Pilihan Tema : 

Budaya Korporat Hospital Melaka

LOGO

 

Latar Belakang Putih
Melambangkan kepentingan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota
Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan tugas.

Sentuhan di Hati
Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan
tugas.

Hati Berwarna Merah
Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan
Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

Tangan
Melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu.

Nilai-nilai Teras
Menonjolkan prinsip-prinsip yang dipegang semasa menjalankan tugas

MOTO

Kami Sedia Membantu

Kami - Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai
satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.

Sedia - Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan
secara profesional.

Membantu - Ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.

NILAI-NILAI TERAS

Penyayang
Kami komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh
perhatian. Kami bersedia memberi layanan dengan bersopan santun, responsif dan
menghormati hak individu. Kami bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang mesra
pelanggan.

Profesionalisme
Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf
kerja yang dikehendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab. Kami percaya
dalam memberikan perkhidmatan cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi harapan
masyarakat.

Kerja Berpasukan
Kami komited untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi mencapai
matlamat yang sama.

 

AKTIVITI - AKTIVITI BUDAYA KORPORAT HOSPITAL MELAKA

AKtiviti : Kursus Penerapan Budaya Korporat & Pengukuhan Soft Skills
Tarikh : 13-15 Mei 2013
Tempat : PNB Ilham Resort, Port DIckson

Laporan:
Kursus Penerapan Budaya Korporat & Pengukuhan Soft Skills Hospital Melaka bagi tahun 2012 telah diadakan untuk mendedahkan pegawai-pegawai peringkat pengurusan & profesional kepada amalan-amalan baik dalam budaya korporat serta soft skills untuk diterapkan di dalam persekitaran kerja seharian. Kursus ini dihadiri oleh 45 peserta yang terdiri dari pelbagai disiplin. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti ice-breaking dan sesi sual kenal, ceramah, noble race, latihan dalam kumpulan serta pelbagai aktiviti yang menarik dan berilmu.

Toggle Setting Menu