Pilihan Tema : 

  • Latest iCemas
  • PRIC BANNER HM GETAWAY 1
  • TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA
  • 3
  • Hsopital Kluster 2
  • melawat

Jabatan Pembedahan

  • Jabatan Pembedahan Hospital Melaka merupakan salah satu jabatan yang penting dan besar di Hospital Melaka. Jabatan Pembedahan Am telah diwujudkan sejak tertubuhnya Hospital Melaka pada 12hb Februari 1934 dan beroperasi serta berkembang pesat. Selepas pandemic Covid, jabatan ini mendapat penambahan perkhidmatan lima subkepakaran, iaitu pembedahan hepatobiliari, kolorektal, payudara dan endokrin, pembedahan kanak-kanak, dan pembedahan saraf. Kemajuan dalam bidang pembedahan merangkumi pembedahan secara minimally invasive atau laparoskopi untuk kebanyakan kes pembedahan minor, major dan kompleks.
     
    Untuk perkhidmatan bidang subkepakaran yang tidak disediakan oleh jabatan ini, pesakit dirujuk ke hospital tertiari yang mempunyai subkepakaran tersebut seperti kes upper GI, vascular, thoracic dan urologi. Perkhidmatan subkepakaran urologi juga dijalankan secara lawatan pakar berjadual setiap bulan.
     
    Rawatan dan pembedahan yang diberi melingkungi kes-kes elektif dan kecemasan. Kes yang dirujuk kepada Jabatan Pembedahan termasuk kes barah dan kes bukan barah. Rawatan yang diberi termasuk mengoptimalkan kesihatan pesakit sebelum pembedahan dan penjagaan susulan selepas pembedahan.
     
    Konsep Hospital Kluster Melaka membantu mengurangkan beban kerja di Hospital Melaka. Kes yang kurang rumit dihantar ke Hospital Non-lead untuk menjalankan pembedahan termasuk kes payudara, endokrin,kolorektal dan pembedahan kanak kanak; manakala kes pembedahan yang kompleks dibedah di Hospital Melaka.
     
     
     
    kemaskini pada 22 Februari 2026
  • VISI

    Mewujudkan perkhidmatan yang unggul berteraskan budaya kerja berpasukan, penggunaan teknologi terkini yang bersesuaian dan pelbagai tenaga pakar yang berkemahiran tinggi.


    MISI

    Kami dari Jabatan Pembedahan komited menentukan bahawa setiap anggota hendaklah sentiasa memberi perkhidmatan secara profesional dan mengekalkan taraf kecemerlangan prestasi. 

  • Mengutamakan pelanggan serta menggunakan tenaga secara optima untuk menghasilkan kualiti kerja yang bermotivasi, profesional, inovatif dan terlatih selaras dengan polisi Jabatan Pembedahan.

    Memastikan setiap pelanggan mendapat rawatan berkualiti dan untuk membolehkan organisasi dijadualkan mengikut cara temujanji dengan itu dapat mengurangkan masa menunggu. 

  •  Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar 
    Klinik-Klinik Pakar
    1.  Klinik Pakar Pembedahan Am (SOPD)
    2. Klinik Pakar Hepatobiliari (SOPD)
    3. Klinik Pakar Kolorektal (SOPD)
    4. Klinik Payudara (KPD)
    5. Klinik PRC (Pink Ribbon Clinic, KPD)
    6. Klinik Pakar Pembedahan Saraf (Neurosurgeri Clinic, SOPD)
    7. Klinik Pakar Pembedahan Kanak-kanak (Paediatrik Surgeri Clinic, SOPD)
    8. Klinik Pakar Lawatan Pakar Urologi Hospital Kuala Lumpur (SOPD)
    9. Klinik Pakar Onkologi & Lawatan Pakar Onkologi Institut Kanser Negara (Lokasi: Hospital Alor Gajah dan KPD)
    Pusat Rawatan Harian
    1. Pembedahan Elektif (cystoscopy dan kes LA)
    2. Rawatan & Prosedur Pesakit Luar
    3. Rawatan Chemotherapy Pesakit Luar
    4. ERCP & Endoskopi Pesakit Luar
     Perkhidmatan Rawatan Pesakit Dalam
     
    1.  Rawatan Kes Akut Surgikal Elektif & Kecemasan
    2. Rawatan Diagnostic
    3. Rawatan ERCP pesakit dalam
    4. Rawatan chemotheraphy pesakit dalam
    5. Perkhidmatan Pembedahan Elektif & Kecemasan Pakar Pembedahan Am
    6. Perkhidmatan Pembedahan Elektif & Kecemasan Kolorektal
    7. Perkhidmatan Pembedahan Elektif & Kecemasan Hepatobiliari
    8. Perkhidmatan Pembedahan Elektif & Kecemasan Payudara dan Endokrin
    9. Perkhidmatan Pembedahan Elektif & Kecemasan Pembedahan Saraf
    10. Perkhidmatan Pembedahan Elektif & Kecemasan Pembedahan kanak-kanak
    11. Perkhidmatan Pembedahan Elektif & Kecemasan Urologi (Lawatan bulanan)
      Perkhidmatan Hospital Kluster
    Hospital Jasin
    1. Klinik Pakar Pembedahan Am Pesakit Luar (SOPD) Hospital Jasin
    2. Pembedahan Elektif dan Kecemasan
    3. Pembedahan minor Rawatan Harian
    4. Pembedahan Kes subkepakaran Payudara dan Kolorektal
    5. Endoskopi pesakit dalam dan pesakit luar
    6. Wad Multidisiplin
    Hospital Alor Gajah
    1.  Klinik Pakar Pembedahan kanak-kanak
    2. Perkhidmatan Pembedahan Elektif Pembedahan kanak-kanak
    3. Klinik Pakar Onkologi & Lawatan Pakar Onkologi dari Institut Kanser Negara

     

     

     kemaskini pada 22 Februari 2026

iconibadat Anjung Kasih 3iconsoalanlazim.png

icongalerisejarah3 icongalerivideo.png 

 

Hubungi Kami

 

 
Hospital Melaka
Jalan Mufti Haji Khalil
75400 Melaka
 
No. Telefon : 06-2892344
 
No. Fax : 06-2813240
qr code vcard hospital melaka

Statistik Pelawat

01433777
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
317
1172
2340
7704
24130
1433777

Toggle Setting Menu