Pilihan Tema : 

  • Latest iCemas
  • PRIC BANNER HM GETAWAY 1
  • TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA
  • 3
  • Hsopital Kluster 2
  • melawat

Jabatan Nefrologi

  • LATAR BELAKANG

    Unit Hemodialisis Hospital Melaka mula beroperasi pada 4 November 1991 dengan kemudahan 4 buah mesin hemodialisis dengan seramai 12 orang pesakit bertempat di aras 2, Blok A, Bangunan Lama Hospital Melaka. Pada awal penubuhan unit ini, seorang Pakar Nefrologi Pelawat dari Hospital Kuala Lumpur membuat lawatan pemeriksaan ke atas pesakit buah pinggang setiap 3 bulan sehinggalah pada tahun 2000 apabila Hospital Melaka mempunyai seorang Residen Pakar Nefrologi. Pada tahun 2002, rawatan CAPD telah dimulakan bertempat di Blok D. Seiring dengan perkembangan perkhidmatan yang ditawarkan, Unit Hemodialisis Hospital Alor Gajah telah ditubuhkan pada 12 Julai 2005 dan Unit Hemodialisis Hospital Jasin pada 3 Januari 2012. Bagi menampung pertambahan pesakit hemodialisis terutamanya Melaka Tengah, Unit Hemodialisis Klinik Kesihatan Cheng telah memulakan perkhidmatan pada 25 Februari 2019.
  • VISI DAN MISI

           
     VISI  
     
    • Menjadikan Hospital Melaka sebagai pusat pelaksanaan yang dapat memberikan perkhidmatan penjagaan secara cekap dan berkesan kepada pesakit dengan kerja berpasukan, penyayang dan professionalisme yang baik menggunakan maklumat dan teknologi terkini.
     MISI  
    • Memberi rawatan khusus yang berkualiti kepada orang ramai dengan semangat kerja berpasukan, penyayang dan professionalisme dengan menggunakan teknologi yang sesuai beserta kakitangan yang terlatih.
  • OBJEKTIF 

    Memberikan rawatan dan pemulihan yang sesuai dengan lebih berkesan kepada pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan kepakaran melalui perkhidmatan pesakit luar, temujanji dan rawatan susulan.

  • SUB UNIT DI BAWAH JABATAN

    • Unit Hemodialisis - Hospital Melaka, Hospital Alor Gajah, Hospital Jasin, KK Cheng
    • Unit CAPD ( Peritonial Dialisis)
    • Klinik Pakar Nefrologi
    • Transplant
    • Wad Nefrologi
  • SKOP PERKHIDMATAN

    • Nefrologi Am
    • Renal Replacement Theraphy (RRT) seperti Hemodialisis, CAPD & pemindahan buah pinggang
    • Promosi kesihatan untuk pencegahan dan pengesanan awal penyakit buah pinggang
    • Pembelajaran secara berterusan kepada kakitangan dan pesakit
  • PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

    • Menyediakan perkhidmatan komprehensif untuk Nefrologi Am, dialisis dan pemindahan buah pinggang.
    • Mempromosikan program pencegahan dan pengesanan peringkat awal penyakit buah pinggang.
    • Mewujudkan peneraju dalam semua aspek perkembangan bidang nefrologi, dialisis dan derma organ.
    • Menyediakan latihan kepada pakar dan paramedik dalam bidang rawatan nefrologi.
    • Mengadakan kolabrasi dan jaringan dengan semua pihak terlibat untuk memantapkan kemahiran dan perkembangan bidang nefrologi.

iconibadat Anjung Kasih 3iconsoalanlazim.png

icongalerisejarah3 icongalerivideo.png 

 

Hubungi Kami

 

 
Hospital Melaka
Jalan Mufti Haji Khalil
75400 Melaka
 
No. Telefon : 06-2892344
 
No. Fax : 06-2813240
qr code vcard hospital melaka

Statistik Pelawat

01422280
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
762
883
1645
20337
20841
1422280

Toggle Setting Menu