Pilihan Tema : 

Pusat Rawatan Harian

  • LATAR BELAKANG

    Pusat Rawatan Harian mula beroperasi pada Julai 1999 sehingga kini. Lokasinya adalah  di Aras 1 berdekatan dengan Lobi Utama, Hospital Melaka. Pada masa ini, Pusat Rawatan Harian mempunyai kemudahan 2 bilik Dewan Bedah, 2 bilik untuk Endoskopi (upper and lower endoscopy) serta 3 bilik Prosedur.  2 kubikel wad (dewasa) dengan 9 katil, manakala 1 kubikel dengan 8 katil untuk kes pediatrik.
  • VISI DAN MISI

           
     VISI  
     
    • Untuk menjadikan Hospital Melaka Pusat Kecemerlangan Serantau yang berupaya memberi rawatan yang prihatin, cekap dan berkesan menerusi budaya kerja berpasukan, profesional dan penyayang serta menggunakan teknologi maklumat terkini.
     MISI  
    • Untuk menyediakan rawatan kepakaran yang berkualiti kepada masyarakat melalui semangat berpasukan, professional dan penyayang. Perkhidmatan ini hendaklah memberi tumpuan kepada pesakit, saksama dan mudah diperolehi oleh semua dengan menggunakan teknologi yang bersesuaian serta personel yang terlatih.
  • OBJEKTIF 

    Menyediakan perkhidmatan rawatan harian kepada pesakit dengan mesra pelanggan, cekap dan berkesan dalam suasana kekeluargaan.

    Mengurangkan masa menunggu pesakit untuk menjalani pelbagai prosedur perubatan dan pembedahan.

    Mengurangkan beban Perkhidmatan Pesakit Dalam.

    Meningkatkan kepuasan pelanggan serta memudahkan pesakit mendapatkan perkhidmatan di hospital.

    Mengurangkan risiko jangkitan nosokomial.

  • SUB UNIT DI BAWAH JABATAN

    Pusat Rawatan Harian merupakan unit yang beroperasi dengan multidisiplin seperti Perubatan dan Pembedahan. Pengurusan Pusat Rawatan Harian adalah di bawah Pengerusi yang dilantik oleh Pengarah Hospital Melaka.
  • SKOP PERKHIDMATAN

    • Perkhidmatan/Unit Kaunter
      Unit ini merupakan pusat aktiviti yang menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:
      • Penerimaan dan pendaftaran pesakit
      • Caj rawatan pesakit mengikut prosedur sebelum pesakit menjalani prosedur rawatan yang telah dijadualkan
      • Penetapan tarikh temujanji prosedur
    • Perkhidmatan/Unit Endoskopi
    • Perkhidmatan/Unit Pediatrik
    • Perkhidmatan/Wad Pemulihan & Onkologi
    • Perkhidmatan Unit Oftalmologi Rawatan Harian
    • Perkhidmatan Dewan Bedah Rawatan Harian
  • PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

    Perkhidmatan yang ditawarkan adalah multidisiplin untuk pesakit kanak-kanak dan dewasa termasuk perubatan dan pembedahan .

Toggle Setting Menu