Pilihan Tema : 

  • Latest iCemas
  • PRIC BANNER HM GETAWAY 1
  • TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA
  • 3
  • Hsopital Kluster 2
  • melawat

PENUTUPAN SEMENTARA LALUAN PENGHUBUNG BLOK F KE BLOK B UNTUK KERJA NAIK TARAF PERPAIPAN BEKALAN AIR HOSPITAL MELAKA

PENUTUPAN SEMENTARA LALUAN PENGHUBUNG BLOK F KE BLOK B UNTUK KERJA NAIK TARAF PERPAIPAN BEKALAN AIR HOSPITAL MELAKA

Untuk makluman YBrs. Dr./Tuan/ Puan,

Laluan penghubung blok F ke blok B (laluan JDS) akan ditutup mengikut ketetapan berikut untuk memberi laluan kepada kerja penyambungan paip air di bawah Projek Menaiktaraf Sistem Bekalan Air Di Hospital Melaka.

1. Penutupan penuh - 2/2/ 2024 (mulai 10 malam)
2. Dibenarkan untuk pejalan kaki sahaja- 3/2/2024 (mulai 6 pagi) hingga 4/2/2024
3. Dibuka semula - 5/2/2024

Sehubungan itu, kerjasama semua kakitangan untuk mengambil tindakan berikut;

1. Laluan bagi diet trolley, katil pesakit, baby court, peralatan dan lain-lain yang berkaitan menggunakan laluan jejantas melalui lif blok B / lif blok F(lif 3/ 4).

2. Penutupan sementara drop zone (2) Pesakit Bersalin atas isu keselamatan pengguna dan pesakit boleh menggunakan laluan di drop zone (1) lobi utama ke PAC.

3. Penutupan laluan ke JDS kepada semua kenderaan kecuali yang berurusan di blok pentadbiran dan JDS.

4. Ketua jabatan / unit yg menggunakan tempat letak kereta di blok A dan B dibenarkan parkir di blok pentadbiran.

5. Pintu 2 dan pintu 4 akan dibuka sepanjang masa semasa penutupan jalan ini.

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

PENGURUSAN HOSPITAL MELAKA

NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN JALAN

PROGRAM BAYI MERDEKA HOSPITAL MELAKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TAHUN 2023

Program ini telah diserikan dengan kehadiran YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
 
Seramai 9 orang bayi telah dilahirkan di Hospital Melaka bermula tengah malam sehingga pukul 9.00 pagi, 31 Ogos 2023.
 
YAB Ketua Menteri Melaka juga turut meraikan kakitangan Hospital Melaka yang lahir pada 31 Ogos. Turut hadir memeriahkan program adalah YB Tuan Ngwe Hee Sem (EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka), YB Puan Siti Faizah binti Datuk Abd Aziz (Timbalan EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan). Dr Shahrum bin Muzakir@Lokman Arshad (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) JKNM) dan Pengurusan Tertinggi Hospital Melaka.
 
SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2023
MALAYSIA MADANI, TEKAD PERPADUAN PENUHI HARAPAN.
 

iconibadat Anjung Kasih 3iconsoalanlazim.png

icongalerisejarah3 icongalerivideo.png 

 

Hubungi Kami

 

 
Hospital Melaka
Jalan Mufti Haji Khalil
75400 Melaka
 
No. Telefon : 06-2892344
 
No. Fax : 06-2813240
qr code vcard hospital melaka

Statistik Pelawat

01393679
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
561
458
5253
12577
18930
1393679

Toggle Setting Menu