Pilihan Tema : 

  • Latest iCemas
  • PRIC BANNER HM GETAWAY 1
  • TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA
  • 3
  • Hsopital Kluster 2
  • melawat

Jabatan Perubatan Transfusi

  • Jabatan Perubatan Transfusi berperanan sebagai pusat pungutan dan pemprosesan darah bagi Negeri Melaka serta pusat saringan darah untuk Hospital Melaka, Hospital Muar dan Hospital Segamat. Sebagai Perkhidmatan Perubatan Transfusi negeri, Jabatan ini bertanggungjawab untuk memastikan bekalan darah dan komponen darah mencukupi bagi menampung keperluan semua hospital termasuk hospital swasta di Negeri Melaka. Selain itu, Jabatan ini juga berfungsi sebagai pusat rujukan bagi kes-kes transfusi klinikal dan immunohematologi.
     
     
    kemaskini pada 12 November 2025
  • VISI

    Menyediakan perkhidmatan transfusi yang efisyen, efektif dan berterusan bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan masyarakat, pesakit dan penderma darah melalui amalan perubatan transfusi yang terkini. 


    MISI

    Jabatan ini komited untuk menyediakan perkhidmatan transfusi yang selamat dan berkualiti melalui sumber manusia yang terlatih dan berpengetahuan, pelaksanaan sistem kualiti dan amalan pengilangan yang baik dengan komitmen yang tinggi, kerjasama berpasukan dan profesionalisma. 

     

    kemaskini pada 12 November 2025

     

  • Memberi pendidikan kepada penderma darah dan orang awam.

    Menyediakan dan memastikan pelaksanaan prosedur yang betul dalam perkhidmatan transfusi darah. 

    Menyediakan bekalan darah dan produk darah yang selamat dan mencukupi.

    Mempromosikan penggunaan darah dan komponen darah secara rasional dan efisyen.

    Memastikan amalan transfusi yang selamat demi keselamatan pesakit. 

    kemaskini pada 12 November 2025

  •  1. Unit Perolehan Darah Melaksanakan dan menguruskan aktiviti berkaitan kutipan darah dan komponen darah serta penjagaan penderma darah (donor care).
     2. Unit Haemovigilan Memantau, mengumpul dan menguruskan laporan dan siasatan insiden berkaitan penderma darah dan pesakit.
     3. Unit Transfusi Mikrobiologi Menjalankan dan menguruskan ujian saringan penderma darah.
    4. Unit Immunohematologi dan       Transfusi Klinikal Melaksanakan ujian immunohematologi, ujian pra-ransfusi serta membekalkan darah dan komponen darah yang bersesuaian kepada pesakit.
    5. Unit Komponen dan Inventori Melakukan pemprosesan, penyimpanan dan pembekalan darah dan komponen darah.
    6. Unit Kualiti Merancang dan memantau aktiviti kualiti di Jabatan.
    7. Unit Pengurusan Menguruskan perihal kewangan, perolehan, sumber manusia, dan pengurusan am yang berkaitan.

     

     

    kemaskini pada 12 November 2025

    1. Memastikan bekalan darah adalah mencukupi pada setiap masa dengan melakukan pungutan darah dari penderma darah sukarela (statik dan program pendermaan darah bergerak).
    2. Memproses dan membekalkan darah dan komponen darah kepada semua hospital termasuk hospital swasta di seluruh negeri Melaka untuk keperluan pesakit.
    3. Membekalkan fresh frozen plasma (FFP) bagi menyokong program fraksinasi kebangsaan.
    4. Melaksanakan ujian saringan sifilis bagi semua darah yang didermakan di Hospital Melaka, Hospital Muar dan Hospital Segamat.
    5. Menguruskan penghantaran sampel penderma darah dari Hospital Melaka, Hospital Muar dan Hospital Segamat bagi ujian saringan serologi HIV, HBV & HCV serta ujian nucleic acid testing (NAT) ke Pusat Darah Negara.
    6. Melaksanakan ujian kumpulan darah untuk semua pendermaan dari Hospital Melaka.
    7. Melaksanakan ujian pra-transfusi dan membekalkan darah dan komponen darah kepada pesakit dalam dan luar yang memerlukan transfusi elektif dan kecemasan.
    8. Melaksanakan ujian immunohematologi dan siasatan reaksi transfusi.
    9. Menerima dan melaksanakan ujian lanjutan bagi kes-kes rujukan immunohematologi dari semua hospital di negeri Melaka serta membekalkan darah yang bersesuaian.
     
     
    kemaskini pada 12 November 2025
  • 1. Perkhidmatan/ujian dalaman (In-house service/ test)

    a. Pendermaan darah (darah utuh & aferesis)
    b. Ujian ABO & Rh D grouping
    c. Ujian saringan sifilis untuk penderma darah
    d. Ujian pra-transfusi (GSH & GXM)
    e. Ujian Direct and Indirect Coombs (Antiglobulin) Test (DAT & IAT)
    f. Ujian antibody identification
    g. Ujian red cell antibody titer (Anti D, anti-c)
    h. Ujian red cell phenotyping
    i. Ujian isohaemagglutinin (anti-A, anti-B) titer
    j. Ujian cold agglutinin titer
    k. Ujian Donath-Landsteiner
    l. Penyiasatan semua jenis reaksi transfusi darah (adverse transfusion reactions)
    m. Penyiasatan ABO discrepancy
    n. Pemprosesan dan pembekalan darah
    • Whole blood
    • Packed cells
    • Random dan apheresis platelet
    • Fresh frozen plasma
    • Cryoprecipitate
    • Cryosupernatant
    • Leukodepleted red cells
    • Washed red cells

    2. Perkhidmatan/ujian luaran (Outsource service/ test)

    a. Ujian serologi HIV, HBV, HCV dan ujian nucleic acid testing (NAT) untuk penderma darah
    b. Penyiasatan Transfusion Related Acute Lung Injury (TRALI) – HLA antibody/HLA typing
    c. RBC genotyping
    d. Extended antibody identification
    e. Blood group confirmation
    f. Platelet immunology
    g. Pemprosesan dan pembekalan darah
    • Irradiated red cells dan platelet.
    • Darah ganjil (rare blood)
    • Crossmatched platelet
    • Pathogen inactivation

     

    kemaskini pada 12 November 2025

    1. Pensijilan Good Manufacturing Practice daripada National Pharmaceutical Regulatory Agency.
    2. Pensijilan Good Manufacturing Practice daripada Commonwealth Serum Laboratory Australia.
    3. Pensijilan ISO 15189 (Medical Laboratories) daripada Jabatan Standard Malaysia.
    4. Pensijilan ISO 9001 (Sistem Pengurusan Kualiti) daripada Jabatan Standard Malaysia.
    5. Pensijilan MSQH daripada Jabatan Standard Malaysia

     

    kemaskini pada 12 November 2025

Transaksi Online

BILANGAN TRANSAKSI PERKHIDMATAN APLIKASI ONLINE HOSPITAL MELAKA BAGI TAHUN 2018

BIL APLIKASI ONLINE JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEP OKT NOV DIS
1 Portal Hospital Melaka 21127 18772 16630 22707 16761 23694            
2 mySMS 1109 1093 1110 1139 1012 927            
3 SPIKPA 51 32 44 44 41 47            
4 Telekonsultasi 0 0 0 0 0              

BILANGAN TRANSAKSI PERKHIDMATAN APLIKASI ONLINE HOSPITAL MELAKA BAGI TAHUN 2017

BIL APLIKASI ONLINE JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEP OKT NOV DIS
1 Portal Hospital Melaka 16228 17074 69759 35655 40746 27386 28880 23555 29208 23245 25345 27181
2 mySMS 1172 1056 1353 1114 1221 1591 1011 1277 1059 1531 1475 958
3 SPIKPA 66 49 60 40 67 49 46 57 51 55 53 66
4 Telekonsultasi 3 4 5 0 0 0 0 0 0 0 0 0

BILANGAN TRANSAKSI PERKHIDMATAN APLIKASI ONLINE HOSPITAL MELAKA BAGI TAHUN 2016

BIL APLIKASI ONLINE JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEP OKT NOV DIS
1 Portal Hospital Melaka 1375818 560272 17996 15112 16825 15485 17424 18478 18148 22282 1245 6313
2 mySMS 945 772 1015 854 937 1258 931 947 1082 976 2602 1095
3 SPIKPA 105 87 65 63 70 61 65 53 45 66 62 70
4 Telekonsultasi 0 0 0 0 0 0 0 0 0 20 10 0

iconibadat Anjung Kasih 3iconsoalanlazim.png

icongalerisejarah3 icongalerivideo.png 

 

Hubungi Kami

 

 
Hospital Melaka
Jalan Mufti Haji Khalil
75400 Melaka
 
No. Telefon : 06-2892344
 
No. Fax : 06-2813240
qr code vcard hospital melaka

Statistik Pelawat

01392790
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
130
438
4364
11688
18930
1392790

Toggle Setting Menu