SAMBUTAN HARI JANTUNG SEDUNIA PERINGKAT HOSPITAL MELAKA
Melaka, 29 SEPTEMBER 2023 (Jumaat) - Hospital Melaka telah mengadakan Sambutan Hari Jantung Sedunia peringkat Hospital Melaka di Auditorium Sri Baiduri, Hospital Melaka.
Sambutan berbentuk Kursus ini diisi dengan empat siri ceramah iaitu, Penyakit Jantung - Pencegahan dan Perawatannya oleh : Dr Mohamad Khairul Ikram bin Zainuddin - Pakar Perubatan Jabatan Perubatan. Manakala ceramah kedua bertajuk Pemakanan Sihat untuk Jantung oleh En.Mohamad Hanief Ikhwan Bin Ahmad- Pegawai Dietetik.
Seterusnya, diikuti dengan ceramah Kesihatan Mental dan Penyakit Jantung oleh Dr Menul Kumar - Pakar Perubatan Psikiatri dan di akhiri dengan ceramah Klinik Berhenti Merokok oleh Pn. Siti Norliza bt Md Arif - Pegawai Pendidikan Kesihatan, Klinik Berhenti Merokok. Program telah dimulai dengan Chairoboc dari pasukan Unit Fisioterapi. Program tahunan anjuran Unit Pendidikan Pesakit ini telah disempurnakan oleh Dr Mohd Rosli bin Tompang, Timbalan Pengarah Perubatan II. Menerusi tema sambutan ‘use heart , know heart’ diharapkan dapat memantapkan lagi pengetahuan peserta mengenai penjagaan jantung masing-masing.