PROGRAM BAYI MERDEKA HOSPITAL MELAKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TAHUN 2023
Program ini telah diserikan dengan kehadiran YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Seramai 9 orang bayi telah dilahirkan di Hospital Melaka bermula tengah malam sehingga pukul 9.00 pagi, 31 Ogos 2023.
YAB Ketua Menteri Melaka juga turut meraikan kakitangan Hospital Melaka yang lahir pada 31 Ogos. Turut hadir memeriahkan program adalah YB Tuan Ngwe Hee Sem (EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka), YB Puan Siti Faizah binti Datuk Abd Aziz (Timbalan EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan). Dr Shahrum bin Muzakir@Lokman Arshad (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) JKNM) dan Pengurusan Tertinggi Hospital Melaka.
SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2023
MALAYSIA MADANI, TEKAD PERPADUAN PENUHI HARAPAN.