Pilihan Tema : 

Jabatan Kecemasan & Trauma

  • Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka merupakan barisan hadapan (front liner) Hospital Melaka dan menjadi laluan utama kemasukan pesakit ke wad. Ianya beroperasi 24 jam menabur khidmat bakti. Jabatan ini juga merupakan salah satu daripada komponen utama perkhidmatan kesihatan yang bertanggungjawab memberikan perkhidmatan perawatan dan pemulihan pesakit kecemasan, diagnostik dan pencegahan serta menerima kes-kes rujukan dari hospital-hospital, klinik kerajaan dan swasta dari dalam dan luar Melaka. Perkhidmatan jabatan dijalankan berteraskan nilai-nilai perikemanusiaan dengan menekankan kepada aspek-aspek sosio ekonomi, budaya pesakit, mengutamakan kepentingan kesihatan dan keselesaan pesakit serta berusaha memberikan perkhidmatan rawatan kecemasan dengan cepat dan tepat.
     
    Sejajar dengan peredaran masa, Jabatan Kecemasan dan Trauma telah berkembang pesat dari segi perkhidmatan dan pembangunan. Sistem Triage di jabatan ini diperkemaskini dengan sistem yang baru iaitu Malaysia Triage Scale (MTS) iaitu Level 1 / Level 2 adalah kes kritikal (Zon Merah), Level 3 adalah separa kritikal (Zon Kuning) dan Level 4 / Level 5 adalah tidak kritikal (Zon Hijau).
     
    Pembukaan zon-zon baru diwujudkan bagi menampung pertambahan pesakit. Zon Merah telah dibuka di ruangan baru dengan penambahan katil daripada 8 katil menjadi 18 katil serta dilengkapi dengan peralatan yang lengkap. 28 katil dikhususkan untuk Zon Kuning dimana Zon Kuning ini telah dipisahkan untuk dua zon lagi iaitu Zon Kuning Non Trauma dengan 16 katil dan Zon Kuning Trauma sebanyak 12 katil. Wad Lodger turut ditambah kapasiti penggunaan katil kepada 32 katil daripada 15 katil.
     
    Pelancaran i-CEMAS (Centre Emergency Medical Assistance Service) yang merupakan satu kejayaan inovasi oleh Jabatan Kecemasan dan Trauma dalam perkhidmatan kesihatan untuk masyarakat negeri Melaka. Satu platfom sistem saringan kesihatan digital yang membantu menilai tahap kecemasan sebelum hadir ke jabatan kecemasan hospital. Satu inisiatif digital bagi menangani isu kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, khususnya melibatkan pesakit zon hijau atau kes bukan kecemasan.
     
    Dalam konteks perkhidmatan kecemasan Pra Hospital, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka adalah salah satu daripada 3 Pusat Panggilan Kecemasan Kebangsaan atau Response Centre (RC) yang terpilih selain daripada Kuala Lumpur dan Kuching, Serawak dalam perlaksanaan NG MERS 999 yang terbaru. Response Centre (RC) bagi Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka berpusat di Bangunan Telekom, Banda Kaba Melaka. Response Centre (RC) ini dioperasikan oleh Penolong Pegawai Perubatan dan diketuai oleh Pakar Kecemasan.
     
    Dalam menyediakan akses kesihatan yang berkualiti, cepat dan berkesan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat, Jabatan Kecemasan dan Trauma diberi mandat dan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka untuk menjayakan progaram Paramedik Komuniti (PARAKOM). PARAKOM adalah satu inisiatif melatih sukarelawan memberi bantuan kecemasan awal kepada masyarakat setempat. Pakar-pakar kecemasan dan paramedik jabatan ini adalah tenaga pengajar utama dalam kejayaan program ini.
     
     
     
    kemaskini pada 8 Mac 2026
  • VISI
     
    Mengembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik


    MISI

    Memberikan rawatan kecemasan yang cepat, tepat dan menyeluruh kepada setiap pelanggan. Rawatan ini meliputi rawatan resusitasi, stabilisasi dan rawatan yang lengkap. Menjadikan Jabatan Kecemasan dan Trauma sebagai pusat rawatan, rujukan dan latihan yang terulung dalam bidang Perubatan Kecemasan dengan menyediakan perkhidmatan dan perawatan yang profesional dan bertaraf dunia.

     

    kemaskini pada 8 Mac 2026

  • Mewujudkan satu pusat perawatan yang cemerlang didalam memberikan
    rawatan berkualiti tinggi di dalam bidang kecemasan dan trauma

    Memberikan perkhidmatan dengan cepat, cekap, tepat dan berkesan
    Memberikan keutamaan kepada kes-kes kecemasan berpandukan
    kepada sistem ‘Triage’
    Memberikan rawatan yang berkesan kepada semua pesakit kecemasan
    dan juga bukan kecemasan
    Menyediakan perkhidmatan diagnosa pesakit, perawatan dan pemulihan
    yang mudah diperolehi, cekap dan berkesan kepada pelanggan agar
    dapat membantu dalam penyembuhan penyakit di peringkat awal dan
    secara maksima

     

    kemaskini pada 8 Mac 2026

  • Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti:

    1. Memastikan masa menunggu di Jabatan Kecemasan dan Trauma seperti berikut:
      • Semua kes kritikal (Zon Merah) dirawat dengan serta merta
      • Semua kes separa kritikal (Zon Kuning) dirawat dalam masa 15 minit atau kurang
      • Semua kes bukan kritikal (Zon Hijau) akan dilihat dalam masa 90 minit mengikut keutamaan keadaan pesakit
    2. Setiap kes panggilan ambulan akan mendapat respon / tindakan dalam tempoh 5 minit.
    3. Pesakit yang datang ke Jabatan Kecemasan dan Trauma akan dikategorikan sebagai yang berikut:
      • Tidak Kritikal (Zon Hijau)
      • Separa Kritikal (Zon Kuning)
      • Kritikal (Zon Merah)

     

    kemaskini pada 8 Mac 2026

    • Perkhidmatan Kecemasan
    • Pre Hospital Care and Ambulance Services (PHCAS)
    • Pusat Panggilan Kecemasan / Response Centre NG MERS 999
    • Patients Transfer Management (PTM)

     

    kemaskini pada 8 Mac 2026

    • Perkhidmatan pesakit dalam
    • Perkhidmatan pesakit luar
    • Perkhidmatan Kluster bagi Hospital Alor Gajah dan Hospital Jasin
    • Aktiviti tranformasi budaya
    • Kaunseling dan pendidikan kesihatan

     

     

    kemaskini pada 8 Mac 2026

    • Rawatan perubatan kecemasan dan trauma
    • Perkhidmatan ambulan - rawatan pra hospital
    • Pusat perkhidmatan bersepadu iaitu One Stop Crisis Centre (OSCC) - untuk kes-kes keganasan rumahtangga, jenayah seksual dan penderaan kanak-kanak
    • Pasukan perlindungan perubatan
    • Pelan tindakan kes-kes bencana dalaman dan luaran hospital
    • Pusat latihan bagi siswazah dan paramedik
    • Latihan dan pembelajaran asas kecemasan untuk pertubuhan NGO

     

    kemaskini pada 8 Mac 2026

Toggle Setting Menu