Unit perkhidmatan bahan sterile Hospital Melaka telah beroperasi pada tahun 1975. Pada awal kewujudan unit ini telah memulakan operasi di bangunan lama Hospital Melaka. Ia dikenali dengan nama Unit Otoklef pada awalnya, kemudian bertukar nama kepada Unit Sucihama Hospital Melaka dan seterusnya pada tahun 1999 bertukar nama lagi kepada Unit Bekalan Sterile.
Pada tahun 1999, kesemua unit ini telah dipindahkan ke bangunan baru Hospital Melaka dan pada tahun 2010 unit ini sekali lagi bertukar nama kepada Unit Perkhidmatan Bahan Sterile dan ianya telah diseragamkan ke seluruh Negara Malaysia.
kemaskini pada 1 April 2026