Pilihan Tema : 

  • Latest iCemas
  • PRIC BANNER HM GETAWAY 1
  • TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA
  • 3
  • Hsopital Kluster 2
  • melawat

Unit Perkembangan Profesion Pakar dan Pegawai Perubatan

  • Unit Perkembangan Profesion Pakar dan Pegawai Perubatan Hospital Melaka telah ditubuhkan pada 7 April 2025. Penubuhan ini adalah selaras dengan Garis Panduan Struktur Tadbir Urus Hospital KKM yang diedarkan bersama Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan pada 26 Januari 2025. Unit ini telah ditempatkan di Tingkat 1, Blok Pentadbiran Hospital Melaka. Unit ini diketuai oleh (1) Pegawai Perubatan UD 14 dan dibantu oleh (2) Pegawai Perubatan UD 13, (1) Jururawat Terlatih U5 serta (1) Pembantu Tadbir N1.
     
     
     
    kemaskini pada 31 Mac 2026
  • VISI

    Menjadi peneraju dalam pembangunan profesionalisme pakar dan pegawai perubatan yang unggul, dinamik dan beretika kearah kecemerlangan perkhidmatan kesihatan di Hospital Melaka.


    MISI

    Misi kami adalah untuk meningkatkan kompetensi klinikal, profesionalisme dan kepimpinan dalam kalangan anggota perubatan serta mewujudkan budaya pembelajaran sepanjang hayat bagi memperkukuh kualiti perkhidmatan kesihatan.

     

    kemaskini pada 31 Mac 2026

  • Menyokong pembangunan kepimpinan klinikal dan kemajuan kerjaya professional perubatan.
    Menyediakan landasan untuk memastikan pegawai perubatan mempunyai kelayakan dan kecekapan terkini dalam melaksanakan prosedur melalui proses privileging yang berstruktur.
    Menggalakkan budaya pembelajaran berterusan dalam kalangan pegawai perubatan melalui penglibatan aktif dalam program CME dan latihan kemahiran kritikal.

     

    kemaskini pada 31 Mac 2026

  • Unit Perkembangan Profesion Pakar dan Pegawai Perubatan bertanggungjawab dalam penyelarasan, pemantauan dan bertindak sebagai urusetia untuk inisiatif serta program-program seperti dibawah:
    1. Clinical Practice Guidelines (CPG)
    2. Continuing Medical Education (CME)
    3. Credentialing dan Privileging (C&P)
    4. Jawatankuasa Resusitasi
    5. Pengurusan Pakar dan Pegawai Perubatan
    6. Pengurusan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS)
    7. MPIS (Pewartaan Pakar Perubatan dan PPS)
    8. Profesion Perubatan

     

    kemaskini pada 31 Mac 2026

Unit Dasar Perubatan dan Perancangan Perkhidmatan Klinikal

  • Unit Dasar Perubatan Dan Perancangan Perkhidmatan Klinikal (Dasar) ditubuhkan pada 7 April 2025 selaras dengan perubahan tadbir urus Hospital Melaka berdasarkan Garis Panduan Struktur Organisasi Dan Tadbir Urus Klinikal (Clinical Governance) Bagi Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia dikeluarkan bersama Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bilangan 5/ 2025 bertarikh 21 Januari 2025.
     
     
     
    kemaskini pada 16 Mac 2026
     
  • VISI

    Untuk menjadikan Hospital Melaka Pusat Kecemerlangan Serantau yang berupaya memberi rawatan yang prihatin, cekap dan berkesan menerusi budaya kerja berpasukan, profesional dan penyayang serta menggunakan teknologi maklumat terkini.


    MISI

    Untuk menyediakan rawatan kepakaran yang berkualiti kepada masyarakat melalui semangat berpasukan, profesional dan penyayang. Perkhidmatan ini hendaklah memberi tumpuan kepada pesakit, saksama dan mudah diperolehi oleh semua dengan menggunakan teknologi yang bersesuaian serta personel yang terlatih.

     

     

    kemaskini pada 16 Mac 2026

  • Melaksana dasar, perkembangan fasiliti dan perkhidmatan sedia ada serta baharu.

    Merancang perkara berkaitan pembiayaan perubatan termasuk Casemix dan program
    penyumberluaran ke fasiliti swasta.

     

    kemaskini pada 16 Mac 2026

  • Unit Dasar bertanggungjawab dalam penyelarasan, pemantauan dan bertindak sebagai urusetia untuk inisiatif serta program-program seperti dibawah:
     
    DASAR & POLISI 
    1. Memastikan pelaksanaan dasar dan polisi perubatan bagi pengukuhan dasar dan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang holistik.
    2. Mengurus setia bengkel polisi dan halatuju di peringkat hospital dan kluster. 
     KLUSTER
    1. Menyelaras dan mengurus perkhidmatan Hospital Kluster Melaka
    2. Membantu menyelaras dan mengurus perkhidmatan Kluster Kesihatan Bersepadu Negeri Melaka bersama JKNM.
     PERKHIDMATAN BARU
    1. Menyelaras dan mengurus perkhidmatan baru yang diarahkan pihak KKM termasuk aspek pengurusan perubahan (change management).
    PEMBIAYAAN PERUBATAN
    1. Menghadiri mesyuarat perancangan dan tatacara kewangan perkara berkaitan pembiayaan perubatan di peringkat hospital, negeri dan KKM
    2. Mengurus setia mesyuarat teknikal dan perancangan perkara berkaitan pembiayaan perubatan di peringkat hospital bersama Unit Kewangan Hospital.
    3. Menyediakan, mengumpulkan, menganalisa dan mengunci masuk data kewangan keseluruhan hospital serta menganalisa data kewangan hospital mengikut tahun yang telah ditetapkan oleh IPKKM (Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia) dengan kerjasama Unit Kewangan.
    PERANCANGAN PERKHIDMATAN KLINIKAL
    1. Menyelaras dan mengurus aspek perancangan perkhidmatan klinikal bagi pembangunan infrastruktur dan fasiliti kesihatan yang kondusif.
    2. Menyelaras projek pembangunan fasiliti hospital bersama jawatankuasa peringkat pengurusan hospital.
    PENDIGITALAN KESIHATAN
    1. Mengurus dan menyelaras inisiatif ke arah pemantapan pendigitalan kesihatan berkualiti
    PENGLIBATAN DAN KEURUSSETIAAN JAWATANKUASA DI PERINGKAT HOSPITAL
    1. Jawatankuasa Pendigitalan
    2. Jawatankuasa IT
    3. Jawatankuasa Dewan Bedah
    4. Jawatankuasa Rawatan Harian
    5. Mesyuarat Penswastaan
    6. Mesyuarat Jawatankuasa Validasi
    7. Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan
    8. Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan
    9. Mesyuarat Jawatankuasa Latihan
    10. Mesyuarat Cluster Medical and Dental Advisory Committee (CMDAC)
    11. Mesyuarat Pemandu Halatuju Akreditasi
    12. Mesyuarat Jawatankuasa ISO
    SENARAI SEMAK ORIENTASI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
    1. Dasar Keselamatan dan Kesihatan KKM & Hospital Melaka
    2. Prosedur Kerja Selamat (SOP)
    3. Kod Bencana Dalaman Hospital
    4. Pelan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Plan – ERP)
      1. Pelan lantai bangunan/ pelan pengungsian kecemasan
      2. Alat Pemadam Api
      3. Gelang hos pemadam api
      4. Tanda arah KELUAR
      5. Pintu rintangan api sentiasa ditutup
      6. Laluan dan tangga kecemasan
      7. Tempat berkumpul
    5. Pertolongan Cemas ‘First Aid’ / CPR/ FRLS
    6. Prosedur pelaporan kemalangan, kejadian berbahaya, penyakit pekerjaan, keracunan pekerjaan dan aduan keselamatan dan Kesihatan
    7. Alat pelindung diri (PPE) yang sesuai untuk setiap tugasan.
    8. Keselamatan elektrik
    9. Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan yang digunakan di tempat kerja
    10. Program Health/ Medical Surveillance yang dijalankan:
      1. Program saringan Kesihatan NHSI/ KOSPEN
      2. Imunisasi Influenzae/Hepatitis
    11. Ergonomik
    12. Pelupusan Sisa Klinikal

     

     

    kemaskini pada 16 Mac 2026

iconibadat Anjung Kasih 3iconsoalanlazim.png

icongalerisejarah3 icongalerivideo.png 

 

Hubungi Kami

 

 
Hospital Melaka
Jalan Mufti Haji Khalil
75400 Melaka
 
No. Telefon : 06-2892344
 
No. Fax : 06-2813240
qr code vcard hospital melaka

Statistik Pelawat

01425852
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
657
667
5217
23909
20841
1425852

Toggle Setting Menu