrik (Paediatric Palliative Care – PPC)
    6. Pasukan Pengesanan dan Pengurusan Kes Penderaan dan Pengabaian Kanak-kanak (Suspected Child Abuse and Neglect - SCAN)
     Perkhidmatan Hospital Kluster 
    1. Lawatan Pakar Pediatrik ke Hospital Jasin
    2. Lawatan Pakar Pediatrik ke Hospital Alor Gajah

     

     

    kemaskini pada 24 Februari 2026

  • Lokasi    Waktu Operasi  Waktu Melawat  
    Klinik Pakar Pediatrik
    (Blok B, Aras G)
      

    Isnin 8.00 pagi – 5.00 pm

    Selasa 8.00 pagi – 5.00 pm

    Rabu 8.00 pagi  – 5.00 pm

    Khamis 8.00 am – 5.00 pm

    Jumaat 8.00 am – 12.15 pm

      
     Pusat Rawatan Harian
    (Blok G, Aras 1)

    Wad B2
    (Blok B, Aras 2)

     

    Wad B2 (Pediatrik), 1–4, 1–2

    Isnin – Jumaat
    12.30 t/hari – 2.00 ptg
    4.30 ptg – 7 ptg

    Sabtu, Ahad & Cuti Umum
    12.30 t/hari – 2.00 ptg
    1.00 t/hari – 7 ptg

    Wad B2 (Neonatal), PICU, NICU, SCN

    Semua Hari Termasuk Cuti Umum
    12.30 t/hari – 2.00 ptg
    4.30 ptg – 7 ptg

    Wad 1–4 & PICU
    (Blok F, Aras 1)

    Wad 1–2
    (Blok F, Aras 1)

    Wad SCN & NICU
    (Blok G, Aras 2)

     

     

    kemaskini pada 24 Februari 2026

  •  Hari

    Sesi Pagi
    8.00 pg – 1.00 ptg

    Sesi Petang
    2.00 ptg – 5.00 ptg

     Isnin  General General
    RVD Clinic
    Neonatal Disability Clinic
    SCAN Clinic

     Selasa

     General  General
    Rheumatology TB Clinic
    Hematology Diabetic Clinic 
    Nephrology
    Immunology Bereavement Clinic
    Rabu  General Combined Paeds + Rehab Clinic
    Cardiology & Echocardiogram Cardiology & Echocardiogram
    Khamis   Neurology Asthma Clinic
    Endocrine Nephrology Clinic
    Learning Difficulties Combined Development Clinic
    Jumaat Neonatal SGS Clinic

     

     

    kemaskini pada 24 Februari 2026

Toggle Setting Menu