Pilihan Tema : 

  • Latest iCemas
  • PRIC BANNER HM GETAWAY 1
  • TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA
  • 3
  • Hsopital Kluster 2
  • melawat

Jabatan Oftalmologi

  • Jabatan Oftalmologi Hospital Melaka merupakan pusat rujukan setempat (Regional Referral Center) bagi seluruh daerah Negeri Melaka dan juga dari kawasan yang berhampiran seperti kawasan selatan Negeri Sembilan, kawasan utara Negeri Johor dan juga sebahagian dari kawasan barat Negeri Pahang.  
     
    Jabatan Oftalmologi, Hospital Melaka menyediakan perkhidmatan perawatan Oftalmologi bagi kes-kes akut dan kronik. Ini termasuk perkhidmatan pesakit luar, pesakit dalam, pembedahan elektif secara pesakit dalam dan bedah harian dan juga pembedahan kecemasan. Jabatan ini juga menjalankan tugas atas panggilan secara aktif dan pasif. Selain dari itu, jabatan juga menyediakan perkhidmatan optometri kepada pesakit-pesakit.
     
    Hospital Melaka juga telah dikenalpasti sebagai pusat pengajaran bagi pegawai perubatan lepasan ijazah (Master in Ophthalmology) dan sehingga kini telah berjaya menghasilkan ramai Pakar Oftalmologi yang sekarang ini telah pun berkhidmat di beberapa hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  
     
    Ada juga di antara mereka telah berjaya melanjutkan pelajaran ke bidang latihan subkepakaran. Jabatan Oftalmologi ini juga telah dikenalpasti sebagai pusat latihan klinikal bagi Melaka Manipal Medical College dan juga sebagai pusat untuk elective posting bagi Sarjana Oftalmologi, Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM).
     
     
    kemaskini pada 19 Januari 2026
  • VISI

    Melaka menjadi sebuah negeri dengan rakyatnya yang sihat melalui satu sistem perkhidmatan kesihatan yang efisien, prihatin, seimbang dan mampu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat bagi menghadapi cabaran negara maju.


    MISI

    Untuk membimbing  dan mendahului ke arah mencapai satu sistem rawatan kesihatan yang optima melalui perkhidmatan, penggalakkan dan pemulihan yang berkesan demi meningkatkan mutu kehidupan rakyat negeri Melaka. 

     

    kemaskini pada 19 Januari 2026

  • Memberikan perkhidmatan kepakaran oftalmologi yang berkualiti dan berkesan kepada semua pesakit yang memerlukan perkhidmatan kami.
    Memastikan kakitangan di Jabatan Oftalmologi mengikuti pelajaran perubatan yang berterusan di samping menyediakan perkhidmatan pengajaran.
    Menjalankan penyelidikan dan audit perubatan untuk mengekalkan perawatan oftalmologi yang berkualiti ke arah memenuhi kepuasan pelanggan.

    kemaskini pada 19 Januari 2026

    • Klinik Vitreoretina ( Resident Specialist)
    • Klinik Medical Retina (Visiting Specialist)

     

    kemaskini pada 19 Januari 2026

    • Memberikan perkhidmatan diagnostik dan rawatan kepada pesakit luar
    • Memberi perkhidmatan untuk kes-kes rujukan baru, rawatan susulan dan kes- kes kecemasan
    • Klinik pakar pesakit luar akan beroperasi semasa waktu pejabat mengikut jadual yang telah ditetapkan.
    • Kes–kes kecemasan akan dirawat oleh doktor yang bertugas atas panggilan. Memberikan perkhidmatan diagnostik dan rawatan kepada pesakit kecemasan.
    • Klinik kecemasan/kes baru Oftalmologi beroperasi semasa waktu pejabat mengikut jadual yang telah ditetapkan.
    • Kes –kes kecemasan akan dirawat oleh doktor yang bertugas atas panggilan (Yellow/Red) zone.
    • Memberikan perkhidmatan pembedahan termasuk pembedahan major, minor dan kecemasan
    • Memberikan perkhidmatan pembedahan samada secara bius keseluruhan atau bius setempat
    • Kes kecemasan akan dikendalikan oleh doktor yang bertugas atas panggilan.
    • Memberikan perkhidmatan diagnostik dan rawatan kepada pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan yang dirujuk samada dari Jabatan Kecemasan atau pun dari wad-wad lain.   
    • Tugas atas panggilan beroperasi sepanjang hari mengikut jadual yang  telah ditetapkan.
    • Memberi latihan kepada kakitangan baru dalam pelbagai aspek, sama ada aspek teknikal, kemanusiaan dan persekitaran.
    • Kakitangan baru yang melaporkan diri akan menjalani satu program orientasi agar mereka dapat menyesuaikan diri di tempat kerja baru dan mendapat maklumat sebanyak mungkin tentang organisasi baharu oleh Penolong Pegawai Perubatan yang menjaga Klinik Mata.
    • Penerangan berkenaan asas isu keselamatan dan kesihatan pekerja diberikan
    • Memberi kerjasama dengan unit keselamatan dan kesihatan pekerja
    • Penilaian prestasi untuk menentukan keberkesanan dan kelemahan kakitangan baharu.
    • Memperuntukkan kemudahan untuk menilai, mendiagnosa, merawat, penjagaan kejururawatan, intervensi pembedahan dan rehabilitasi untuk pesakit.
    • Memperuntukkan pendidikkan kesihatan dan kaunseling kepada semua pesakit
    • Perkhidmatan yang disediakan adalah 24 jam sehari.

    kemaskini pada 19 Januari 2026

  • KLINIK OFTALMOLOGI
    (Pesakit Luar)
    1. Memberikan perkhidmatan diagnostik  dan  rawatan kepada pesakit luar
    2. Klinik pakar pesakit luar akan beroperasi  semasa waktu pejabat mengikut jadual yang telah ditetapkan.
    3. Kes–kes kecemasan akan dirawat oleh doktor  yang bertugas atas panggilan.
     WAD OFTALMOLOGI
    (Pesakit Dalam)
    1. Memperuntukkan kemudahan untuk menilai, mendiagnosa, merawat, penjagaan kejururawatan, intervensi pembedahan dan rehabilitasi untuk pesakit.
    2. Memperuntukan pendidikan kesihatan dan kaunseling kepada semua pesakit.
    3. Perkhidmatan yang disediakan adalah 24 jam sehari
     TUGAS ATAS PANGGILAN
    1. Memberikan perkhidmatan diagnostic dan rawatan kepada pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan yang dirujuk samada dari Jabatn Kecemasan atau pun dari wad – wad lain.
    2. Tugas atas panggilan beroperasi sepanjang hari mengikut jadual yang telah ditetapkan.
    PEMBEDAHAN
    1. Melakukan pembedahan Major dan Minor
    2. Setiap hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat
    DIABETIC RETINOPATHY Kes-kes Diabetis Melitus yang dirujuk oleh MUFUC dan klinik kerajaan.
     TUBERCULOSIS Kes-kes yang dirujuk dari klinik dada dan klinik kerajaan
    RETINOPATHY OF PREMATURITY Kes-kes yang dirujuk dari SCN
    PERKHIDMATAN OPTOMETRIS
    1. Perkhidmatan Optometri Asas
    2. Perkhidmatan Optometri Pengkhususan
    3. Perkhidmatan Optometri Pengkhususan Kanta Lekap
    4. Perkhidmatan Optometri Pengkhususan Paediatrik Optometri
    5. Perkhidmatan Optometri Pengkhususan Penglihatan Binokular
    6. Perkhidmatan Optometri Pengkhususan Penglihatan Terhad

     

     

    kemaskini pada 19 Januari 2026

Jabatan Otorinolaringologi

  • Jabatan ini telah ditubuhkan pada tahun 1974 dengan nama Jabatan Telinga, Hidung dan Tekak (THT). Pada tahun 2001, nama Jabatan ini telah ditukar kepada Jabatan Pembedahan Otorinolaringologi atau nama singkatannya sebagai ORL. Pada tahun 2007, Jabatan ini mempunyai Subkepakaran dibidang Kepala dan Leher. Jabatan telah memulakan perkhidmatan Audiologi pada Julai 2001(Pn. Nur Yazrina Yazid) dan perkhidmatan Terapi Pertuturan pada Mac 2003 (Pn. Yasmin).
     
    Jabatan ORL diperuntukan 14 buah katil untuk merawat pesakit dalam dan 3 bilik sesi pembedahan elektif dan 1 bilik pembedahan setempat. Manakala di Hospital Alor gajah mempunyai 1 bilik Klinik ORL, 1 Bilik Audiologi dan 1 Bilik Pertuturan dan 1 bilik bedah yang dijalankan pada setiap hari Khamis.
     
     
     
     
    kemaskini pada 9 Mac 2026
     
  • VISI

    Jabatan Otorinolaringologi akan menyediakan perkhidmatan perawatan penyakit Otorinolaringologi, pemulihan pendengaran dan pertuturan yang bermutu tinggi dengan cekap dan berkesan kepada pesakit yang memerlukannya.


    MISI

    • Memberi rawatan dan pembedahan kepada pesakit telinga, hidung, tekak, kepala dan leher. Juga saringan ujian alahan bagi masalah alergi rhinitis.
    • Memberi perkhidmatan saringan masalah pendengaran kanak-kanak dan ujian pendengaran bagi orang dewasa.
    • Mengendalikan kes-kes untuk kanak-kanak yang lewat bercakap dan mempunyai masalah pertuturan untuk pengesanan dan rehabilitasi awal.
    • Memberi latihan klinikal kepada Sub Kepakaran Kepala dan Leher, Pelajar Perubatan Sarjana, Pelajar Kolej Perubatan Melaka-Manipal, pelatih-pelatih Jururawat dan pembantu perubatan.
    • Memberi nasihat kepada pesakit tentang penjagaan telinga, hidung, tekak dan penggunaan ubat-ubatan.

     

     

    kemaskini pada 9 Mac 2026

  • Meningkatkan taraf kesihatan pesakit yang mengalami masaalah telinga,
    hidung dan tekak melalui cara-cara berikut:

    1. Pemulihan awal bagi mereka yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan.
    2. Pengesanan awal serta pengurusan rawatan pensakit Kanser Kepala dan Leher.
    3. Memberi rawatan terkini untuk semua penyakit Telinga, hidung dan tekak.
    4. Melakukan rawatan bagi masalah berdengkur dan berkaitan dengannya.
    5. Melakukan pembedahan yang sepatutnya kepada pesakit yang memerlukan rawatan bedah.
    6. Memberikan pendidikan kesihatan kepada warga negeri melaka dan hospital.

     

    kemaskini pada 9 Mac 2026

    • Pembedahan kepala & leher
    • Pembedahan Otologi
    • Pembedahan Rhinologi
    • Pembedahan Peadiatric ORL
    • Perkhidmatan Onkologi
    • Perkhidmatan Audiologi
    • Perkhidmatan Speech Therapy

     

     

    kemaskini pada 9 Mac 2026

  • a. PERUNDINGAN, DIAGNOSTIK DAN RAWATAN   
     i.  PESAKIT LUAR
    • Kes-kes Rujukan.
    • Kes-kes Rawatan Susulan.
     ii.  PESAKIT DALAMAN
    • Kes-kes pembedahan/prosedur elektif dan kecemasan.
    • Pesakit memerlukan rawatan lanjutan atau pemerhatian di wad.
    • Kes-kes rujukan daripada disiplin lain
    b. PEMBEDAHAN MAJOR-ELEKTIF
     i.  NECK
    •  Laryngectomy (total/partial)
    •  Neck exploration for neck abscess
    ii. NECK AND THROAT
    • Adenoidectomy
    • Tonsillectomy
    • Adenotonsillectomy
    • Surgery of tonsillar fossa
    • Removal of submandibular salivary gland
    • Ligation of external carotid
    • Excision of branchial cyst and fistula
    • Elective microlaryngeal surgery
    iii. THROAT
    • Drainage of retropharyngeal and pharyngeal abscess
    • Oesophagoscopy
    • Direct Laryngoscopy and biopsy
    • Bronchoscopy
    • Panendoscopy
    • Tracheostomy
    • Division of tongue tie
    • Punch biopsy for oropharyngeal tumor
    • Removal of foreign body
    iv. EAR
    • Meatal atresia surgery
    • Modified Radical mastoidectomy
    • Tympanoplasty
    • Combine Approach tympanoplasty
    • Cortical mastoidectomy
    • Myringoplasty
    • Excision preauricular sinus
    • Excision of pinna (total / partial)
    • Examination of ear under general anesthesia
    • Removal of foreign body (GA / LA)
    • EUM (examination under microscope)
    • Aural polypectomy and biopsy
    • Drainage of postauricular abscess
    • Keloid – excision / injection / compression
    v. NOSE
    • FESS
    • Reduction of facial fracture (Nasal Bone)
    • Submucous resection of nasal septum (SMR)
    • Septoturbinoplasty
    • Examination of nose or post nasal space under GA
    • Partial turbinectomy / Turbinoplasty
    • Submucous diathermy under GA
    • Submucous diathermy under LA
    • Intranasal polypectomy for single polyp
    • Removal of foreign body
    • Drainage of peritonsillar abscess
    • Punch biopsy for nasal
    • T&S / Nose repair
    c. PEMBEDAHAN DAN PROSEDUR MINOR
      

    (Dilakukan Di Klinik Atau Bilik pembedahan)

    • Excision of growth
    • Excision biopsy
    • Toilet & Suturing
    • Incision & Drainage
    • Myringotomy
    • Sub-mucosal diathermy
    • Reduction fracture nasal bone
    • Removal foreign body
    • Antral Washout (AWO)
    • Change of Tracheostomy tube
    d. PEMBEDAHAN KECEMASAN
    • Tracheostomy
    • Removal of Foreign Body
    • Toilet & Suturing
    • Incision & Drainage
    • Neck Exploration
    e. DIAGNOSTIK DAN RAWATAN ENDOSKOPI
    • Rhinoscopy
    • Flexible Nasal Pharynx Laryngoscopy
    • Otoscopy
    • Bronchoscopy
    • Oesophagoscopy
    f. AUDIOLOGI DAN REHABILITASI
    i. Ujian Pendengaran
    • Pure Tone Audiometry
    • Play Audiometry
    • Visual Reinforcement Audiometry
    ii.   Ujian Telinga Tengah
    • Tympanometry
    • Acoustic Reflex
    iii.   Ujian Elektrofisiologi
    • Auditory Brainstem Response
    iv. Menilai, memilih, preskripsi serta memasang Alat Bantu
    v. Aural (re) habilitasi (Ujian Berbantu)
    vi. Kaunseling
    g. TERAPI PERTUTURAN
    i. Memberi perkhidmatan penilaian, penyaringan dan
    intervensi terhadap masalah-masalah berikut: -
    • Bahasa fonologi, pembentukan (morfologi) dan penyusunan (sintaktik) kata, semantic dan aspek sosial / komunikasi termasuk pemahaman dan ekspresi dalam bentuk verbal dan bukan verbal.
    • Pertuturan (termasuk artikulasi, kelancaran, resonan dan suara)
    • Aspek kognitif dalam komunikasi (tumpuan, memori dan penyelesaian masalah)
    • Penelanan (penilaian penelanan / pemakanan untuk pesakit pediatric dan dewasa)
    • Kesedaran sensori yang berhubung kait dengan komunikasi dan penelanan (latihan oromotor)
    ii. Membekal maklumat berkenaan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu komunikasi (samada dalam bentuk verbal dan bukan verbal).
    iii. Memberi perkhidmatan rehabilitasi bahasa dan aural bagi individu bermasalah pendengaran (yang membawa kepada masalah bahasa dan pertuturan).
    iv. Memberi perkhidmatan kaunseling kepada ibu bapa, penjaga, guru-guru dan individu-individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pesakit.

     

     

    kemaskini pada 9 Mac 2026

    1. Perkhidmatan pesakit luar
    2. Perkhidmatan pesakit dalam
    3. Perkhidmatan pembedahan elektif,bedah harian dan kecemasan
    4. Perkhidmatan konsultasi dalam bidang ORL
    5. Perkhidmatan masalah menelan
    6. Perkhidmatan Audiologi
    7. Perkhidmatan terapi pertuturan
    8. Program Tahunan
      1. Outreach Program
        • sekolah rendah/shopping mall/kilang
        • ADHD/Dyslexia /Autism /Speech Delay
      2. Universal Hearing Screening Program
      3. Program saringan kanser hidung/leher/tekak
      4. World Hearing Program

     

     

    kemaskini pada 9 Mac 2026

iconibadat Anjung Kasih 3iconsoalanlazim.png

icongalerisejarah3 icongalerivideo.png 

 

Hubungi Kami

 

 
Hospital Melaka
Jalan Mufti Haji Khalil
75400 Melaka
 
No. Telefon : 06-2892344
 
No. Fax : 06-2813240
qr code vcard hospital melaka

Statistik Pelawat

01433792
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
332
1172
2355
7719
24130
1433792

Toggle Setting Menu