Pilihan Tema : 

Klinik Berhenti Merokok

KLINIK BERHENTI MEROKOK HOSPITAL MELAKA

Klinik Berhenti Merokok Hospital Melaka pula telah  ditubuhkan bermula pada Julai 2004 sebagai satu projek khas dalam mempertingkatkan skop perkhidmatan Unit Pendidikan Pesakit dengan  tujuan untuk memberi panduan, bimbingan dan sokongan kepada perokok-perokok yang ingin berhenti merokok.

OBJEKTIF KHUSUS KLINIK BERHENTI MEROKOK INI ADALAH :

  • Memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada perokok tentang bahaya dan kesan negatif merokok.
  • Menyediakan bimbingan dan kaunseling individu bagi membantu perokok membuat keputusan untuk berhenti merokok.
  • Memberi kemahiran kepada perokok untuk menghentikan tabiat merokok secara terancang dan mengekalkan status tidak merokok.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DI KLINIK INI IALAH :

  • Menyediakan kaunseling individu berhenti merokok.
  • Memberikan tips dan panduan berhenti merokok.
  • Memberi terapi gantian nikotin untuk perokok-perokok yang mempunyai ketagihan sederhana dan tinggi.
  • Pemeriksaan status kesihatan.

WAKTU OPERASI :

Hari : Selasa & Rabu

Masa : 2.30 petang - 5.00 petang

Tempat : Aras Bawah Blok B, Berhadapan dengan Klinik Dada, Hospital Melaka

Kepada semua warga Hospital Melaka dan orang ramai yang berhasrat untuk berhenti merokok dan mendapatkan panduan serta nasihat pakar, sila hubungi Unit Pendidikan Pesakit di talian 06-2892281 / 2280 atau Klinik Berhenti Merokok di talian 06-2892446.

Toggle Setting Menu