Unit Hal Ehwal Islam
1.0 PENGENALAN
Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) mula beroperasi di Hospital Banting pada tahun 2008. Sejarah UHEI pada awalnya ditempatkan bersama unit pendidikan kesihatan dan beberapa bulan selepas itu, unit ini ditempatkan dibawah pengurusan hospital dan diselia oleh Ketua Jabatan Kerja Soaial Perubatan. Fungsi dan peranan UHEI adalah sebagai satu mekanisme ke arah perkhidmatan keagamaan dari sudut rohani dan jasmani selaras dengan syariat Islam. UHEI juga berperanan untuk merancang dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti kesedaran, kerohanian dan penerapan nilai-nilai Islam peringkat Hospital. Unit ini diuruskan oleh seorang penolong pegawai hal ehwal islam gred S 32, jawatan kader post yang dihantar oleh JAKIM ke KKM dan ditempatkan di hospital sejak tahun 2008.
2.0 MISI DAN VISI
- Visi:
Berperanan sebagai unit yang memberi bimbingan berkaitan Hal Ehwal Islam ke arah melahirkan warga kerja dan pesakit yang berpengetahuan dan berpendidikan serta berakhlak mulia.
- Misi:
Memberi perkhidmatan pengurusan Hal Ehwal Islam yang cekap dan berkualiti kepada semua warga kerja dan pesakit.
3.0 OBJEKTIF
- Meningkatkan kefahaman dan penghayatan nilai-nilai Islam dan integriti kepada kakitangan, pesakit dan waris pesakit di hospital.
- Menjadikan program Hospital Mesra Ibadah (HMI) sebagai satu perkhidmatan yang diiktiraf oleh pelanggan di hospital.
- Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan khidmat nasihat kerohanian kepada kakitangan, pesakit dan waris pesakit.
- Bertindak sebagai pemudahcara bagi isu berkaitan fiqh ibadah, fiqh perubatan dan hal ehwal Islam kepada pegawai dan pengamal perubatan, pesakit serta waris pesakit di hospital.
- Mengintegrasikan rawatan fizikal, mental, psikologikal dan spiritual selaras dengan takrif kesihatan oleh World Health Organisation (WHO).
4.0 SKOP PERKHIDMATAN
| BIL | SKOP PERKHIDMATAN | FUNGSI UTAMA |
| 1 | Tanggungjawab kepada hospital. |
|
| 2 | Perkhidmatan kepada kakitangan/ahli keluarga/waris. | Latihan dan Pembangunan Insan kepada kakitangan:
|
| 3 | Perkhidmatan kepada pesakit/ahli keluarga/waris | Perkhidmatan berkaitan Hal Ehwal Islam kepada pesakit, ahli keluarga dan waris:
|


























