Galeri Bersejarah Hospital Melaka
Galeri secara maya ini adalah pelengkap kepada Galeri Hospital Melaka. Galeri maya ini disusun mengikut era pemerintahan sejak daripada tahun 1511 sehingga selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.
- Era Portugis (1511 - 1641)
- Era Belanda (1641 - 1795 dan 1811 - 1824)
- Era British (1824 - 1957)
- Penjajahan Jepun (1942 - 1945)
Era
Sila pilih era pemerintahan
Tahun 1511 - 1641
Era Portugis
A Famosa
Setelah kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka, pada 1511 kerajaan Portugis telah membina kota A Famosa.
Kota ini dibina dengan kerahan buruh paksa dari rakyat tempatan dan kalangan tentera Portugis. Kota yang menjadi kubu negeri Melaka siap sepenuhnya pada tahun 1514. Dalam lingkungan kota A Famosa inilah telah bermulanya sejarah pembinaan hospital-hospital terawal di Melaka.
Hospital Diraja dan Hospital Orang Miskin
Berhampiran dengan Santiago telah terbinanya dua buah hospital terawal iaitu:
- A - Hospital Diraja (Hospital del Rey)
- B - Hospital Orang Miskin (Hospital de Portes)
Hospital de Portes kemudiannya telah dialihkan ke kawasan yang bertentangan dengan kubu tersebut yang kini merupakan tapak Pejabat Pos Besar. Kedua-dua hospital ini diletakkan di bawah penyeliaan pengikut-pengikut Jesuit. Orang-orang Portugis yang mula-mula menetap di sini telah menubuhkan Persatuan Kebajikan / Agama di bawah pimpinan seorang Gabenor untuk melawat pesakit-pesakit di hospital-hospital tersebut.
1641 - 1824
ERA BELANDA
Belanda telah menawan Melaka pada bulan Januari tahun 1641
Belanda turut memberikan kemudahan perubatan kepada penduduk Melaka.
- Semasa pemerintahan Belanda di Gabenor Balthasar Bort, terdapat sebuah kedai bedah di dalam lingkungan kubu itu yang dikendalikan oleh Ketua Pakar Bedah yang bernama M. Willen Cornelias Van Alsameer.
- Sebuah hospital turut didirikan di Banda Kaba khusus untuk memberikan perkhidmatan perubatan kepada orang-orang Belanda.
- Kakitangan hospital terdiri daripada seorang Jurubedah Kanan dan empat orang Jurubedah Rendah.
- Walau bagaimanapun, lokasi sebenar hospital ini dan hospital-hospital lain ketika pentadbiran Belanda tidak diketahui.
Tahun 1511 - 1641
Era British
British menakluki Melaka
British menakluki Melaka daripada Belanda pada tahun 1795, diketuai oleh Kapten Newcome.
Walau bagaimanapun, melalui Perjanjian London, Melaka diserahkan semula kepada Belanda dan sebagai ganti, Wilayah Bencoolen di Sumatra Barat diserahkan kepada pihak British. Pada masa pemerintahan British, beberapa hospital telah didirikan.
Hospital Tentera
Hospital Tentera ditubuhkan di Bandar Hilir berdekatan dengan Kelab Melaka (Ditukarkan menjadi Memorial Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957)
Hospital ini memberikan kemudahan perkhidmatan perubatan khusus kepada tentera-tentera British yang kebanyakannya terdiri daripada askar-askar Inggeris dan Infantri Rakyat Madras yang berasal daripada Wilayah Madras, India.
Hospital Awam
Sebuah hospital awam didirikan di Banda Kaba. Hospital ini mempunyai tiga buah wad yang terletak di tingkat atas. Jika dilihat lokasi sebenarnya hari ini ianya adalah berdekatan dengan bangunan Jabatan kerja Raya dan Pejabat Ukur. Akhirnya kedua-dua bangunan ini telah diubahsuai menjadi Bangunan Tabung Haji.)Pada tahun 1882, hospital ini telah dipindahkan ke Bandar Hilir yang dahulunya hanya digunakan untuk kakitangan tentera sahaja.
Hospital Penjara
Berdasarkan kepada Laporan Lengkap Perbelanjaan Negeri-Negeri Selat 1886 dinyatakan tentang kewujudan hospital ini. Bagaimanapun, tiada maklumat sepenuhnya mengenai hospital ini. Berkemungkinan hospital ini telah didirikan di penjara lama yang terletak di Bandar Hilir. Apabila hospital ini dibina, banduan-banduan telah dipindahkan ke bilik penjara di tingkat bawah Blok D.
Hospital Saint David
Merupakan hospital yang didirikan oleh Mubaligh-mubaligh Anglican di Tengkera pada akhir suku abad ke 19. Menjadi tempat istirehat bagi mereka yang sakit dan memerlukan rawatan untuk semua keturunan khususnya dari Negeri-negeri Selat.
Akibat daripada kemelesetan ekonomi dunia yang berlaku menyebabkan hospital ini terpaksa ditutup pada hari Sabtu, 13 Januari 1934. Kemudiannya bekas bangunan hospital ini telah diubahsuai menjadi Sekolah Cina St. David. Lama kelamaan bangunan ini terpaksa dirobohkan.
Hospital Durian Daun
Hospital mula beroperasi pada tahun 1883. Pada peringkat awal, hanya mempunyai dua buah wad sahaja iaitu satu wad untuk pesakit-pesakit keturunan Eropah serta kakitangan kerajaan dan satu wad lagi untuk kakitangan polis. Hospital ini telah diperbesarkan secara beransur-ansur sehingga mempunyai sepuluh buah wad dengan muatan 400 buah katil. Setelah hampir lima abad hospital ini memberikan perkhidmatan kepada penduduk Melaka, kerajaan telah memutuskan untuk mendirikan sebuah hospital yang lebih besar dan moden. Tarikh 28 Jun 1934, merupakan hari terakhir untuk perkhidmatan di Hospital Durian Daun. Bangunan hospital Durian Daun yang telah dikosongkan itu telah diubahsuaikan menjadi Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka
HOSPITAL DURIAN DAUN
Galeri Gambar Hospital Durian Daun
Era British
HOSPITAL BESAR MELAKA
HOSPITAL BESAR MELAKA
Satu rancangan untuk membangunkan semula Hospital Durian Daun telah dikemukakan oleh wakil-wakil tidak rasmi bagi negeri Melaka semasa mesyuarat Majlis Perundangan diadakan pada 27 Ogos 1928. Yang Berhormat Encik Tan Cheng Lock dan Yang Berhormat Encik H.E. Nixon mencadangkan pembinaan sebuah hospital baru ditapak yang baru. Bukit Palah dipilih sebagai tapak yang baru.
Urusan jualbeli telah diadakan bagi pihak Kerajaan negeri-negeri Selat. Pelan untuk sebuah hospital yang boleh memuatkan seramai 650 pesakit dengan anggaran perbelanjaan sebanyak $2,430,000.00 telah diluluskan. Kerja – kerja pembinaan dimulakan pada akhir Oktober 1930 oleh Jabatan Kerja Raya. Susunan dan penyediaan pelan bangunan hospital tersebut keseluruhannya telah dibuat oleh Encik F. Dorrington Ward, seorang arkitek kerajaan pada masa itu.
Pada 12 Februari 1934, Hospital Besar baru Bukit Palah telah dirasmikan oleh Tuan yang Terutama Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Cecil Clementi.
Sebagai mengenang jasa orang-orang yang terlibat dalam pembinaan ini, Sir Cecil Clementi telah menamakan wad – wad di Bangunan A sempena nama-nama berikut :
- Wad A – “Wad Hoops” sempena nama Dr. Hoops yang telah memberikan cadangan terawal dan berusaha untuk membina hospital baru ini.
- Wad B – “Wad Dorrington” sempena nama jurubina hospital ini
- Wad C – “Wad Nixon” sempena nama ahli tidak rasmi di dalam Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat.
- Wad D – ‘Wad Tan Cheng Lock’ juga sempena nama ahli Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat yang mempunyai minat yang mendalam terhadap pembinaan hospital ini
PENTADBIR-PENTADBIR AWAL
1942 - 1945
PENJAJAHAN JEPUN
Pada tahun 16 Januari 1942, tentera Jepun telah memulakan pentadbirannya di Melaka.
Pada keseluruhannya, corak pentadbiran Jepun di Melaka adalah sama dengan sistem yang pernah digunakan oleh pihak Inggeris kecuali pentadbiran Jepun meletakkan Melaka setaraf dengan negeri- negeri Melayu yang lain dan tidak lagi sebagai salah sebuah Negeri-Negeri Selat.
Pihak tentera telah mengambil pentadbiran hospital dan dibahagikan kepada dua Bahagian :
- Hospital bagi tentera Jepun
- Hospital orang awam
Hospital Tentera
Pentadbiran Hospital Tentera dikendalikan sepenuhnya oleh tentera Jepun. Bermula dari kakitangan peringkat bawahan sehinggalah peringkat pakar-pakar bedah.
Hospital Awam
Hospital Awam dikendalikan oleh kakitangan tempatan. Dr. S. Thambipillai telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Perubatan manakala pegawai-pegawai perubatannya terdiri daripada Dr. A.X. Pakiam, Dr. Tan Kim Seng dan Dr. F.X. Oliveiro serta kakitangan pembantu perubatan
IKA DAIKAGU
Semasa era penjajahan Jepun, Hospital Melaka merupakan salah satu hospital yang terbaik. Blok B dan C telah dijadikan Kolej Perubatan yang dipanggil IKA DAIKAGU.
Terdapat kira-kira 200 pelajar perubatan daripada Singapura, Indonesia dan juga Tanah Melayu. Terdapat beberapa tokoh seperti Tan Sri Dato’ Haji Abdul Majid, Tan Sri Raja Ahmadm Nordin bin Raja Shahbudin, Datuk Alhady, M.C. Poopathy dan M.C.Umapathy merupakan bekas pelajar di kolej ini.
Proses pembelajaran dilakukan di dalam Bahasa Jepun. Latihan dan aktiviti di sini sangat tegas dan berdisplin. Pelajar-pelajar terpaksa bangun awal pagi untuk melakukan latihan kecergasan. Mereka mempunyai Jurulatih Kecergasan yang terlatih untuk mengajar latihan kecergasan dan juga seni mempertahankan diri (Martial Arts). Selain itu, pelajar-pelajar terpaksa menebang pokok getah untuk dijadikan lapangan untuk menanam ubi sebagai makanan harian.
Pelajar-pelajar diberikan elaun bulanan dan juga rokok. Bagaimanapun, kolej perubatan ini terpaksa ditutup pada September 1945 bila Jepun menyerah kalah. Bekas pelatih perubatan yang terhenti semasa penaklukan Jepun di Singapura pada tahun 1942, kembali ke King Edward VII College of Medicine (Singapura) untuk meneruskan pengajian.
JEPUN MENYERAH KALAH SEPTEMBER 1945
Apabila Jepun menyerah kalah pada 1945, pentadbiran hospital diambil alih oleh Hospital Besar India (24 I.G.H) iaitu Hospital Tentera Luar yang berkhidmat untuk Pasukan India Kelima.
Hospital Besar India mengambil alih pentadbiran sejak 18 Oktober 1945 sehingga kerajaan awam mengambil alih pada 1 April 1946.
Selepas pengambilahihan pentadbiran, hospital diterajui oleh Kol. (Dr.) Maclintok dan Lt. Kol. (Dr.) Sutton merupakan Pakar Perunding Bedah.
Galeri Hospital Melaka
Lokasi
Lokasi:
Bangunan JKR 5, Hospital Melaka