test
test artice
test artice
LATAR BELAKANG
Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital Melaka terdiri daripada pelbagai kategori profesional meliputi 3 unit iaitu Unit Perubatan Rehabilitasi, Unit Fisioterapi dan Unit Terapi Cara Kerja. Jabatan telah beroperasi di Hospital Melaka bermula 2013.
Perkhidmatan jabatan berfokus kepada membantu pelanggan dengan ketidakupayaan fizikal menjalani proses pemulihan yang optimum dan munasabah berdasarkan situasi perubatan, fizikal, emosi dan mental serta faktor sokongan semasa.
VISI
Jabatan Perubatan Rehabilitasi sebagai pusat rawatan rehabilitasi terunggul di Negeri Melaka selari dengan visi Hospital Melaka dan Kementerian Kesihatan Malaysia
MISI
Memberi perkhidmatan rehabilitasi yang holistik, komprehensif dan optimum selaras dengan perkembangan ilmu perubatan serta penggunaan teknologi yang berpatutan agar dapat memenuhi keperluan pelanggan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
OBJEKTIF
Membantu pelanggan menjalani proses pemulihan yang optimum dan munasabah bagi meningkatkan tahap kefungsian dan keberdikarian, menambahbaik kualiti kehidupan serta memperkasakan penjagaan kesihatan.
SUB UNIT DI BAWAH JABATAN
Jabatan mempunyai 3 utama iaitu;
a. Unit Perubatan Rehabilitasi
b. Unit Fisioterapi
c. Unit Terapi Cara Kerja
AKREDITASI
Pencapaian akreditasi Jabatan Perubatan Rehabilitasi adalah selari dengan program Akreditasi MSQH Edisi 6 dan MS ISO 9001:2015 Hospital Melaka.
kemaskini pada 1 Februari 2026
Capaian Pantas |
Lokasi Kami |
Polisi |
Pencapaian
|