Pilihan Tema : 

  • Latest iCemas
  • PRIC BANNER HM GETAWAY 1
  • TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA
  • 3
  • Hsopital Kluster 2
  • melawat

Unit Pendidikan Pesakit

  • LATAR BELAKANG

    • Unit Pendidikan Pesakit memberikan perkhidmatan promosi kesihatan yang menumpukan kepada perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif. Unit ini bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan bantuan serta sokongan  bagi program dan aktiviti pendidikan kesihatan di hospital. Ia bertujuan untuk meningkatkan kualiti kesihatan pesakit, keluarga dan masyarakat melalui olahan sumber dan kaedah pendidikan kesihatan yang bersesuaian agar kumpulan sasar memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam aspek pencegahan penyakit.
  • VISI DAN MISI

           
       VISI  
      
    • Memberi perkhidmatan pendidikan pesakit dan promosi kesihatan yang cemerlang
       MISI  
    • Memberikan maklumat dan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan melalui aktiviti-aktiviti pendidikan pesakit yang menjurus ke arah perubahan tingkahlaku yang positif
  • OBJEKTIF 

    Menyedia perkhidmatan bantuan dan sokongan bagi program dan aktiviti pendidikan dan promosi kesihatan di hospital.
    Meningkatkan kualiti kehidupan pesakit, keluarga dan masyarakat melalui olahan sumber dan kaedah pendidikan yang bersesuaian.

  • SKOP PERKHIDMATAN

    • Melaksanakan Program Pendidikan Pesakit
    • Melaksanakan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok
    • Melaksanakan aktiviti Kempen Cara Hidup Sihat
    • Melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan promosi kesihatan
    • Melaksnakan program pengawalan obesiti (IFITER)
    • Menjalankan aktiviti pameran kesihatan
    • Menyediakan sumber pendidikan kesihatan
    • Menerbit dan mencetak bahan-bahan pendidikan kesihatan
  • PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

    • Melaksanakan perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok
    • Khidmat runding cara penerbitan bahan-bahan pendidikan kesihatan
    • Mencetak dan menyediakan sumber pendidikan kesihatan

Unit Kejuruteraan Operasi

  • LATAR BELAKANG

    • Unit Kejuruteraan Operasi diwujudkan pada tahun 2010 bagi mengambilalih fungsi syarikat juruperunding SIHAT. Penubuhan unit ini adalah bagi melaksanakan kawal seliaan khidmat sokongan hospital.
  • SKOP PERKHIDMATAN

    • Menilai Keberkesanan pelaksanaan secara menyeluruh penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) dalam mematuhi perjanjian konsesi/kontrak bagi kelima-lima perkhidmatan seperti perkhidmatan penyelenggaraan kejuruteraan fasiliti (FEMS), perkhidmatan penyelenggaraan kejuruteraan biomedikal (BEMS), perkhidmatan pengurusan sisa klinikal (CWMS), perkhidmatan pembersihan (CLS) dan perkhidmatan linen dan pendobian (LLS). 
    • Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sistem, pepasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal dan biomedikal/elektronik.
    • Penyediaan laporan ‘Beyond Economic Repair 2’ (BER2) dan ‘sijil perakuan pelupusan’ (PEP) bagi peralatan jentera/mekanikal, elektrik dan biomedical temasuk menyemak laporan Beyond Economic Repair 1(BER1) yang disediakan oleh syarikat konsesi. 
    • Memastikan operasi rangkaian teknologi maklumat (CMIS) dan program jaminan mutu (QAP) bagi PSH dikemaskini serta berkesan. 
    • Menyemak prestasi, laporan teknikal, laporan kejadian dan aduan bagi PSH termasuk membuat penilaian prestasi dengan melaksanakan pemotongan yuran terhadap syarikat konsesi setiap bulan.
    • Pemantauan kerja penyelenggaraan bangunan, sistem, pepasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal semasa tempoh tanggungan kecacatan (DLP) bagi hospital/fasiliti baru.
    • Menyelaras maklumat berkaitan pembayaran set tambahan di hospital. 
    • Menyemak Hospital Specific Implementation Plan(HSIP) setiap tahun bagi kesemua PSH. 
    • Memberi khidmat nasihat teknikal dan profesional kepada pengarah hospital, timbalan-timbalan pengarah hospital dan semua pengguna yang memerlukan. 
    • Menyediakan spesifikasi kerja, lakaran lukisan pembinaan, lawatan tapak serta dokumen yang berkaitan. 
    • Pemantauan projek-projek pembangunan dan kerja-kerja pengujian dan pentauliahan.

iconibadat Anjung Kasih 3iconsoalanlazim.png

icongalerisejarah3 icongalerivideo.png 

 

Hubungi Kami

 

 
Hospital Melaka
Jalan Mufti Haji Khalil
75400 Melaka
 
No. Telefon : 06-2892344
 
No. Fax : 06-2813240
qr code vcard hospital melaka

Statistik Pelawat

01425973
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
778
667
5338
24030
20841
1425973

Toggle Setting Menu