PENGENALAN
Bahagian Pengurusan diketuai oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) M52 dan terbahagi kepada 10 unit.
OBJEKTIF
Bahagian Pengurusan adalah untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan dalam semua bidang pengurusan adalah berjalan lancar, cekap, telus dan berkesan.Fungsi utama Bahagian Pengurusan adalah melibatkan urusan - urusan yang terdiri daripada pengurusan pentadbiran jabatan, pengurusan sumber manusia dan perjawatan, pengurusan kewangan dan perolehan, pengurusan teknologi maklumat (ICT), pengurusan kawalan keselamatan hospital, pengurusan pembangunan dan infrastruktur hospital, pengurusan perpustakaan dan bahan media, pengurusan perkhidmatan kaunseling kepada staf dan pengurusan yang melibatkan hal ehwal agama islam di Hospital Melaka.
-
Sumber Manusia
-
Kewangan & Perolehan
-
Pentadbiran
-
Pembangunan
-
IT
-
Keselamatan
-
PRO
-
Perpustakaan
-
Kaunseling
-
Hal Ehwal Islam
Unit Sumber Manusia
Unit Sumber Manusia merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam Pengurusan Perkhidmatan, Perjawatan, Tatatertib dan Latihan di Hospital Melaka. Unit ini membantu pengurusan tertinggi dalam membuat keputusan yang berkesan ke arah pencapaian objektif Hospital Melaka dengan memberi perkhidmatan yang tepat selaras dengan Perintah Am dan Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan yang berkuatkuasa. Objektif unit ini adalah untuk menguruskan keperluan sumber manusia di Hospital Melaka dengan melaksanakan semua hal merangkumi perkhidmatan, perjawatan, tatatertib dan latihan kepada anggota-anggota hospital secara efektif dan efisyen.
Skop perkhidmatan :
- Perkhidmatan
- Menguruskan urusan pelantikan baru anggota dan dokumen-dokumen rasmi berkaitan;
- Menguruskan pengesahan lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan serta pelanjutan tempoh percubaan anggota;
- Menguruskan pemberian taraf berpencen dan KWSP;
- Menguruskan kelulusan penanggungan kerja
- Menguruskan kelulusan cuti dan pengumpulan Gantian Cuti Rehat
- Menyelaras permohonan dan penetapan gaji pemangkuan dan kenaikan pangkat
- Menyelaras Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
- Menguruskan permohonan pertukaran
- Menguruskan peletakan jawatan dan penamatan perkhidmatan
- Menguruskan pergerakan gaji dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
- Menguruskan kelulusan Lawatan Keluar Negara
- Menguruskan permohonan persaraan wajib, pilihan dan atas sebab perkhidmatan serta pencen terbitan.
- Menguruskan data maklumat personnel berkomputer (HRMIS) bagi semua anggota hospital.
- Menguruskan urusan pendaftaran penuh bagi Pegawai Perubatan Latihan Siswazah.
- Menguruskan urusan pembaharuan kontrak/ganjaran kontrak untuk anggota hospital bertaraf kontrak.
- Perjawatan
- Menguruskan permohonan pertukaran keluar masuk serta pertukaran dalaman anggota;
- Menyediakan maklumat perjawatan yang terperinci mengikut program dan aktiviti dan mengemaskini kedudukan perjawatan mengikut tambahan/ pindaan/ naik taraf pemansuhan jawatan yang dibuat melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) dan Waran Perjawatan dari semasa ke semasa.
- Menyediakan maklumat yang kemaskini mengenai pengisian dan kekosongan jawatan dan menyelaras urusan pengambilan/pengisian jawatan-jawatan yang kosong.
- Tatatertib
- Menguruskan perisytiharan harta anggota
- Menguruskan kes-kes tindakan tatatertib
- Latihan dan Kompetensi
- Menguruskan permohonan Pos Basik
- Menguruskan permohonan Hadiah Latihan Siswazah
- Menguruskan peperiksaan dalam perkhidmatan
- Menguruskan permohonan kursus dan pelaporan jumlah kehadiran berkursus
- Menguruskan pengumpulan Mata Kredit MyCPD
- Menguruskan Latihan Elektif oleh Pelajar IPTA/IPTS
- 1.0 PENGENALAN
Unit Kewangan merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam Pengurusan Kewangan, Akaun, Kutipan Hasil dan Daftar Masuk Pesakit di hospital. Unit ini membantu pengurusan atasan dalam memberi keputusan yang berkesan ke arah pencapaian objektif Hospital Melaka dengan memberi perkhidmatan yang tepat selaras dengan peraturan kewangan yang berkuatkuasa. Objektif unit adalah untuk melaksanakan satu sistem pengurusan kewangan dan akaun yang amanah, cekap, kemas dan berkesan bagi menyokong dan menyelaras usaha-usaha pelbagai program dan aktiviti hospital.
2.0 SKOP PERKHIDMATAN
- Pengurusan Perakaunan/Bayaran
- Menguruskan pembayaran secara elektronik melalui sistem i-GFMAS bagi bil-bil, perkhidmatan kontrak, tuntutan serta elaun-elaun dalam perkhidmatan.
- Menyedia dan menyelaraskan Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan.
- Memantau Prestasi Perbelanjaan dan Penyediaan Laporan-Laporan Kewangan.
- Pengurusan Perolehan/Pesanan Kerajaan
- Mengeluarkan Pesanan Tempatan bagi pembelian terus bekalan/perkhidmatan bernilai kurang daripada RM50,000.00 melalui ePerolehan.
- Menguruskan Perolehan secara Sebutharga bagi bekalan/perkhidmatan bernilai antara RM50,000 hingga RM500,000.00.
- Menguruskan Perolehan secara sebutharga B bagi bekalan/perkhidmatan bernilai antara RM20,000 hingga RM50,000.
- Pengurusan Kewangan Am
- Menguruskan Permohonan Pinjaman Perumahan, Kenderaan dan Komputer.
- Menyediakan Perjanjian Program.
- Pengurusan Gaji
- Bertanggungjawab menguruskan Pembayaran Gaji dan Elaun kakitangan hospital.
- Menyediakan Perubahan Gaji, menyemak dan membuat pengesahan Potongan Gaji.
- Menguruskan pembayaran Elaun Lebih Masa, EKLWBB, Pembedahan Elektif dan Lokum.
- Pengurusan Hasil/Daftar Masuk
- Menguruskan semua Pungutan dan Penerimaan hasil hospital.
- Menyediakan Laporan Bulanan dan Tahunan hasil.
- Menguruskan Tunggakan Hasil.
- Menguruskan daftar masuk pesakit ke dalam wad hospital.
PENGENALAN
Unit Pentadbiran merangkumi 4 sub unit iaitu Unit Pentadbiran Am, Unit Khidmat Pelanggan (Telefonis), Unit Pengangkutan dan Unit Perumahan.
Setiap unit tersebut diamanahkan dengan tugasan masing masing seperti perincian di bawah.
UNIT PENTADBIRAN AMPERKHIDMATAN
• Menguruskan hal ehwal surat menyurat, sistem fail, faksimili, mesin cetak, dan perkhidmatan telefon
• Menguruskan segala urusan berkaitan surat-menyurat, memfailkan surat-surat serta mengawal dan menyemak pergerakan fail.
• Perkhidmatan menguruskan pendaftar/menyusun/pelupusan fail-fail.
• Perkhidmatan urusan pekeliling-pekeliling dan garis panduan.
• Perkhidmatan Pos Laju , Pos Berdaftar dan Kurier
• Pemantauan laporan kad perakam waktu
• Membantu pergerakan anggota di Bilik Gerakan apabila bilik gerakan dibuka
• Mengendalikan kajian kepuasan pelanggan ke Hospital Melaka
MAJLIS RASMI
• Menguruskan majlis majlis rasmi peringkat Hospital Melaka
• Menjadi penasihat dalam pelaksanaan majlis majlis rasmi oleh Unit/Jabatan
FASILITI DAN PERSEKITARAN
• Pengurusan dan pemantauan ruang premis perniagaan (gerai)
• Mengendalikan tempahan dan memantau penggunaan Bilik Mesyuarat dan Auditorium di Hospital Melaka
INDIVIDU
• Perkhidmatan permohonan pinjaman peribadi
• Perkhidmatan urusan pingat negeri.
• Perkhidmatan urusan permohonan telefon Jusa
• Permohonan Kelulusan Pembelian Telefon Bimbit
• Permohonan Anugerah Dan Pingat Kebesaran
FASILITI DAN PERSEKITARAN
• Permohonan dan tempahan Bilik Mesyuarat, dan Auditorium
• Permohonan penggunaan kerusi, meja dan PA sistem untuk program Unit/Wad/Jabatan
UNIT PERUMAHAN
• Permohonan menduduki/ kuarters Al Zahrawi , Kuarters Pokok Mangga, Kuarters Cheng
• Pemantauan aduan kerosakan di Kuarters
UNIT PENGANGKUTAN
• Permohonan penggunaan kenderaan Jabatan untuk tujuan rasmi
• Pengurusan dan pemantauan penggunaan Bahan Api kenderaan Jusa/Jabatan dan Ambulan
• Pengurusan Kad Inden Minyak kenderaan Jusa,Jabatan dan Ambulan
• Permohonan dan pemantauan penggunaan Kenderaan JUSA
• Permohonan Kelulusan Kad Inden Minyak JUSA
• Permohonan Kad Touch N Go dan Tambah Nilai Untuk JUSA
• Pengurusan Saman kenderaan Jusa dan Jabatan
BORANG-BORANG YANG DIGUNAKAN
1.0 PENGENALAN
Unit Pembangunan merupakan salah satu unit di Bahagian Pengurusan Hospital Melaka yang terletak di Aras G, Blok Pentadbiran Hospital Melaka. Unit Pembangunan bertanggungjawab dalam pengurusan projek-projek pembangunan, pengurusan premis sewaan dan pengurusan tanah-tanah di bawah hospital.
2.0 SKOP PERKHIDMATAN
- Pengurusan Projek Pembangunan – Menguruskan permohonan peruntukan projek, menyelaras dan menyelia projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMK), peruntukan di bawah Perbelanjaan Pembangunan (P42) Butiran Projek 00600 (Naiktaraf, Ubahsuai dan Pembaikan) dan 09000 (Penyelenggaraan Kuarters KKM), Sistem Kejuruteraan (Sinking Fund) serta Perbelanjaan Mengurus (B42) di bawah OS 28000 yang dirancang dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- Pengurusan Premis Sewaan - Memastikan pengurusan penyewaan premis mengikut Arahan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 1/2013 Garis Panduan Pengurusan Penyewaan Tanah Persekutuan oleh Kementerian / Jabatan Pengguna bagi Ruang bangunan (Premis) Oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- Pengurusan Tanah - Menyelaras, membuat pemantauan dan penyeliaan tanah-tanah di Hospital Melaka seperti, Tanah Perkuburan Jelutong, Tanah Pulau Kelapa, Tanah Peringgit, Tanah Kawasan Hospital, Tanah Kuarters Al-Zahrawi, Tanah Kuarters Taman Pokok Mangga dan Tanah Kuarters Cheng.
- Perbelanjaan Pembangunan (P42) – Menyelaras waran peruntukan P42 seperti BP 00105 (Latihan Dalam Perkhidmatan), BP 00300 (Naiktaraf Kemudahan Hemodialisis Di Hospital), BP 00600 (Naiktaraf, Ubahsuai Dan Pembaikan), BP 01100 (Peralatan Perubatan Dan Kenderaan) dan lain-lain.
3.0 NOMBOR YANG BOLEH DIHUBUNGI
Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Pembangunan di talian:
- Penolong Pengarah (Pembangunan) : 06 – 289 2344 samb. 2010
- Penolong Pegawai Tadbir (Pembangunan) : 06 – 289 2344 samb. 2006
- Unit Pembangunan (Pejabat) : 06 – 289 2344 samb. 2008
1.0 PENGENALAN
Unit Pengurusan Maklumat yang terletak di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Melaka bertanggungjawab mengurus, menyelaras dan menyediakan perkhidmatan sokongan ICT kepada warga hospital dan bertanggungjawab terhadap perkembangan dan penyelarasan ICT di Hospital Melaka selaras dengan hasrat Pelan Strategik Bersepadu (ISP) Kementerian Kesihatan Malaysia. Unit ini terbahagi kepada 3 subunit iaitu Pentadbiran ICT, Sistem Aplikasi dan Operasi Rangkaian & Teknikal.
2.0 SKOP PERKHIDMATAN Membekalkan perkhidmatan ICT yang meliputi:
- Pelaksanaan Dasar, Polisi dan prosidur ICT – Melaksanakan Dasar, Polisi dan prosidur ICT yang telah ditetapkan oleh MAMPU, KKM, JKN dan hospital untuk memastikan prosidur ICT dipatuhi.
- Pelaksanaan dan Penyelenggaraan Sistem Aplikasi - Merancang, membangun, menyelaras dan menyelenggara serta memantau pelaksanaan sistem aplikasi, emel dan portal bagi menyokong operasi agar berjalan dengan lancar;
- Perkhidmatan Rangkaian dan Komunikasi - Menyedia dan mengurus kemudahan komunikasi dan rangkaian seperti capaian internet, rangkaian dalaman dan wireless berpusat;
- Penyediaan Infrastruktur ICT - Merancang, membangun dan menyelenggara infrastruktur bagi memudahkan pertukaran dan perkongsian maklumat termasuk rangkaian;
- Keselamatan ICT - Merancang dan menyediakan perkhidmatan dalam melindungi kerahsiaan dan kesahihan maklumat, integriti data dan meminimumkan insiden keselamatan dalam penggunaan kemudahan ICT di Hospital Melaka termasuk memastikan warga Hospital mematuhi Dasar Keselamatan ICT KKM;
- Pembangunan Kompetensi ICT - Memberi latihan dan pendedahan khidmat teknikal bagi peningkatan kompetensi ICT warga kerja hospital ke arah budaya kerja baru menggunakan kemudahan ICT;
- Khidmat Sokongan Teknikal ICT - Memberi perkhidmatan bantuan teknikal kepada pengguna kemudahan ICT Hospital;
- Khidmat Spesifikasi Teknikal Perolehan dan Projek ICT - Mengendali, mengurus dan menganalisa secara teknikal perolehan bekalan, perkhidmatan dan pengurusan projek ICT hospital;
- Pengurusan Pengoperasian Pusat Data - Mengurus dan menyelaras operasi Pusat Data agar berjalan lancar tanpa gangguan; dan
- Khidmat Nasihat ICT - Menyediakan perkhidmatan khidmat runding berkaitan penggunaan dan pembangunan kemudahan ICT Hospital.
3.0 NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI
- Meja Bantuan Teknikal (Helpdesk) : 06 – 289 2344 samb. 2048
- Aplikasi dan Sistem : 06 – 289 2344 samb. 2047
- Teknikal dan Operasi : 06 – 289 2344 samb. 2046
- Rangkaian : 06 – 289 2344 samb. 2046
1.0 PENGENALAN
Unit Keselamatan yang terletak di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Melaka bertanggungjawab menguruskan perkara-perkara berikut:
- Pematuhan peraturan dan arahan keselamatan yang digariskan berpandukan Akta Rahsia Rasmi, Arahan Keselamatan dan Pekeliling-Pekeliling berkaitan keselamatan yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
- Pengurusan kawalan keselamatan swasta yang dipertanggungawab untuk melaksanakan perkhidmatan kawalan keselamatan di Hospital Melaka.
- Membantu pihak penguatkuasa tempatan dalam merealisasikan perundangan berkaitan keselamatan yang berkuatkuasa.
2.0 SKOP PERKHIDMATAN
- Memastikan inspektorat keselamatan perlindungan dilaksanakan terhadap semua jabatan/unit di Hospital Melaka berpandukan Senarai Semak Inspektorat Keselamatan Perlindungan KPKK9.
- Memastikan laporan berkaitan kejadian kehilangan/kerosakan aset kerajaan / kejadian melibatkan ancaman keselamatan yang berlaku di Hospital Melaka disediakan merangkumi syor dan saranan penambahbaikan.
- Memastikan pemeriksaan perkhidmatan kawalan keselamatan swasta dan pemeriksaan dokumen kehadiran pengawal keselamatan, perkhidmatan penghantaran barangan bernilai.
- Memastikan statistik perkhidmatan kawalan keselamatan swasta di Hospital Melaka dibentangkan pada sesi mesyuarat Validasi Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Swasta sebelum hari ketujuh pada bulan berikutnya.
- Memastikan Kad Pengenalan Jabatan disediakan kepada staf Hospital Melaka dalam tempoh 3 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
- Memastikan setiap pekerja kontraktor yang menjalankan kerja-kerja di Hospital Melaka dibekalkan pas keselamatan kontraktor.
- Memastikan pesakit yang berstatus Pendatang Asing Tanpa Izin diuruskan berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Memastikan pengurusan lalulintas dan perkara yang melibatkan aliran kenderaan di dalam kawasan Hospital Melaka diberi perhatian dan diberi penambahbaikan dalam memberi kemudahan dan keselesaan kepada kakitangan dan pelanggan Hospital Melaka.
Memastikan hubungan strategik antara jabatan/agensi luar berkaitan dengan isu keselamatan diberi perhatian dan diuruskan dengan terancang.
3.0 NOMBOR TELEFON UNTUK DIHUBUNGI
Pejabat – 06289 2008
Bilik Kawalan Keselamatan (24 jam)– 062892 2736
- 1.0 PENGENALAN
- Unit Perhubungan Awam Hospital Melaka telah ditubuhkan pada tahun 2007 dan beroperasi sepenuhnya pada 6 Ogos 2007.
- Perjawatan Penolong Pegawai Penerangan merangkap Pegawai Perhubungan Awam diwujudkan selaras dengan hasrat Kementerian ini untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat bukan sahaja tertumpu kepada aspek perkhidmatan penjagaan kesihatan dan perubatan, malah termasuk aspek pengurusan pelanggan dan perhubungan awam.
- Unit ini berfungsi dengan memberi fokus utama sebagai penghubung antara pihak hospital dengan pelanggan luaran dan dalaman.
UNIT KHIDMAT PELANGGAN
• Sub unit di bawah Unit Perhubungan Awam.
• Mengendalikan panggilan telefon.
• Memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan.
• Merekod dan menyalurkan aduan kepada Unit Perhubungan Awam.
• Memantau penggunaan telefon
• Menguruskan permohonan talian telefon daripada Unit/Jabatan
2.0 VISI
- Untuk menyediakan khidmat perhubungan awam dan menyelaras pengaduan awam
3.0 MISI
- Penyaluran maklumat yang tepat, cekap dan efektif ke arah menjadikan Hospital Melaka sebagai pusat kecemerlangan perubatan
4.0 OBJEKTIF
- Unit Perhubungan Awam sebagai penghubung antara pihak hospital dengan pelanggan luaran dan dalaman bagi memelihara imej Hospital Melaka melalui peningkatan kefahaman orang ramai terhadap dasar-dasar dan prosedur kerja di hospital.
5.0 SKOP PERKHIDMATAN
- Pengurusan maklumat dan pengurusan aduan pelanggan hospital.
- Aktiviti perhubungan awam dan publisiti.
- Pengurusan acara rasmi peringkat hospital
- Mengurus surat-surat penghargaan hospital
1.0 PENGENALAN
Perpustakaan Hospital Melaka telah ditubuhkan pada tahun 1978. Ia merupakan sebuah perpustakaan khusus di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Hospital Melaka yang menjadi pusat sumber ilmu dan maklumat bagi warga Hospital Melaka mendapatkan maklumat terkini mengenai perubatan dan kesihatan.Perpustakaan Hospital Melaka diketuai oleh seorang Pustakawan S44 dan dibantu oleh dua orang kakitangan iaitu Pembantu Pustakawan S19 dan Pembantu Operasi N11.
2.0 OBJEKTIF
Objektif Perpustakaan Hospital Melaka adalah menyediakan perkhidmatan rujukan dan maklumat yang berkesan kepada semua kakitangan hospital.
3.0 STAF
Ketua Unit (Pustakawan S44) : Encik Hilmy bin Mohamed Najib
Pembantu Pustakawan S22 : Puan Rafidah binti Taharin
4.0 WAKTU PERKHIDMATAN
Waktu perkhidmatan Perpustakaan Perubatan Hospital Melaka adalah seperti berikut :
HARI |
WAKTU PERKHIDMATAN |
Isnin - Jumaat |
8.00 pagi – 5.00 petang |
Sabtu dan Ahad |
Tutup |
Cuti Umum |
Tutup |
5.0 KEAHLIAN PERPUSTAKAAN
Keahlian terbuka kepada semua kakitangan Hospital Melaka. Pendaftaran keahlian boleh dibuat di Kaunter Utama Perpustakaan pada waktu perkhidmatan.
6.0 PERKHIDMATAN
6.1 Pangkalan Data Atas Talian
6.1.1 Virtual library
Virtual library menyediakan kemudahan mengakses kepada maklumat berkaitan dengan perubatan dan kesihatan. Pengguna boleh melayari portal http://vlib.moh.gov.my/cms/index.jsp.
Borang pendaftaran keahlian Virtual Library boleh klik di sini (link kepada borang pendaftaran keahlian VL)
6.1.2 U-Pustaka
U-Pustaka menyediakan kemudahan akses kepada Pangkalan Data Atas Talian dan perkhidmatan pinjaman buku daripada koleksi 8 konsortium perpustakaan melalui tempahan secara dalam talian. Pendaftaran keahlian adalah percuma dan boleh dibuat menerusi http://www.u-library.gov.my
6.2 Perkhidmatan Sirkulasi
Pinjaman terhad kepada 2 buku dan 2 jurnal dalam satu tempoh. Tempoh adalah selama satu (1) bulan untuk buku dan dua (2) minggu untuk jurnal/majalah umum. Pembaharuan pinjaman dibenarkan sekali sahaja dan denda dikenakan ke atas kelewatan pemulangan bahan perpustakaan yang dipinjam mengikut peraturan perpustakaan yang telah ditetapkan.
6.3 Perkhidmatan Rujukan
Perkhidmatan ini meliputi pertanyaan rujukan, penyelidikan dan pencarian maklumat dari sumber perpustakaan organisasi atau dari pangkalan data dalam dan luar Negara. Perpustakaan juga menerima pertanyaan rujukan dari luar organisasi seperti hospital lain atau agensi kerajaan yang lain.
6.4 Bilik Media
Pengguna boleh membuat pencarian dan perkongsian maklumat dengan menggunakan komputer yang disediakan di Bilik Media.
6.5 Pinjaman Antara Perpustakaan
Perkhidmatan antara perpustakaan yang disediakan kepada pengguna bagi mendapatkan bahan rujukan dari mana-mana institusi melalui Pinjaman Antara Perpustakaan
7.0 BORANG YANG DIGUNAKAN
1. Borang Keahlian Virtual Library
8.0 LAMAN WEB UNIT
https://6673d27ff0c2f.site123.me/
1.0 PENGENALAN
Unit Kaunseling terdiri daripada seorang Pegawai Psikologi Gred S41. Fungsi Unit Kaunseling adalah merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti- aktiviti berkaitan bidang psikologi dan kaunseling kepada klien. Klien adalah merujuk kepada kakitangan, pesakit luar (outpatient) dan pesakit dalam (inpatient) Hospital Melaka.
2.0 SKOP PERKHIDMATAN
Antara skop perkhidmatan yang ditawarkan oleh unit ini adalah:
- Melaksanakan intervensi kaunseling untuk anggota Hospital Melaka dalam membantu pemulihan klien dari aspek kognitif, tingkah laku, emosi dan sosial
- Melaksanakan intervensi kaunseling kepada (inpatient dan outpatient) dalam membantu pemulihan klien dari aspek kognitif, tingkah laku, emosi dan sosial
- Melaksanakan program-program pembangunan modal insan kepada anggota Hospital Melaka
- Melaksanakan Program Pengurusan dan Pendidikan Kewangan kepada anggota Hospital Melaka
3.0 RUJUKAN KLIEN
i) Anggota Hospital Melaka
Rujukan anggota diterima daripada Ketua Jabatan/ Unit/ Penyelia/ Pengurusan Tertinggi Hospital Melaka sahaja. Walaubagaimanapun, bagi anggota yang ingin mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara sukarela boleh mendapatkan temujanji melalui panggilan telefon atau “walk in”.
ii) Pesakit luar (outpatient) dan pesakit dalam (inpatient) Hospital Melaka
Rujukan pesakit boleh diterima daripada Pakar Perubatan dan Pegawai Perubatan dari semua hospital dan Klinik Kesihatan di seluruh negeri Melaka.
4.0 WAKTU PERKHIDMATAN
Perkhidmatan kaunseling dijalankan pada hari Isnin hingga Khamis daripada pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang, hari bekerja am. Perkhidmatan pada hari Jumaat hanya dijalankan untuk kes- kes tertentu yang memerlukan sesi kaunseling dijalankan dengan segera.
5.0 LOKASI
Bilik Pegawai Psikologi bertempat di Blok Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Hospital Melaka.
1.0 PENGENALAN
Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) mula beroperasi di Hospital Banting pada tahun 2008. Sejarah UHEI pada awalnya ditempatkan bersama unit pendidikan kesihatan dan beberapa bulan selepas itu, unit ini ditempatkan dibawah pengurusan hospital dan diselia oleh Ketua Jabatan Kerja Soaial Perubatan. Fungsi dan peranan UHEI adalah sebagai satu mekanisme ke arah perkhidmatan keagamaan dari sudut rohani dan jasmani selaras dengan syariat Islam. UHEI juga berperanan untuk merancang dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti kesedaran, kerohanian dan penerapan nilai-nilai Islam peringkat Hospital. Unit ini diuruskan oleh seorang penolong pegawai hal ehwal islam gred S 32, jawatan kader post yang dihantar oleh JAKIM ke KKM dan ditempatkan di hospital sejak tahun 2008.
2.0 MISI DAN VISI
- Visi:
Berperanan sebagai unit yang memberi bimbingan berkaitan Hal Ehwal Islam ke arah melahirkan warga kerja dan pesakit yang berpengetahuan dan berpendidikan serta berakhlak mulia.
- Misi:
Memberi perkhidmatan pengurusan Hal Ehwal Islam yang cekap dan berkualiti kepada semua warga kerja dan pesakit.
3.0 OBJEKTIF
- Meningkatkan kefahaman dan penghayatan nilai-nilai Islam dan integriti kepada kakitangan, pesakit dan waris pesakit di hospital.
- Menjadikan program Hospital Mesra Ibadah (HMI) sebagai satu perkhidmatan yang diiktiraf oleh pelanggan di hospital.
- Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan khidmat nasihat kerohanian kepada kakitangan, pesakit dan waris pesakit.
- Bertindak sebagai pemudahcara bagi isu berkaitan fiqh ibadah, fiqh perubatan dan hal ehwal Islam kepada pegawai dan pengamal perubatan, pesakit serta waris pesakit di hospital.
- Mengintegrasikan rawatan fizikal, mental, psikologikal dan spiritual selaras dengan takrif kesihatan oleh World Health Organisation (WHO).
4.0 SKOP PERKHIDMATAN
BIL |
SKOP PERKHIDMATAN |
FUNGSI UTAMA |
1 |
Tanggungjawab kepada hospital. |
- Mewujudkan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (JKHMI)
- Menyelaras aktiviti dan fasiliti yang berkaitan Hospital Mesra Ibadah
- Bertanggungjawab terhadap semua program dan aktiviti berkaitan Hal Ehwal Islam peringkat hospital
|
2 |
Perkhidmatan kepada kakitangan/ahli keluarga/waris. |
Latihan dan Pembangunan Insan kepada kakitangan:
- Menyelaras program-program latihan serta melaksanakan program Penerapan Nilai-nilai Islam secara berhikmah, terancang dan berkualiti.
- Rujukan serta khidmat nasihat kerohanian/kekeluargaan kepada kakitangan/ahli keluarga/waris.
- Bertindak sebagai pemudahcara bagi isu-isu berkaitan figh ibadah, figh perubatan dan hal ehwal islam kepada anggota hospital, pesakit dan waris
|
3 |
Perkhidmatan kepada pesakit/ahli keluarga/waris |
Perkhidmatan berkaitan Hal Ehwal Islam kepada pesakit, ahli keluarga dan waris:
- Khidmat nasihat dan bimbingan kerohanian kepada pesakit, ahli keluarga dan waris
- Ziarah dan bimbingan pengurusan ibadah pesakit
- Mengawal selia pengurusan jenazah Islam sekiranya diperlukan
- Berwaris
- Tanpa waris
- Saudara baru
- Tidak dituntut
- Menyediakan bahan-bahan penerbitan berunsur Islam
|