Unit Perkembangan Profesion Pakar dan Pegawai Perubatan
- LATAR BELAKANG
- VISI DAN MISI
- OBJEKTIF
- SKOP PERKHIDMATAN
- Unit Perkembangan Profesion Pakar dan Pegawai Perubatan Hospital Melaka telah ditubuhkan pada 7 April 2025. Penubuhan ini adalah selaras dengan Garis Panduan Struktur Tadbir Urus Hospital KKM yang diedarkan bersama Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan pada 26 Januari 2025. Unit ini telah ditempatkan di Tingkat 1, Blok Pentadbiran Hospital Melaka. Unit ini diketuai oleh (1) Pegawai Perubatan UD 14 dan dibantu oleh (2) Pegawai Perubatan UD 13, (1) Jururawat Terlatih U5 serta (1) Pembantu Tadbir N1.kemaskini pada 31 Mac 2026
- VISI
Menjadi peneraju dalam pembangunan profesionalisme pakar dan pegawai perubatan yang unggul, dinamik dan beretika kearah kecemerlangan perkhidmatan kesihatan di Hospital Melaka.
MISIMisi kami adalah untuk meningkatkan kompetensi klinikal, profesionalisme dan kepimpinan dalam kalangan anggota perubatan serta mewujudkan budaya pembelajaran sepanjang hayat bagi memperkukuh kualiti perkhidmatan kesihatan.
kemaskini pada 31 Mac 2026
Menyokong pembangunan kepimpinan klinikal dan kemajuan kerjaya professional perubatan. Menyediakan landasan untuk memastikan pegawai perubatan mempunyai kelayakan dan kecekapan terkini dalam melaksanakan prosedur melalui proses privileging yang berstruktur. Menggalakkan budaya pembelajaran berterusan dalam kalangan pegawai perubatan melalui penglibatan aktif dalam program CME dan latihan kemahiran kritikal. kemaskini pada 31 Mac 2026
- Unit Perkembangan Profesion Pakar dan Pegawai Perubatan bertanggungjawab dalam penyelarasan, pemantauan dan bertindak sebagai urusetia untuk inisiatif serta program-program seperti dibawah:
- Clinical Practice Guidelines (CPG)
- Continuing Medical Education (CME)
- Credentialing dan Privileging (C&P)
- Jawatankuasa Resusitasi
- Pengurusan Pakar dan Pegawai Perubatan
- Pengurusan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS)
- MPIS (Pewartaan Pakar Perubatan dan PPS)
- Profesion Perubatan
kemaskini pada 31 Mac 2026






