Pilihan Tema : 

  • Latest iCemas
  • PRIC BANNER HM GETAWAY 1
  • TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA
  • 3
  • Hsopital Kluster 2
  • melawat

Jabatan Ortopedik

  • LATAR BELAKANG

    • Diketuai oleh Datuk Dr Sivapathasundaram. Dengan kekuatan 12 Pakar Ortopedik, 2 Pakar Perubatan Sukan dan 40 Pegawai Perubatan.
    • Mempunyai 4 wad utama (3 lelaki, 1 perempuan) di Blok D, 1 Wad Kanak-Kanak 1-2, 1 Wad Perempuan Dewasa B3.

     

  • VISI DAN MISI

           
     VISI  
     
    • Kerja berpasukan menuju ke arah kepuasan pelanggan melalui khidmat cemerlang.
     MISI  
     
    • Menyediakan perkhidmatan kepakaran dan perawatan Ortopedik yang berkualiti untuk pesakit-pesakit kami melalui kerja berpasukan, berkeprihatinan dan profesionalisma.
    • Menyediakan perkhidmatan yang baik dengan layanan yang adil dan mudah diperolehi oleh semua golongan dengan menggunakan teknologi-teknologi dan kakitangan yang terlatih
  • OBJEKTIF 

    Menyediakan perkhidmatan kepakaran Ortopedik yang berkualiti dan menjadi fokus oleh pesakit-pesakit kami.

    Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan trauma yang berkesan sepanjang 24 jam, perkhidmatan penjagaan dalam wad dan perkhidmatan Pusat Pembedahan Harian yang berkualiti.

    Menentukan semua staf dalam elemen Ortopedik mendapat latihan dan pembelajaran perubatan yang berterusan.

    Mempromosikan penyelidikan dan ‘Medical Audit’ untuk mengekalkan perawatan Ortopedik yang berkualiti dan memenuhi kepuasan pelanggan.

  • SUB UNIT DI BAWAH JABATAN

    • General Ortopedik
    • Arthroplasty
    • Spine
    • Sports Medicine
  • SKOP PERKHIDMATAN

    • Operation Theatre (OT)
      • Trauma OT - setiap hari
      • Elektif OT - setiap Khamis
      • Daycare OT
        • Setiap Isnin, Selasa, Jumaat di Hospital Jasin
        • Setiap Isnin di Hospital Alor Gajah
      • Emergency OT - setiap hari 24 jam
    • Klinik Pakar Ortopedik
    • Fracture Liaison Service

Jabatan Anestesiologi

  • Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Melaka atau lebih dikenali umum sebagai Jabatan Bius merupakan jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan perkhidmatan anestesia (pembiusan) yang selamat dan penjagaan intensif kepada pesakit dalaman bagi setiap jabatan klinikal di Hospital Melaka. Jabatan ini juga turut bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, paling profesional, berkualiti, adil dan saksama tanpa mengira pangkat dan keturunan kepada pesakit yang memerlukan. Ia juga merangkumi aspek keselesaan paling maksimum kepada pesakit sebelum, semasa dan selepas pembedahan atau semasa pesakit menerima rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi “Intensive Care Unit” (ICU Mawar dan ICU Orkid).
     
     
     
     
    kemaskini pada 6 Februari 2026
  • VISI

    Perkhidmatan yang Cekap, Amanah, Prihatin


    MISI

    Menjalankan perkhidmatan paling profesional dan berkualiti, adil, dan saksama tanpa mengira darjat bagi memberi keselesaan maksimum kepada pesakit sebelum, selepas, atau semasa pembedahan atau di Unit Rawatan Rapi

     

    kemaskini pada 6 Februari 2026

  • Menyediakan perkhidmatan perioperative yang selamat dan efektif kepada pesakit.
     
    Menyediakan perkhidmatan rawatan rapi yang berkualiti bagi pesakit-pesakit kritikal.
     
    Menyediakan perkhidmatan Rawatan Kesakitan (Pain Management Team) yang selamat dan berkesan ke atas pesakit.
     
    Sentiasa mengadakan sesi latihan dan pembelajaran berkala bagi kakitangan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
     
    Menyediakan perkhidmatan klinikal secara menyeluruh melibatkan pelbagai disiplin dan mesra pelanggan.
     

     

     

    kemaskini pada 6 Februari 2026

    • Klinik Rawatan Kesakitan
    • Klinik Anestesiologi
    • Unit Rawatan Rapi
    • Acute Pain Service (APS)

     

     

     

     

    kemaskini pada 6 Februari 2026

    • Memberi pembiusan kepada pesakit dari setiap disiplin di hospital yang memerlukan pembedahan samada pembedahan elektif (pilihan) atau kecemasan.
    • Menyediakan perkhidmatan anestesia (pembiusan) kecemasan dalam tempoh 24 jam.
    • Menawarkan perkhidmatan sakit akut (APS) kepada pesakit-pesakit yang memerlukan selepas pembedahan. dimana masa perkhidmatan dilanjutkan bermula jam 7.00 pagi – 9.00 malam.
    • Memberi khidmat rawatan rapi (24 jam) kepada pesakit.
    • Mengadakan perkhidmatan Klinik Anestesia
    • Memberi khidmat ‘Obstetrics Epidural‘untuk pesakit yang menghadapi proses kelahiran (bersalin).
    • Menyediakan perkhidmatan Klinik Sakit Kronik (Pain Clinic)
    • Perlaksanaan perkhidmatan “Paediatric Anaesthesia”
     
     
     
     
    kemaskini pada 6 Februari 2026
  •  PERKHIDMATAN ANESTESIA DEWAN BEDAH Perkhidmatan anestesia untuk pembedahan elektif dan kecemasan bagi semua jenis pembedahan.
     PERKHIDMATAN ANESTESIA DI LUAR DEWAN BEDAH Perkhidmatan anestesia untuk pelbagai prosedur luar dewan bedah seperti CT scan, MRI, endoskopi dan lain-lain.
     KLINIK ANESTESIA Klinik Anestesia untuk menyaring dan menguruskan pesakit yang bakal melalui pembedahan elektif atau prosedur tertentu.
    KLINIK PENGURUSAN KESAKITAN KRONIK Klinik Pengurusan Kesakitan Kronik untuk mengurus dan merawat pesakit yang mempunyai kesakitan kronik.
    PENGURUSAN KESAKITAN AKUT 

    Khidmat pengurusan kesakitan akut boleh didapati 24 jam sehari serta diuruskan oleh pakar dan doktor Anestesiologi. Kunjungan wad dilakukan dua kali sehari oleh pasukan pegawai perubatan dan jururawat.

    • Perkhidmatan pengurusan kesakitan akut menguruskan pesakit yang baru menjalani pembedahan elektif dan emergency
    • Perkhidmatan pengurusan kesakitan bagi kes bukan pembedahan yang dirujuk, contohnya kes trauma dan medical
    • Perkhimatan pengurusan sakit kanser bagi pesakit kanser yang belum dirujuk kepada unit onkologi atau paliatif.
    UNIT RAWATAN KRITIKAL
    • Mengurus dan merawat pesakit kritikal di Unit Rawatan Kritikal Am.
    • Membantu mengurus pesakit kritikal di unit rawatan rapi lain seperti di Unit Rawatan Jantung, dan Wad Rawatan Pemerhatian Tinggi.
    • Membantu menguruskan pesakit kritikal yang dirawat di wad sementara menunggu kemasukan ke Unit Rawatan Kritikal Am dan pesakit kritikal yang tak memenuhi kriteria kemasukan.
    • Mengurus dan merawat pesakit selepas pembedahan yang berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi daripada anestesia dan pembedahan (Post Anestesia Care Unit)
     PERKHIDMATAN ANALGESIA OBSTETRIK
    •  Perkhidmatan pengurusan kesakitan semasa bersalin seperti epidural ditawarkan di waktu bekerja
    • Kunjungan wad dilakukan dua kali sehari oleh pasukan pegawai perubatan dan jururawat.

     

     

     

     

    kemaskini pada 6 Februari 2026

  • Jabatan Anestesiology juga terlibat dengan program MSQH Akreditasi hospital. Ia melibatkan skop yang luas termasuk pengurusan dan carta organisasi jabatan, keperluan sumber manusia, fasiliti dan peralatan. Jabatan akan sentiasa memastikan semua urusan yang berkaitan adalah dikekalkan, menepati dan seiring dengan kehendak dan keperluan program MSQH Akreditasi hospital.

     

     

     

     

    kemaskini pada 6 Februari 2026

iconibadat Anjung Kasih 3iconsoalanlazim.png

icongalerisejarah3 icongalerivideo.png 

 

Hubungi Kami

 

 
Hospital Melaka
Jalan Mufti Haji Khalil
75400 Melaka
 
No. Telefon : 06-2892344
 
No. Fax : 06-2813240
qr code vcard hospital melaka

Statistik Pelawat

01433792
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
332
1172
2355
7719
24130
1433792

Toggle Setting Menu