Pilihan Tema : 

  • Latest iCemas
  • PRIC BANNER HM GETAWAY 1
  • TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA
  • 3
  • Hsopital Kluster 2
  • melawat

UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

  • LATAR BELAKANG

    Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Hospital Melaka kini berada di bawah seliaan Timbalan Pengarah Perubatan IV, Hospital Melaka (Dr. Mohd Rosli bin Tompang) dan diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan UD48. UKKP Hospital Melaka mempunyai tenaga pekerja seorang (1) Pegawai Perubatan UD52, dua (2) orang Pegawai Perubatan UD48, dua (2) orang Pegawai Perubatan UD44 dan seorang (1) Pembantu Perawatan Kesihatan U12. Keenam-enam (6) orang Pegawai Perubatan (UD52/UD48/UD44) dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U12 ditempatkan di Unit Kesihatan Awam secara pentadbiran atas sebab kepentingan perkhidmatan.

    Penubuhan UKKP Hospital Melaka sejajar dengan arahan mewujudkan program Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan menggunapakai penjawatan sedia ada mengikut surat pekelililng Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan   KKM600-37/1/3(2) bertarikh 11 Julai 2016; Arahan Pewujudan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Hospital Di Kementerian Kesihatan Malaysia, sebahagian besar tugas asal Unit Kesihatan Awam (UKA)  telah diserahkan kepada unit yang baru. Unit ini dinamakan UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (UKKP) HOSPITAL MELAKA. Manakala UNIT KESIHATAN PERSEKITARAN DAN INSPEKTORAT (UKPI) diwujudkan bagi mengurus dan melaksana aktiviti-aktiviti selain daripada yang digariskan di dalam UKKP.

  • SKOP PERKHIDMATAN 

    Mewujudkan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berterusan dan teratur selaras dengan kehendak undang-undang.

    Mewujudkan kawasan dan suasana kerja yang selamat, sihat dan sejahtera serta peralatan-peralatan keselamatan yang sesuai dan mencukupi supaya tidak menimbulkan bencana keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

    Mengkaji dan menyemak tentang trend kemalangan, kejadian berbahaya, kemalangan nyaris, keracunan atau penyakit yang disebabkan yang berlaku di tempat kerja dan melaporkan pada pihak pengurusan keadaan atau amalan yang tidak selamat atau tidak sihat di tempat kerja bersama-sama dengan cadangan untuk tindakan penambahbaikan berdasarkan Notification of Accident, Dangerous Occurence and Occupational Diseases Regulations 2004 (NADOPOD)

    Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan memberi cadangan kepada majikan bagi apa-apa untuk tindakan penyemakan semula dasar tersebut

    Menimbangkan apa-apa laporan yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dikemukan oleh pegawai, laporan dan maklumat berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan laporan oleh agensi-agensi kerajaan lain mengenai perkara-perkara berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

    Menjalankan pemeriksaan, penyiasatan dan memantau prestasi keselamatan dan kesihatan tempat kerja

    Memantau prestasi keselamatan dan kesihatan di peringkat jabatan/unit.

Unit Hal Ehwal Islam

1.0 PENGENALAN

Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) mula beroperasi di Hospital Banting pada  tahun 2008.  Sejarah UHEI pada awalnya ditempatkan bersama unit pendidikan kesihatan dan beberapa bulan selepas itu, unit ini ditempatkan dibawah pengurusan hospital dan diselia oleh Ketua Jabatan Kerja Soaial Perubatan. Fungsi dan peranan UHEI adalah sebagai satu mekanisme ke arah perkhidmatan keagamaan dari sudut rohani dan jasmani selaras dengan syariat Islam. UHEI juga berperanan untuk merancang dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti kesedaran, kerohanian dan penerapan nilai-nilai Islam peringkat Hospital. Unit ini diuruskan oleh seorang penolong pegawai hal ehwal islam gred S 32, jawatan kader post yang dihantar oleh JAKIM ke KKM dan ditempatkan di hospital sejak tahun 2008.

2.0 MISI DAN VISI

  • Visi:
    Berperanan sebagai unit yang memberi bimbingan berkaitan Hal Ehwal Islam ke arah melahirkan warga kerja dan pesakit yang berpengetahuan dan berpendidikan serta berakhlak mulia.
  • Misi:
    Memberi perkhidmatan pengurusan Hal Ehwal Islam yang cekap dan berkualiti kepada semua warga kerja dan pesakit.

3.0 OBJEKTIF

  • Meningkatkan kefahaman dan penghayatan nilai-nilai Islam dan integriti    kepada kakitangan, pesakit dan waris pesakit di hospital.
  • Menjadikan program Hospital Mesra Ibadah (HMI) sebagai satu perkhidmatan yang diiktiraf oleh pelanggan di hospital.
  • Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan khidmat nasihat kerohanian kepada kakitangan, pesakit dan waris pesakit.
  • Bertindak sebagai pemudahcara bagi isu berkaitan fiqh ibadah, fiqh perubatan dan hal ehwal Islam kepada pegawai dan pengamal perubatan, pesakit serta waris pesakit di hospital.
  • Mengintegrasikan rawatan fizikal, mental, psikologikal dan spiritual selaras dengan takrif kesihatan oleh World Health Organisation (WHO).

4.0 SKOP PERKHIDMATAN

BIL SKOP PERKHIDMATAN FUNGSI UTAMA
1 Tanggungjawab kepada hospital.
  • Mewujudkan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (JKHMI)
  • Menyelaras aktiviti dan fasiliti yang berkaitan Hospital Mesra Ibadah
  • Bertanggungjawab terhadap semua program dan aktiviti berkaitan Hal Ehwal Islam peringkat hospital
2 Perkhidmatan kepada kakitangan/ahli keluarga/waris. Latihan dan Pembangunan Insan kepada kakitangan:
  • Menyelaras program-program latihan serta melaksanakan program Penerapan Nilai-nilai Islam secara berhikmah, terancang dan berkualiti.
  • Rujukan serta khidmat nasihat kerohanian/kekeluargaan kepada kakitangan/ahli keluarga/waris.
  • Bertindak sebagai pemudahcara bagi isu-isu berkaitan figh ibadah, figh perubatan dan hal ehwal islam kepada anggota hospital, pesakit dan waris
3 Perkhidmatan kepada pesakit/ahli keluarga/waris Perkhidmatan berkaitan Hal Ehwal Islam kepada pesakit, ahli keluarga  dan waris:
  • Khidmat nasihat dan bimbingan kerohanian kepada pesakit, ahli keluarga dan waris
  • Ziarah dan bimbingan pengurusan ibadah pesakit
  • Mengawal selia pengurusan jenazah Islam sekiranya diperlukan
    • Berwaris
    • Tanpa waris
    • Saudara baru
    • Tidak dituntut
  • Menyediakan bahan-bahan penerbitan berunsur Islam

 

 

iconibadat Anjung Kasih 3iconsoalanlazim.png

icongalerisejarah3 icongalerivideo.png 

 

Hubungi Kami

 

 
Hospital Melaka
Jalan Mufti Haji Khalil
75400 Melaka
 
No. Telefon : 06-2892344
 
No. Fax : 06-2813240
qr code vcard hospital melaka

Statistik Pelawat

01425861
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
666
667
5226
23918
20841
1425861

Toggle Setting Menu